STRATEGI PENDING ORDER – 5 Tips Dapatkan entry lebih baik dan efektif
MAHU DAPATKAN ENTRY YANG LEBIH BAIK? BACA HINGGA HABIS!
Pernahkah anda mengalami dua senario di bawah;
Senario #1 – Berapa kalikah anda lihat signal entry namun apabila anda cuba mengikuti signal itu didapai seakan price gagal bergerak seperti yang sepatutnya, -lalu anda cutloss, namun tiba-tiba price bergerak balik ikut arah signal asal.
Senario #2 – Berlaku breakout, new high dan new low terbentuk lalu anda menanti peluang untuk entry apabila price menguji semula broken S&R tetapi disebabkan anda tidak punyai masa atau anda tidak dapat menunggu lama di hadapan chart anda tiba-tiba apabila anda meninggalkan chart itu dan melihatnya berberapa jam kemudian anda dapati anda sudah terlepas peluang?
Inilah masanya anda perlu gunakan sebaiknya Pending Order! Berikut 5 tips kenapa anda perlu menggunakan pending order.
TIPS #1 – Pending Order – Tempah Price terbaik sahaja
Jika anda trader Support dan Resistance, maka kaedah PO ini sesuai untuk anda. Dalam kaedah S&R, apabila berlakunya new high atau new low, breakout point asal akan menjadi SBR atau RBS(support become resistance dan resistance become support). Apabila price mula memanfaatkan area SBR/RBS ini, maka inilah peluang anda untuk dapatkan entry buy low atau sell high.
TIPS #2 – Pending Order – Set ‘n Forget, anda tidak perlu risau lagi terlepas peluang
Kita semua bersetuju bahawa menghabiskan masa di hadapan chart itu tidak baik untuk kesihatan dan adakalanya membuang masa apabila akhirnya tiada peluang entry. Jika anda sibuk dengan urusan seharian anda boleh buat analisa sepintas lalu sahaja dan jika terdapatnya breakout dan new high/low sudah terbentuk, anda tidak perlu risau lagi jika anda terlepas peluang itu. Apa yang anda perlu buat adalah pasang pending order kemudian tinggalkan sahaja trade anda!
TIPS #3 – Pending Order – Signal entry lebih baik
Berapa ramai dikalangan anda sedar bahawa price ini kerap buat retest semula ke RBS/SBR setelah berlakunya signal entry? Ia tidaklah berlaku setiap hari tetapi ia juga antara ‘sifat’ semula-jadi pergerakan price ini. Ia secara tidak langsung menjadi permainan psikologi di mana ia boleh membuatkan si trader merasa ‘frust’ apabila signal awalnya yang diambil kelihatan seakan tidak menjadi dan seterusnya mengubah trading plan ketika itu. Akan tetapi akhirnya disedari bahawa entry asal tersebut adalah betul dan si trader akhirnya terperangkap dalam keadaan kerugian yang berderet-deret banyaknya.
Adakalanya juga ia membuatkan si trader itu tidak mahu menggunakan stoploss dengan beranggapan bahawa trade itu akan profit kembali pada berberapa jam kemudian. Adakalanya ia menjadi dan dalam keadaan yang teruk, trade itu tidak kembali ke haluan asal dan berakhir dengan margin call atau floating loss yang agak besar.
Dengan menggunakan pending order, anda hanya perlu setkan order anda pada SBR/RBS area sahaja. Jika price retest ke area itu maka PO anda akan trigger(open), jika tidak maka anda tidak kerugian apa-apa. Terlepas peluang kini bukan masalah lagi!
TIPS #4 – Pending Order – Dapat membantu menetapkan risk reward ratio lebih efektif
Dengan menggunakan pending order sebagai kaedah atau teknik entry anda, anda boleh menetapkan risk ratio anda. Perkara ini sangat penting bagi mereka yang mengutamakan money management dan risk management dalam trading mereka. Dan sudah tentu, trade yang baik itu sekurang-kurangnya 1:1 ratio atau lebih baik, 1:2 ratio. Ini bermaksud risiko loss anda sama nilai dengan potensi untung(1:1 ratio) atau untung lebih banyak berbanding risiko(1:2 ratio). 1:2 ratio sudah pasti menjadi pilihan, ye la, siapa yang tak nak untung lebih banyak dari rugi kan?
TIPS #5 – Pending Order – Entry layer lebih baik
Pada artikel sebelum ini iaitu entry minachi, saya telah terangkan bagaimana untuk membuat entry layer. Pada tips yang sebelum ini telahpun saya terangkan mengenai tabiat price yang suka membuat retest, jika anda mahu manfaatkan keadaan tersebut, anda boleh gunakan PO minachi untuk entry tersebut kemudian tinggalkan sahaja chart anda. Entry cara ini agak berisiko namun ia juga antara yang memberi pulangan tinggi dalam masa singkat. Oleh itu bagi penggemar teknik minachi ini, gunakanlah pending order sebaiknya.
Kesimpulan…
Pending Order atau ringkasannya, PO adalah kaedah entry secara tempahan price yang efektif dan boleh menjadi satu kelebihan bagi mereka yang tahu memanfaatkannya. Selain membantu anda entry secara set n forget ia juga membantu anda untuk entry secara tepat buy low dan sell high ia juga membantu dari segi menetapkan risk reward ratio dalam mony management anda.
Semoga maju jaya dan selamat mencuba!
Salam profit!
ADMIN
20/9/16
www.pullbackforextrading.com