CAD MISSED EXPECTATION

Plan minggu ini adalah sell berdasarkan minggu sebelumnya namun data ekonomi tersasar dari jangkaan, oleh itu market membuat sedikit ‘correction’ dan bukannya bergerak ke bawah sebaliknya menaik.

Plan asal boleh dilihat di sini >> https://pullbackforextrading.com/dalam-fokus-minggu-hadapan-cad-dollar/

USDCAD WEEKLY

Candle bullish untuk setakat ini menandakan correction dalam proses. Ini adalah biasa bagi sesuatu breakout berlaku, retest juga akan berlaku jika tiada tekanan untuk ia terus terjun. Biasanya tekanan ini boleh dilihat melalui data ekonomi.

Ia meliputi data ekonomi CAD dan juga USD.

USDCAD D1

Berdasarkan TF D1, kita dapat lihat retest di area 1.3387. Break area ini ada possible untuk naik dan sentuh UTL terdekat. Jika break lagi, ia boleh naik hingga ke 1.3502.

Seterusnya lihat pada H4 pula.

USDCAD H4

Price terkini berada di 1.3387 dengan BRN terdekat 1.3400 yang bertindak sebagai resistance. Kenaikan ini berlaku selepas break dan pullack atas minor resistance 1.3312.

Plan sell masih valid namun ia perlulah berlaku selewatnya esok atau ada kemungkinan correction akan berterusan lagi hingga minggu hadapan. Jika closing candle weekly minggu ini bullish maka pattern reversal bullish harami akan terbentuk, ini adalah signal kepada bullish trend.

Retest naik ke 1.3502 adalah penting dan area resistance ini menjadi neckline dan area penting untuk selling berikutnya jika ia rejected.

Oleh itu long term plan sell masih valid cuma dalam waktu terdekat correction uptrend masih dalam proses. Maka, seller yang masih hendak hold position biasanya akan hedging posisi sell semasa kenaikan ini. Teknik hedging boleh dimuat-turun di sini.

Sekian dulu buat masa ini.

ADMIN
17/11/22

Baca >>  BUY EJ,UJ and SELL AU
Translate »
error: ©2012-2022 | Hakcipta terpelihara. Pullbackforextrading.com