FIBONACCI DAN TRENDLINE

Jika dalam artikel sebelum ini anda sudah banyak pelajari mengenai fibonacci retracement, fibo TP, fibo mudah, fibo dan MA dan lain-lain, kali ini saya akan kongsikan pula mengenai fibonacci dan trendline. Topik ini insyaAllah akan melengkapkan topik-topik sebelum ini mengenai tools professional trading ini.

Jika dalam artikel sebelum ini saya sudah dedahkan bilakah waktu sesuai anda akan menggunakan fibonacci, tetapi kali ini saya akan kongsi satu lagi tips bilakah anda boleh gunakan tools fibonacci ini.

TRENDLINE(TL)

Salah satu strategi penggunakan fibonacci adalah ia boleh digunakan apabila trend berubah arah. Trendline adalah tools terbaik untuk kenalpasti perubahan trend melalui breakout antara candlestick dengan trendline. Selain trendline anda boleh gunakan moving average.

Sambungan trendline

Sambungan trendline banyak berkait dengan trend, oleh itu ia akan dibahagi kepada dua;

  1. UTL iaitu Uptrendline.
  2. DTL iaitu Downtrendline.

Sambungan UTL adalah terdiri dari poin lowest dengan lower-high. Ia akan membentuk trendline yang menghala ke atas.

UTL

Sambungan untuk DTL pula adalah terdiri dari highest dengan higher-low. Ia akan membentuk trendline yang menghala ke bawah.

DTL

Dalam keadaan tertentu, sesuatu sambungan TL adalah invalid jika false break berlaku. Oleh itu sambungan TL baharu akan dibuat.

Sambungan TL baharu

Penerangan:

  • Point 1 – TL asal yang telah breakout
  • Point 2 – False break atau trend yang gagal meneruskan kenaikan
  • Point 3 – TL baharu dibuat

Sambungan TL baharu dibuat apabila breakout TL sebelum ini adalah false kerana trend gagal meneruskan kenaikan dan kembali downtrend semula. Anda boleh pindahkan TL lama kepada TL baharu. Anda juga boleh kekalkan TL lama dengan hanya perlu memendekan TL tersebut iaitu un-tick fungsi Ray pada setting TL anda.

Maklumat dan tips lain anda boleh dapatkan di halaman ini https://pullbackforextrading.com/4-tips-belajar-trendline-peringkat-advanced/

Baca >>  ADJUSTMENT FIBO UNTUK SHARP ENTRY

Perubahan arah trend

Ia boleh dikesan melalui breakout yang berlaku terhadap UTL ataupun DTL. Jika candle break DTL, ini bermakna trend akan berubah kepada uptrend. Jika break UTL bermakna trend akan berubah kepada downtrend.

Perubahan trend dari UT kepada DT berdasarkan breakout UTL.

Perubahan trend untuk downtrend kepada uptrend adalah berdasarkan breakout DTL.

Perubahan trend dari DT kepada UT berdasarkan DTL breakout.

Stuktur trend memainkan peranan?

Pemahaman kepada stuktur trend sangatlah penting untuk ‘confirm’kan arah trend selepas breakout trendline.

Untuk uptrend, stuktur trend adalah seperti berikut;

  • Bermula dari lowest point, kemudian trend membentuk kepada high, ia akan dipanggil sebagai higher-high(HH). Seterusnya dari point high ini, ia akan pergi kepada low. Ia akan dipanggil sebagai higher-low(HL).

Untuk downtrend pula;

  • Bermula dari highest point, kemudian trend akan membuat low dan dikenali sebagai lower-low(LL). Daripada low ini pula, ia akan pergi membuat high, dikenali sebagai lower-high(LH).

Contoh setup TL breakout dan stuktur trend adalah seperti berikut;

Setiap kali berlaku breakout, HH atau LL perlu terbentuk diikuti dengan HL kemudian HH untuk uptrend begitu jugalah dengan downtrend, LL dan LH mestilah terbentuk.

Proses ini akan berulang hinggalah trend itu broken untuk trend seterusnya.

Mengesan false break dan memasang TL baharu berdasarkan trend structure

Untuk syarat sah sesuatu stuktur trend, proses HH dan HL atau LL dan LH mestilah berterusan tanpa ada breakout. Jika ada breakout, maka perubahan trend belum valid sepenuhnya. Oleh itu TL baharu perlu dibuat atau pindahkan TL lama ke sambungan baharu ini.

TL baharu akan dipasang jika false break confirmed melalui pergerakan trend yang membentuk stuktur tertentu. Dalam gambar di atas, HH baru terbentuk, maka secara tak langsung stuktur downtrend invalid, oleh itu sambungan TL baharu pun dibuat.

Cukup untuk setakat ini, kita lanjutkan kepada topik berikutnya pula.

FIBONACCI RETRACEMENT(FRE)

Sambungan fibonacci paling mudah adalah berdasarkan trend tersebut. Saya ringkaskan kepada berikut;

  • Jika uptrend, sambungan adalah dari bawah ke atas.
  • Jika downtrend, sambungan adalah atas ke bawah.
Sambungan FRE untuk downtrend.

