ANALISA TREND PALING MUDAH | TEKNIK CANDLE DAN TIMEFRAME

Print Friendly, PDF & Email

Berdasarkan MT4, terdapat 9 timeframe manakala MT5 pula mempunyai timeframe yang lebih terperinci untuk minit dan jam, menjadikannya 27 pecahan timeframe.

Perincian timeframe itu boleh dilihat pada minit dan juga jam. Ini bermaksud anda boleh lihat keadaan market pada minit dan jam tertentu yang tiada pada MT4.

Lihat timeframe MT5 di bawah;

Sekarang lihat pada MT4 pula;

Setiap timeframe berbeza-beza dan bagaimana anda boleh memanfaatkannya

Setiap timeframe ini akan ‘menceritakan’ keadaan-keadaan pasaran. Trader akan mengambil maklumat ini sebagai analisis kemudian seterusnya membuat tindakan samada untuk membuat entry, menetapkan stoploss, ataupun exit trade. Tidak terhad pada itu saja trader juga menggunakan data yang didapati dalam timeframe tertentu untuk membuat prediction arah pasaran untuk membuat swing trading jangka panjang.

Timeframe dan Candlestick

Pembentukan candlestick dipengaruhi oleh timeframe. Timeframe bertindak sebagai had waktu pergerakan dan candlestick akan mewakili pergerakan price dari opening hinggalah closing. Closing inilah akan bertepatan dengan jangka hayat timeframe. Selesai closing, candlestick akan membentuk pattern-pattern tertentu yang seterusnya akan digunakan oleh trader untuk trading plan.

Candlestick akan terbentuk di setiap timeframe di mana setiap pembentukan ini penting bagi trader kerana ia akan dijadikan panduan untuk membuat keputusan trader.

Dalam artikel ini saya kongsikan bagaimana menggunakan multi-timeframe untuk mendapatkan pemasaan yang tepat untuk trading. Sila ke pautan berikut untuk membacanya https://pullbackforextrading.com/bagaimana-untuk-menggunakan-timeframe-untuk-merancang-entry-confirmation/

Apabila anda menggunakan timeframe yang lebih terperinci di MT5, anda sebenarnya boleh melihat confirmation lebih awal berbanding confirmation sedia-ada di MT5. Berbanding melihat H1 untuk confirmkan H4, anda sebenarnya boleh lihat di M20, M10 dan lain-lain.

Cara menggunakan timeframe untuk memahami market

Untuk artikel ini saya akan fokuskan pada timeframe yang tersedia di MT4. Sudah faham nanti anda masih boleh gunakan cara yang sama pula jika menggunakan MT5.

Kaedah ini lebih kepada untuk membantu anda membuat plan tindakan anda berdasarkan maklumat atau keadaan di timeframe tertentu. Maklumat ini penting untuk merancang trade anda ataupun membuat trading plan untuk masa hadapan.

Melalui artikel ini anda akan belajar predict pergerakan hadapan dan belajar kaedah analisa professional trader. Adakah anda fikirkan professional trader menggunakan indikator serabut dalam membuat analisis? Mungkin anda perlu pertimbangkan semula jika jawapan anda YA, selepas anda selesai baca artikel ini.

Baca >>  Pengenalan ringkas Simple Moving Averages

Candlestick dan trend

Cara termudah dan terringkas untuk mengenal-pasti trend adalah dengan memahami candlestick. Manakala cara paling mudah trade adalah dengan trade satu arah sahaja, samada buy sahaja ataupun sell sahaja. Melalui cara ini anda berpeluang mendapat harga tinggi setiap kali naik dengan membuat sell atau, mendapat harga renda setiap kali harga turun.

Kenaikan ini adalah retracement. Retracement entry boleh dipelajari di sini https://pullbackforextrading.com/?s=retracement

Di atas adalah chart Daily untuk eurusd. Perhatikan kejatuhan trend yang diwakili oleh candlestick bearish. Selepas close bearish, candle berikutnya juga bearish. Oleh itu jika semalam trend bearish, maka ada kemungkinan trend hari ini juga bearish. Lebih mudah dan ringkas bukan? Paling penting, tiada indikator diperlukan. Hanya berpandukan candlestick sahaja.

