Plan minggu terakhir bulan ini | 24 JUL 23
Dengan berbaki lagi 5 hari sahaja lagi hingga jumaat ini, bulan Julai bakal melabuhkan tirainya dan melengkapkan trend untuk bulan ini. Trend bulan ini bolehlah digunakan untuk menjadi petunjuk untuk bulan hadapan pula. 🙂
Dalam artikel kali ini saya akan berikan analisa 4 matawang major dan 1 matawang komoditi.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
XAUUSD
Trend gagal untuk meneruskan bullish momentum setelah candle hanging man terbentuk di 1980.00. Candle retest reject terbentuk dan diikuti candle bearish yang break uptrendline pada jumaat lepas.
Breakout uptrendline adalah petanda kepada permulaan downtrend.
Seterusnya kita lihat di 4H.
Berdasarkan fibo retracement, area neckline di 61.8 adalah pilihan utama untuk selling high pair ini. Namun jika price terus turun, mungkin saya akan memfokuskan sub-wave yang terbentuk di 38.2 dan 23.6.
Strong downtrend adalah jika price break Weekly low kemudian pullback. Ikutkan plan bulan ini adalah sell, mungkinkah plan sell itu trigger pada minggu terakhir bulan ini?
EURUSD
Pair ini ditutup sebagai bearish minggu lepas. Oleh itu minggu ini saya jangka ia akan turun lagi ke area RBS yang terbentuk di Daily dan H4.
Berdasarkan D1, long term plan adalah buy jika rejection berlaku atas RBS 1.1059 dan 1.1000.
Oleh itu short term plan adalah sell.
Sell terbaik adalah jika ia naik dahulu ke fibo retracement kemudian rejected. Area golden ratio seperti 38.2, 50.0 dan 61.8 adalah keutamaan untuk sell high.
Selain sell high, sell lower di bawah Weekly low adalah keutamaan jika trend jatuh lagi.
GBPUSD
Pair ini minggu lepas ditutup bearish dengan menjejak last week opening price. Ikutkan trend candlestick, ia sepatutnya sell minggu ini. Akan tetapi ia berhenti tepat-tepat di atas RBS 1.2815.
Oleh itu jika ikut fakta SNR sepatutnya ini adalah buying. Oleh itu scalp buy dengan stoploss di bawah Weekly low 1.2810 / 1.2800.
Lihat pada H4 pula.
GBPUSD break number psikologi 1.3000 dan terus jatuh. Di sebabkan candle bearish ditutup di bawah 1.3000, oleh itu secara umumnya trend adalah sell/downtrend. Untuk sell high, area resistance/supply 1.2946 adalah area terbaik untuk sell high. Selain itu jika break weekly low maka ia lebih baik kerana ini menandakan strong bearish trend yang akan menekan harga jatuh lebih jauh memandangkan dua faktor iaitu closed di bawah 1.3000 dan trend minggu lepas secara keseluruhannya adalah bearish.
Short term plan – buy. Long term plan – sell.
AUDUSD
Pair audusd bounce di atas weekly low menandakan ia berpotensi untuk naik. Akan tetapi secara keseluruhannya trend minggu lepas ditutup bearish/downtrend. Oleh itu plan minggu ini seharusnya adalah sell.
Untuk pair ini ia boleh dibuat dalam dua situasi iaitu buy dahulu sell kemudian atau, tunggu ia naik ke area marking dalam gambar dan sell jika confirmation terbentuk.
Area marking adalah 0.6780.
Invalid buy – jika price break weekly low dan membuat new low.
USDJPY
Pair ini ditutup bullish minggu lepas, menandakan pullback berlaku untuk uptrend. Pada minggu lepas saya menjangkakan trend akan bersambung downtrend. Namun apa yang berlaku adalah kenaikan berlaku hingga jumaat dan penutupan pasaran.
Fokus satu sahaja plan akan memudahkan untuk trade pair ini walaupun kesudahannya adalah loss kerana berbanding anda kerap menukar buy dan sell, ia akan mengelirukan dan boleh menyebabkan ‘gangguan’ emosi kepada anda dan seterusnya meningkatkan risiko kerugian.
Untuk pair ini saya fokus buy sahaja. Area penting untuk buy adalah di golden ratio 38.2, 50.0 atau 61.8. Saya tak menjangkakan ia akan naik tinggi kerana ia boleh jadi agak mengelirukan sikit kerana faktor hujung bulan.
Jika tidak pasti, ada baiknya abaikan sahaja dan biarkan minggu ini trend melengkapkan kitarannya.
Kesimpulan
Hujung bulan dan penghujung hari trading(jumaat) selalunya mengelirukan. Ini juga berlaku pada penghujung tahun pada November dan Disember. Pada waktu-waktu ini amatlah penting untuk berhati-hati dalam membuat keputusan kerana kita tak merancang untuk trade bulan ini sahaja tetapi pada bulan-bulan berikutnya.
Analisis ini saya akan update kemudian untuk memberikan pendedahan secara live kepada pembaca sekalian tentang dinamik market dan bagaimana analisa teknikal diguna-pakai untuk mendapatkan arah dan entry. Education ini penting kerana dilakukan secara praktikal berbanding hanya teori dalam buku yang serba ‘sempurna.’
Anda boleh download teknik saya di sini.
ADMIN
24/07/23
foto: google images, tradingview