Sambungan adalah dari atas ke bawah atau dari resistance kepada support. Sambungan akan dibuat apabila tiada new low terbentuk. Ini bermakna trend akan menaik atau retrace ke atas dan mencari resistance. Kedudukan resistance akan berpandukan pada level-level FRE yang tersedia.

Baca >>  NZDCAD jatuh lebih 315 pip dalam seminggu

Kedudukan fibo 0.0 adalah berada di atas manakala fibo 100.0 pula di bawah.

Baca : https://pullbackforextrading.com/fibonacci-trading-bagaimana-dan-bila-nak-guna/

Sambungan FRE untuk uptrend.

Untuk uptrend, fibo akan disambungkan dari support kepada resistance di mana kedudukan fibo 100.0 adalah di bawah dan fibo 0.0 pula di atas.

Banyak artikel-artikel menarik fibonacci telah saya sediakan dalam halaman blog ini. Anda boleh terus ke pautan ini untuk dapatkan artikel-artikel tersebut. Untuk strategi ini, anda perlu custom setting fibonacci anda. Sila tambahkan 78.6, dan 127.2 pada fibo anda.

EXIT STRATEGY – FIBO TP(FTP)

Untuk FTP, anda perlu kenalpasti SNR terdekat untuk dapatkan projection TP area anda. Untuk TP Uptrend, sambungan FTP mestilah di SNR terdekat iaitu dari resistance ke support.

Untuk FTP Downtrend, sambungan SNR terdekat adalah dari support kepada resistance.

Level 161.8 dan 261.8 akan menjadi TP area anda. Tips mencari SNR terdekat(untuk sambungan FTP) ini akan dibincangkan lebih lanjut di bawah.

TRADE SETUP

Menggabungkan TL dan FRE untuk live trade anda – di ruangan ini saya akan dedahkan bagaimana dua tools ini sebenarnya saling berkaitan antara satu sama lain.

Fokus utama teknik ini adalah untuk mendapatkan trade setup pada permulaan perubahan trend. Ia akan dikenali berdasarkan breakout pada trendline yang diterangkan sebelum ini.

Step by Step

Step #1 – TL break

Berlaku breakout iaitu trend price menaik atau menurun. Jika trend berubah dari downtrend kepada uptrend, candle akan break DTL. Jika trend bertukar dari uptrend kepada downtrend, candle akan break UTL.

Step #2 – Tarik FRE

Retracement akan berlaku selepas breakout. Pada waktu ini sambungkan FRE berdasarkan trend tersebut. Jika UT, sambungkan fibo dari support ke resistance manakala jika DT, sambungkan fibo dari resistance ke support.

Anda akan membuat entry berdasarkan level FRE diikuti candlestick pattern sebagai confirmation entry anda. Antara candlestick pattern yang popular seperti pin bar, hammer, shooting star dan lain-lain.

Baca >>  TIPS KEMBALI TRADING SELEPAS CUTI RAYA

Step #3 – FTP

Untuk UT, HH akan terbentuk. HH ini pula biasanya akan terbentuk di extension FTP seperti di 127.2, 161.8 ataupun 261.8. Untuk DT pula, LL akan terbentuk di extension level 127 ataupun 161.8 ataupun 261.8.

Step #4 – Reentry

Reentry akan dibuat selagi trend itu valid dan boleh dibuat di SBR atau RBS area. Entry juga boleh dibuat pada confluence area. FRE juga boleh digunakan untuk mencari panduan entry anda. Sila lihat contoh di bawah;

Terdapat 3 FRE dalam foto di atas menunjukkan 3x peluang entry/reentry selagi trend valid. Untuk mencapai tahap pemahaman ini, anda perlukan lebih banyak praktis dan jangan berputus-asa untuk berlatih hinggalah anda benar-benar menguasainya. Kaedah lebih advance saya telah sediakan dalam member area di sini.

Ebook fibonacci dan trendline ini saya berikan percuma sebagai bonus jika anda menyertai group pullback scalping. Cuma disebabkan ini adalah ebook lama, oleh itu terdapat sedikit perbezaan dengan nota yang saya berikan dalam artikel ini terutamanya pada topik FRE dan FE.

Berikut screenshot dari nota pdf:

Isi kandungan dalam nota adalah seperti berikut;

Dalam BAB 4, saya telah terangkan mengenai trendline breakout, entry dan exit.

Dapatkan ebook ini percuma sekarang! DOWNLOAD pdf

Akhir kata..

Ok lah, sampai di sini dahulu artikel kali ini. Silakan kongsi kepada rakan anda agar ilmu ini berkembang dan lebih ramai mendapat manfaatnya.

Sekian,

ADMIN
09/12/22

Credit: google images

Translate »
error: ©2012-2022 | Hakcipta terpelihara. Pullbackforextrading.com