Death Cross Forex Trading Strategy

Strategi ini adalah dalam kategori ‘trend following system’ di mana indikator akan digunakan bagi memudahkan mengenal-pasti trend dan seterusnya membantu trader mengenal-pasti peluang entry berdasarkan trend tersebut.

Ramai diluar sana menghadapi masalah terutamanya ketika trend sudah berlaku namun tidak tahu adakah ia masih boleh naik atau turun lagi. Dengan menggunakan lebih dari satu indikator SMA, anda boleh mengetahui sesuatu market itu di awal pergerakan ataupun bukan. Penting untuk berada di awal trend supaya tidak terkena reversal, di mana reversal ini berlaku di penghujung trend dan petanda market sudah tidak boleh meneruskan arahnya. So tahulah boleh naik lagi atau tak trend sesuatu pair itu.

Ciri-ciri trend kuat

Sesuatu trend yang kuat menaik atau menurun boleh dilihat melalui kedudukan SMA yang menjauh antara satu sama lain dan dalam masa yang sama kedudukan candle jelas di bawah atau di atas salah satu SMA sahaja.

Melalui tiga SMA ini, apa yang anda perlu bagi tumpuan adalah apabila ketiga-tiga SMA berada pada kedudukan gambar pertama atau kedua.

Bagi gambar ketiga pula, anda abaikan pair tersebut dan cari pair lain pula.

TEKNIK DIDEDAHKAN

Teknik ini terdiri dari 3 simple moving average. Setting adalah seperti berikut;

  • SMA 50(GREEN)
  • SMA 100(RED)
  • SMA 200(BLUE)

Apply to : Close

Sesuatu trade setup itu dikira sebagai berlaku atau wujud apabila ketiga-tiga SMA ini bersilang atau crossover.

Entry akan dibuat berdasarkan SNR, breakout & pullback dan candlestick pattern ataupun formation yang terbentuk berdasarkan trend itu. Exit pula pada candle berlawanan arah.

Baca >>  Pengenalan ringkas Simple Moving Averages

Anda digalakkan membuat entry atau mencari entry hanya berdasarkan trend yang terbentuk. Jika uptrend, maka fokus buy sahaja. Jika downtrend, fokus sell sahaja. Tidak perlu mencari entry lawan arah kerana trend yang kuat pergerakannya akan menyebabkan entry lawan arah itu berakhir dengan kerugian sahaja.

Timeframe

Timeframe yang digunakan adalah H1 ataupun H4 sahaja. Tidak digalakkan pada timeframe M30 hingga M1.

BUY SETUP

Susunan SMA mestilah dalam turutan berikut;

  • SMA 50 di atas
  • SMA 100 di tengah
  • SMA 200 di bawah

Candlestick mestilah berada di atas kesemua SMA ini.

Stoploss

Akan diletakkan +5 pips di bawah swing low signal entry.

Exit

Exit pada resistance terdekat ataupun scalping pada minimum 20 atau 30 pips.

SELL SETUP

Susuan SMA adalah seperti berikut;

  • SMA 50 di bawah sekali
  • SMA 100 di tengah
  • SMA 200 di atas sekali

Candlestick mestilah berada di bawah semua SMA ini.

Stoploss

Akan diletakkan +5 pips di atas swing high signal entry.

Exit

Exit pada support terdekat ataupun scalping pada minimum 20 atau 30 pips.

Kesimpulan

Strategi ini sangat bagus bagi mereka yang mencari peluang entry berdasarkan kekuatan trend.

Melalui kedudukan antara SMA, trader dapat tafsirkan trend sedang kuat untuk menaik atau menurun, apa yang perlu dibuat seterusnya adalah nantikan peluang entry dalam trend itu kemudian exit pada small profit yang konsisten.

Sekian,

ADMIN
16/12/19

Translate »