XAUUSD selepas NFP dan apa plan teknikal untuk minggu hadapan
Berdasarkan posting semalam, plan hari ni sepatutnya sell. Namun hari ni ada data berita NFP dikeluarkan. Waktu news sangat berisiko tinggi dan saya juga tidak galakkan trade semasa news ini. Jika anda mengikuti strategi trade selepas news, anda akan mendapat entry yang lebih tepat.
Nampaknya plan untuk sell di bawah 1900.00 terbatal selepas pair gold naik, Lihat chart di bawah;
Berdasarkan reversal divergence OSMA, petanda kenaikan sudah jelas terbentuk lebih awal selepas double pin bar terbentuk di atas 1900.00 ini. Area SBR 1932.14 mungkin akan diuji lagi. Tapi jika gagal break, price pasti akan turun semula.
Baca : teknik divergence OSMA
XAUUSD WEEKLY
Candle weekly membentuk bullish candle. Namun jika minggu ini ia mampu ditutup di atas area SBR 1932.14 maka minggu hadapan kita akan fokus buy sahaja. Plan bulan ini masih selling lagi berdasarkan bulan lepas namun kita tidak boleh expect ia akan terus membuat penurunan. Biasanya ia akan naik dahulu sebagai diskaun terbaik untuk kita sell high.
Jadi, samada anda tunggu harga tinggi dahulu untuk sell atau, ambil buy dahulu dan sell kemudian.
Major pair lain
Jika gold bullish, maka major pair EU, GU dan AU juga akan bullish. UJ pula akan bearish. UJ dah naik tinggi sangat, ada possible untuk berlaku correction, dan dalam hal ini pastinya adalah sell UJ.
Update akan menyusul minggu hadapan. stay tune!
ADMIN
07/07/23
One Reply to “XAUUSD selepas NFP dan apa plan teknikal untuk minggu hadapan”
Comments are closed.