DALAM FOKUS MINGGU INI | NZDUSD

Tumpuan minggu ini adalah pair NZDUSD. Faktor utama adalah berdasarkan carta teknikal dan berita penting pada minggu ini. Berikut ulasannya.

Pair ini berada dalam fasa correction iaitu fasa menaik berbanding trend asalnya iaitu downtrend. Kini candlestick atau price semasa sudah berada di area Major RBS. Lihat timeframe di bawah;

NZDUSD WEEKLY

NZDUSD WEEKLY | Tradingview.com

Candle terakhir minggu lepas adalah bullish namun terhendi di kawasan SBR di TF Weekly. Ini menandakan bahawa buyers berhenti seketika dan menantikan keputusan berikutnya samada ia perlu naik atau reverse ke bawah.

Huraian lebih terperinci boleh dilihat di lower timeframe.

NZDUSD DAILY

Pada timeframe daily, kita dapat lihat pergerakan sideways ataupun bounce. Berdasarkan strategi bounce dan breakout yang saya kongsikan di sini, ini adalah petanda reversal trend.

NZDUSD DAILY | Tradingview.com

Berdasarkan rule SNR, ini adalah petunjuk untuk entry sell. Namun masih perlukan confirmation di timeframe yang lebih rendah.

NZDUSD H4

Berdasarkan H4, trendline break sudah berlaku. Ini adalah signal untuk entry sell. Untuk sell high, bolehlah tunggu harga naik ke area box dan entry jika H1/H4 membentuk sell signal berdasarkan candlestick.

NZDUSD H4 | Tradingview.com

Triple top terbentuk menjelaskan kenapa di D1 bounce di bawah SBR. Ini menunjukkan area SBR tersebut adalah strong SNR dan berkebarangkalian tinggi untuk reversal berlaku.

NEWS RELEASE

Pada hari rabu minggu ini news release dijangka release pada rabu, jam 9 AM(Malaysia). Mengetahui news release ini penting untuk elakkan sebarang masalah semasa news nanti. Sila baca di sini kenapa.

Baca >>  NZDUSD 04.02.14

Jangkaan adalah 4.25% berbanding data lepas iaitu 3.50%.

Jika news release nanti lebih besar dari data terdahulu, ia adalah lebih baik untuk matawang bermaksud NZD akan bullish semasa news. Oleh itu entry buy sepatutnya dibuat untuk pair NZDUSD ini. Namun dalam keadaan tertentu, boleh jadi ia spike bullish semasa news tetapi menjadi bearish selepas news seperti yang berlaku pada 13 april tahun ini.

NZDUSD 4 Hourly Chart, 13 APRIL 2022 | Tradingview.com

Actual 1.50% berbanding terdahulu 1.00%. Bermakna NZD akan bullish. Namun berberapa jam selepas news NZDUSD kembali bearish mengikuti major trend semasa iaitu bearish atau downtrend.

Arah yang sama juga untuk waktu ini iaitu trend adalah bearish/downtrend berdasarkan Weekly.

Bagi anda yang tidak pasti nak trade ke arah mana untuk pair ini bolehlah ikuti strategi trade after-news yang saya kongsikan di sini.

STRATEGY

Fokus utama adalah sell berdasarkan Weekly chart dan Candle formation di Daily. Sell akan dibuat lebih awal sebelum news atau, sejam(jam 10am), atau 2jam(jam 11am) selepas news release, jika candlestick sell terbentuk, sell akan dibuat.

Altenatif

Jika keadaan tak menentu, no trade adalah sebaiknya dan tunggu sebelah malam sahaja. Jika market break high, ada possible trend akan naik lagi. Area bounce akan menjadi area support dan buy akan dibuat jika H4 membentuk candle signal buy.

Sekian dahulu untuk kali ini, update akan menyusul di telegram pullback! Subscribe sekarang.

ADMIN
21/11/22

Translate »