ANALISA GOLD MINGGU KE-4 NOVEMBER | KEMBALI BULLISH
Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog pullback. Untuk analisa dan plan minggu hadapan, kita akan merujuk semula apa yang sudah berlaku pada minggu sebelumnya iaitu minggu lepas.
Berdasarkan minggu lepas, ia ditutup bullish. Secara tidak langsung plan sell minggu lepas invalid dan jika terdapatnya sebarang entry sell, ia akan stopout terkena stoploss ataupun perlu dicutloss manually.
Untuk ke analisa tersebut sila ke sini >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-minggu-ke-3-november/
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
XAUUSD H4
Di H4 kita akan dapat melihat bahawa minggu lepas trend rally bullish dan tiada retracement pun berlaku. Pada minggu hadapan kita jangkakan akan berlaku sedikit penurunan sebelum ia menyambung semula kenaikannya.
Berdasarkan gambar di atas:
Weekly high adalah di 2716.40 dan Weekly low adalah di 2563.18. Ini akan menjadi petunjuk untuk buy jika new high terbentuk atau reversal trend jika break weekly low.
Minor Support pula:
- 2684.52
- 2669.77
- 2657.16
- 2600.00
Trading plan dan target profit:
Plan utama adalah buy. Untuk entry diskaun, price mestilah turun ke mana-mana minor support kemudian signal buy terbentuk.
Buy high jika, price break weekly high dan pullback atasnya.
Target profit utama adalah 2800.00 atau berdasarkan fibo TP. Untuk artikel fibo TP sila ke sini >> https://pullbackforextrading.com/teknik-wajib-fibo-tahun-2022-cara-take-profit-ini-tidak-ramai-yang-tahu/
Altenatif:
Jika price break Weekly low, elakkan buy. Atau cari sell sahaja di bawah Weekly low ini. Area 2600.00 boleh jadi key resistance untuk sell.
Sekian dulu buat masa ini, update akan menyusul di group telegram. Sila ke sini untuk join.
ADMIN
24/11/24