Dalam fokus minggu hadapan GA dan EA

Dua pair berpotensi minggu hadapan adalah GBPAUD dan EURAUD. Kriteria pemilihan ini adalah berdasarkan candlestick dan SNR analysis di TF Weekly. Kaedah ini adalah seperti yang saya dedahkan dalam member area pullback. Sila register percuma untuk berlajar kaedah ini. 🙂

Bagi anda yang mahu dapat update terkini dan terpantas serta promosi menarik dari kami, sila langgan channel telegram kami hari ini. Klik banner di bawah untuk menyertai.

EURAUD WEEKLY

Pada timeframe weekly terbentuknya candlestick pin bar yang menandakan rejection di bawah resistance. Ini adalah potensi kepada selling untuk minggu hadapan.

Untuk angka genap, rejection minggu lepas terbentuk di bawah 1.57000. Dari segi resistance pula, ia rejected di bawah 1.56683. Bentuk candle bearish memberikan gambaran yang ia adalah strong rejection setelah berminggu-minggu di bawah resistance tersebut, secara tepatnya 7 minggu.

EURAUD D1

Di timeframe ini, terdapat 1 UTL yang memberikan hint ia masih akan naik jika rejected dan ada possibility untuk jatuh jika break. Namun long term downtrend ini hanya sah jika semua support level di tembusi dan paling penting level SND yang terdapat disitu.

Jika UTL ditembusi, maka 1st major support terdekat adalah di 1.53000 haruslah diuji terlebih dahulu.

Strategi fibonacci + TL ini mungkin boleh digunakan jika breakout berlaku pada UTL >> https://pullbackforextrading.com/fibonacci-dan-trendline/

Target Profit

Nombor genap 1.54000 adalah confluence di UTL dan sesuai untuk dijadikan TP jika selling trigger minggu hadapan.

GBPAUD WEEKLY

Pair GBPAUD membentuk candlestick yang sama seperti EURAUD iaitu bearish pin bar. Pin bar ini menandakan rejection berlaku setelah retest dibuat di 1.83000 dan 1.82000 area.

Baca >>  GBPAUD DAN EURAUD PROFIT +185

Closing body candle di bawah 1.81004 pula menandakan bahawa resistance area ini kuat dan telah menekan price untuk jatuh. Retest dan reject di bawah area ini minggu hadapan adalah petanda positif ia akan jatuh lebih jauh lagi iaitu ke support-support yang ada di bawah.

Selanjutnya kita lihat pula pada Daily chart.

GBPAUD DAILY

Ascending triangle terbentuk, oleh itu trendline di bawah atau UTL di bawah price semasa akan menjadi titik penting retest. Jika rejected, price ada kemungkinan besar naik semula dan retest lagi SNR atas. Oleh itu sebarang selling perlulah exit jika candle sentuh trendline/UTL ini.

Target Profit

Jika sell trigger, maka area confluence UTL dengan Support 1.7900 adalah area penting untuk TP. Jika break pula, maka 1.77639 sebagai sasaran support selanjutnya.

Altenatif

Plan sell adalah invalid jika candle break resistance kemudian pullback dan membuat new weekly high. Oleh itu plan dan entry buy akan dibuat sekiranya syarat mencukupi. Contoh plan trade altenatif iaitu plan asal yang berubah kepada plan lain adalah berdasarkan artikel sebelum ini pada pair NZDUSD. Anda boleh ke sini dan sini untuk melihat posting tersebut.

Akhir kata

Sila check senarai news minggu hadapan untuk merancang trade anda selepas atau sebelum news. Anda boleh gunakan strategi after-news ini untuk trade selepas news minggu hadapan.

Website untuk lihat senarai news >> https://forexfactory.com

Oklah, sampai di sini dahulu. Anda boleh ikuti telegram kami atau berhubung terus dengan saya di facebook melalui pautan ini jika ada pertanyaan. 🙂

Sekian.

ADMIN
11/12/22

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »
error: ©2012-2022 | Hakcipta terpelihara. Pullbackforextrading.com