Tiga timeframe utama

Tiga timeframe utama tersebut adalah Monthly, Weekly dan Daily(D1). Akan tetapi tidak dinafikan H4 juga sesuai untuk dijadikan panduan mendapatkan arah pasaran. Namun kemahiran SNR amatlah diperlukan.

  • Candle pada timeframe monthly akan mengambil masa sebulan untuk siap.
  • Candle pada timeframe weekly akan mengambil masa seminggu untuk siap.
  • Candle pada timeframe daily akan mengambil masa sehari(24 jam) untuk siap.

Selepas candle ini siap, ia akan memberikan kesimpulan terhadap apa majoriti trader pilih berdasarkan timeframe sebulan, seminggu dan harian. Kenapakah mengetahui hal ini sangat penting untuk trader? Jawapannya adalah, jika pasaran dalam keadaan trending, biasanya ia akan berlanjutan pada hari, minggu atau bulan seterusnya.

Ini seterusnya akan memudahkan anda mengenalpasti trend dan merancang tindakan yang sesuai untuk trend tersebut. Ingat, trend is always your best friend!

Timeframe Monthly

Menceritakan kesimpulan pergerakan untuk sebulan pada bulan lepas dan bulan-bulan terdahulunya. Period separator yang disetkan di timeframe ini akan mewakili jangka masa setahun. Oleh itu anda boleh lihat major SNR tahunan pada timeframe ini. Anda boleh lihat major U-turn pada history-history lepas untuk jadikannya rujukan entry ataupun exit anda.

Price action yang terbentuk juga boleh dijadikan panduan mengenal-pasti arah pasaran. Dalam suatu trending yang kuat, biasanya selepas candle itu ditutup bearish ataupun bullish, biasanya pergerakan candle berikutnya juga akan mengikuti candle sebelumnya.

Secara ringkasnya, kenaikan bulan ini boleh jadi sebab candle bulan lepas adalah naik.

Apakah rahsia dan bagaimana anda tahu market akan naik atau turun pada bulan ini? Jawapannya ada pada market bulan lepas dan bulan-bulan sebelumnya. Lihat candle rejection pada market dip atau bottom. terdapat 4 candle rejection menandakan dalam masa 4 bulan ia rejected di atas major support tersebut.

Baca >>  Mother Bar Candle Yang Anda Perlu Ketahui

Seterusnya selepas candle close bullish di monthly, hasilnya ia naik melonjak berbulan-bulan berikutnya. Apabila ia sudah membuat top diikuti top kedua, akhirnya price jatuh menjunam. Itu pun sebelum ia berlaku, ia sudahpun meninggalkan petunjuk melalui chart pattern. Anda tahu lebih awal keadaan ini ia pasti menjadi suatu kelebihan buat anda.

Mungkin akan ada trader yang bingung bagaimana untuk predict arah pasaran hadapan yang belum berlaku? Jika anda tahu caranya, ia sebenarnya bukanlah sukar. Yang sukar itu pastinya hendak trade sahaja. 🙂

Kelebihan dan kekurangan

Kelebihannya adalah anda boleh trade satu bias sahaja untuk sebulan dan kaut untung untuk sebulan itu hanya dengan memilih satu jenis entry.

Kekurangannya, anda boleh loss sepanjang bulan.

Timeframe Weekly

Pada timeframe ini, arah market adalah berdasarkan trend mingguan. Period separator yang disetkan di sini pula akan mewakili setahun sama seperti timeframe monthly. Oleh itu major SNR yang anda dapati di sini adalah SNR tahunan berdasarkan tahun-tahun sebelumnya.

Beza dengan Monthly, anda akan mengikuti arah pasaran berdasarkan trend minggu lepas. Oleh itu jika pada monthly anda akan pilih satu sahaja direction untuk trade selama sebulan, kali ini anda akan mengikuti market berdasarkan bias mingguan. Jadi, dalam sebulan itu entry anda boleh jadi buy dan juga sell berdasarkan situasi pasaran minggu sebelumnya.

