
ANALISA GOLD MINGGU KE-4 JUN 2025
Minggu lepas tiada pergerakan aktif untuk gold sebaliknya hanya bergerak sideways dan sedikit menurun di bawah paras 3400.00. Plan buy trigger namun sudah hit BE dan price kekal tiada pergerakan besar hinggalah market ditutup.
Namun pada hari ini, iaitu ahad, berlaku kejutan di mana A.S. akhirnya menyertai perang di Iran dengan mengebom di tiga kemudahan nuklear Iran.

Hal ini mungkin yang ditunggu minggu lepas oleh trader gold dan memandangkan ia berlaku pada hari ini, maka kesannya akan dilihat pada esok hari.
Gold mungkin melonjak naik disebabkan krisis yang makin bertambah di asia barat. Ini akan menganggu ekonomi dunia terutamanya harga minyak yang mungkin akan menaik.
Analisa minggu lepas >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-minggu-ke-3-jun-2025-kembali-uptrend/
XAUUSD D1
Disebabkan hal demikian plan utama minggu hadapan masih lagi buy. Pada D1 chart kelihatan cs doji menandakan tiada yang betul-betul dominan dalam pasaran.
Disebabkan overall trend masih uptrend dan apa yang berlaku pada ahad ini, maka next week fokus masih buy lagi. Target utama:
- Weekly high 3451.52
- ATH 3500.00
ALTENATIF
Price mestilah break dahulu 3300.00 untuk downtrend kerana jika break weekly low sekalipun, area 3300.00 ini masih strong support untuk buying.
Break di bawah paras ini barulah sesuai untuk selling.
Update akan menyusul di telegram, pastikan sudah join jika belum.
Sekian,
ADMIN
22/06/25