
Gold sideways seminggu tapi EURJPY melonjak | Weekly Trading Recap
Minggu lepas plan utama adalah buy namun price menurun secara berperingkat dan hanya bergerak dalam range kecil sahaja. Ia akhirnya ditutup sedikit menaik pada jumaat lepas.
Gold tidak perform dengan begitu baik dan kelihatan seakan sedang ‘menunggu’ sesuatu untuk ia bergerak. Ia ada benarnya apabila hari ini, iaitu ahad, kita dapat lihat pada ruang-ruang berita di internet mengenai serangan Amerika terhadap loji nuklear Iran. Pada pendapat saya, inilah yang ditunggu tersebut pada minggu lepas namun ia hanya berlaku pada ahad pula.
Oleh itu esok saya menjangkakan akan berlakunya spike atau gap atas. Mungkin mendekati semula 3500.00 tahun ini. Alasannya, konflik di asia barat yang makin memanas dan memuncak. Iran juga dilaporkan mungkin akan menutup selat Hormuz. Jika ia berlaku, ramai pakar berpendapat akan ada gangguan besar terhadap ekonomi dunia dengan harga minyak akan mula melonjak naik.

“Selat Hormuz adalah laluan laut sempit tetapi kritikal di mana kira-kira satu pertiga perdagangan minyak global, iaitu 17 juta hingga 20 juta tong minyak mentah dan kondensat, melaluinya setiap hari.
Kira-kira 70 peratus isipadu minyak pergi ke Asia melalui laluan ini, dengan China, Jepun, India, Korea Selatan, Singapura, Thailand, Pakistan dan Filipina antara penerima terbesar, menurut Agensi Tenaga Antarabangsa.
Laluan ini juga penting untuk eksport LNG, terutamanya dari Qatar dan Emiriah Arab Bersatu, yang menyumbang 20 peratus perdagangan LNG global. Eropah adalah destinasi utama LNG yang melintasi Hormuz.” -TRT Global.
Gold secara perlahan bergerak sideways dan tak melepasi 3400.00.

Plan buy minggu lepas gagal menjadi seperti dirancang dan trade buy kebanyakkannya hit BE atau sekadar pulang modal sahaja.
Berbeza dengan EURJPY, ia perform dengan baik sesuai dengan teknik yang digunakan di halaman ini.

Pair ini membuat retracement dahulu kemudian rejected di fibo 50.0. Ia terus melonjak naik dan membuat new high iaitu breaking 0.0 fibo.
Rejection candle terbentuk di kawasan SNR yang saya tandakan dengan warna kuning, apabila ia berlaku maka signal buy sudah terbentuk, SL dan TP boleh ditetapkan berdasarkan situasi ini.

Akan tetapi walaupun adanya new high, namun had TP hanyalah di last week high sahaja.
Bagi anda yang ingin menyertai group vip pullback bolehlah signup dahulu di laman membership pullback.
Akhir kata
Terima kasih meluangkan sedikit masa untuk weekly recap ini. Sila ikuti telegram kami untuk update terkini dan juga signal-signal entry untuk memantapkan lagi pembelajaran anda.
Bagi yang belum membuka akaun demo, pastikan membuka akaun demo di sini.
ADMIN
22/06/25