Anda akan mendapat potensi winning trade dengan mudah pada pasaran trending. Keadaan ini akan berubah-ubah dalam sebulan. Dengan kaedah ini anda boleh merancang plan minggu hadapan anda. Kaedah yang sama ini juga saya kongsikan dalam group analisis.

Kelebihan dan kekurangan

Kelebihannya seperti biasa, anda akan profit sepanjang minggu tetapi ia boleh jadi kekurang juga iaitu loss sepanjang minggu. Akan tetapi kelebihan yang jelas adalah tidaklah loss sepanjang bulan pula kan?..

Timeframe Daily

Timeframe Daily adalah mewakili trend harian yang sangat sensitif terhadap apa yang berlaku setiap hari. Pergerakan naik dan turun akan berlaku dan memungkinkan trader mendapat entry hampir setiap hari. Inilah lubuk daytrader untuk buat income harian.

Berbeza dengan monthly dan weekly, di Daily anda boleh dapatkan entry trend yang berbeza-beza sesuai dengan market dalam seminggu tersebut.

Signal D1 reversal akan lebih kerap ditemui berbanding di Weekly. Yang penting tahu di mana major SNR, tunggu price buat reaksi dan entry jika perlu.

Baca >>  APA ITU RISK ON DAN RISK OFF

Kelebihan dan kekurangan

Apabila anda membuat daytrading, anda sebenarnya mendedahkan akaun anda pada risiko yang kerap. Walaupun anda berpotensi menjana income harian, kekurangannya juga adalah anda boleh kerugian secara harian.

Tetapi jika anda trader yang mahukan confirmation trend lebih awal berbanding Monthly dan Weekly, maka timeframe Daily sangat sesuai untuk anda. Anda hanya perlu tetapkan major SNR anda, kemudian buka Daily dan tunggu confirmation entry samada break atau reject. Seterusnya rancanglah trade anda.

[TAWARAN MENARIK] MODAL PERCUMA $30 UNTUK PEMBACA BLOG PULLBACK FOREX

Daftar akaun live di XM dan tuntut bonus tanpa deposit percuma hari ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah verify akaun dan tuntut modal percuma anda. SAYA NAK $30 SEKARANG!

Kenapa anda harus memilih kami? :

  • Free $30 To Start Trading Instantly
  • Deposit Bonus up to $5,000
  • Unlimited Loyalty Program
  • Awards-Winning Forex Broker
  • Regulated broker
  • Partnership programs
  • Leverage up to 888:1
  • Spread serendah 0.6

Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!

Teknik Entry

Anda sudahpun pelajari kaedah analisa, sekarang saya akan kongsikan tips bagaimana hendak memanfaatkan analisa tersebut.

Anda boleh entry berdasarkan lower timeframe bermula dari H1 hinggalah M5. Apa yang anda perlu adalah kemahiran untuk timing-kan entry anda.

Berberapa tips berikut anda boleh consider,

  1. Moving average – anda boleh gunakan EMA 20 ataupun EMA50 untuk mendapatkan entry buy low dan sell high sesuai dengan trend.
  2. Fibonacci retracement – terdapat banyak perkongsian mengenai topik ini dalam blog ini. Anda boleh cari topik tersebut di ruang carian.
  3. Teknik Fibo, SNR dan Trendline – Boleh ke halaman ini >> https://pullbackforextrading.com/advance-fx-strategy/

Akhir kata

Dalam kita sibuk nak fokuskan mengenai tools seperti trendine, SNR, fibonacci, topik trendline juga adalah penting dan sama pentingnya juga dengan tools-tools lain itu. Sebab itulah dalam blog ini saya ada menulis mengenainya dan mungkin anda tidak jumpai ditempat lain.

Walaupun timeframe ini topik yang nampak mudah, tapi percaya atau tidak, ia sebenarnya tools yang sangat berguna jika anda tahu memanfaatkannya.

Jika anda merasai ilmu ini bermanfaat kepada anda, bantu sebarkan kepada trader lain agar kita saling bantu membantu untuk tujuan yang baik. InshaAllah!

ADMIN
01/02/22

Leave a Reply

Text-+=
Translate »