GOLD KEMBALI BEARISH?

Plan buy minggu lepas gagal selepas gold lebih cenderung kepada downtrend. Pada minggu lepas ia ditutup sebagai bearish namun pada awal minggu ini(isnin) ia bergerak bullish sedikit.

Pada H4 terbentuk morning star pattern(arrow biru) menandakan ia akan menaik sedikit. Namun terdapat down trendline(hijau), jika break ia mungkin akan naik lagi. Pattern ini terbentuk di bawah shadow pin bar minggu lepas, menandakan SL hunting berlaku di situ.

Di bahagian bawah, terdapat satu lagi trendline uptrend(merah), jika ini break, maka trend minggu lepas akan berterusan lagi. Price level 1900.00 mungkin sekali lagi diuji.

XAUUSD 4H | tradingview.com

Kedudukan candlestick

Antara EMA21 dan candlestick tidak berada jelas di atas atau di bawah menandakan trend dalam sideways. Jika break DTL(hijau) sekalipun ia tetap tak bermakna ia akan naik mahupun jika break UTL(merah) jika candle kembali semula ke EMA ini.

Baca mengenai EMA 21 di sini >> https://pullbackforextrading.com/tingkatkan-ketepatan-entry-anda-tips-dan-trik-indikator-ema21/

Plan minggu ini

Plan utama adalah sell dan sell akan dibuat jika harga tertinggi dalam fibo retracement terbentuk dengan rejection berada di salah-satu fibo level ini. Pada waktu ini DTL sedang diuji dan jika break ia ada kemungkinan naik ke 50.0%, 61.8% atau 78.6% overlap dengan major DTL.

Sell juga akan trigger jika price rejected di fibo level semasa iaitu di 38.2% dan closed semula di bawah DTL(hijau).

Breaking weekly low adalah petanda baik untuk selling lagi. Area 1900.00 adalah major support yang menjadi target utama jika selling confirmed.

Altenatif/invalid plan sell

Jika price break Weekly high, plan utama minggu ini akan terbatal.

Baca Lagi  GOLD MENGENA SASARAN

Update akan menyusul.

ADMIN
11/09/23

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *