![](https://pullbackforextrading.com/wp-content/uploads/2025/01/rahsia_forex.png)
BAGAIMANA SAYA MENDAPATKAN SL KECIL DAN TP BESAR | RAHSIA DIDEDAHKAN | PART 2
Artikel ini adalah sambungan dari bahagian pertama mengenai bagaimana saya mendapatkan entry pada stoploss yang kecil kemudian TP yang agak besar. Dalam bahagian pertama saya sudah dedahkan mengenai stuktur trend pasaran dan juga, break of structure(BOS), dan juga point of interest(POI).
Untuk bahagian pertama sila ke pautan ini >> https://pullbackforextrading.com/bagaimana-saya-mendapatkan-sl-kecil-dan-tp-besar-rahsia-didedahkan-part-1/
Sebelum lanjutkan, di bawah adalah broker pilihan admin yang anda juga boleh gunakan untuk trade teknik ini(klik banner di bawah):
Untuk sedikit ulangkaji, saya ringkaskan pembelajaran sebelum ini kepada berikut;
- Trend structure adalah untuk melihat dan memahami keadaan trend semasa.
- Sesuatu permulaan trend berkait terus dengan breakout pada POI.
- Sesuatu setup boleh ditentukan melalui BOS yang berlaku.
Okey, untuk bahagian kedua dan terakhir dalam pembelajaran ini, kita akan lebih banyak mengupas mengenai BOS kerana di sinilah rahsianya bagaimana untuk mendapatkan entry stoploss kecil dan target profit besar.
Timeframe(TF)
Untuk timeframe, anda boleh gunakan di semua timeframe termasuklah M1 dan Monthly. Tetapi disebabkan ringkas itu lebih baik, maka anda boleh tumpukan di salah satu timeframe berikut;
- Daily(D1)
- H4 atau,
- H1 sahaja.
Tidak perlu nak tepat sangat atau risaukan apa yang berlaku di timeframe lain, sebaliknya fokus sahaja timeframe yang anda mahu melihat potensi entry ini.
Ini kerana anda trading menggunakan risk control atau stoploss, oleh itu tak perlu risau apa yang berlaku di timeframe lain kecuali anda sudah menguasai sepenuhnya kaedah ini barulah apply ke timeframe lain pula.
Untuk artikel ini kita hanya tumpukan H4 sahaja.
Retest dan Rejected
Retest adalah situasi di mana price atau candle akan menuju semula ke kawasan tertentu SNR untuk menguji kawasan itu. Apabila ia retest semula dan gagal(rejected), maka sinilah peluang entry anda.
Bagi yang sudah mahir, biasanya tak perlu tunggu rejected lagi, yang penting hanya perlu tahu berapa risiko yang perlu diletakkan sahaja. Lepas itu biarkan SL dan TP bekerja selain hanya perlu hapuskan risk(breakeven/BE) jika sudah profit.
Indikator
Tiada indikator yang diperlukan. Anda hanya perlu mahir marking sahaja.
![](https://pullbackforextrading.com/wp-content/uploads/2025/02/break-retest.png)
Retest biasanya akan melibatkan berberapa kali percubaan sebelum ia menjadi. Retest inilah peluang untuk entry. Dalam sesuatu keadaan, adakalanya retest ini cuma berlaku sekali, adakalanya berberapa kali.
Retest memberikan indikasi bahawa sesuatu SNR itu legit atau sah ataupun kukuh jika tidak berjaya ditembusi.
Kawasan retest ini sangat efektif kerana jika ia setup yang gagal sekali pun, namun trade anda mempunyai risiko yang terendah dan mempunyai reward yang besar.
Entry
Entry anda pada bounce kedua atau ketiga. Jika anda tidak pasti adakah ia akan bounce atau retest berberapa kali, anda boleh membuat entry pada retest pertama, ataupun tunggu sahaja ia retest lagi kali kedua atau ketiga. Cuma perlu diingat dan bersedia untuk jika tiada retest ini maka anda juga tiada entry.
Saya faham, ini akan menjadikan anda FOMO untuk entry tapi percayalah, jika anda terus melatih disiplin anda untuk fokuskan hanya entry pada entry yang berkualiti, anda akan lebih cenderung mengaut untung yang sangat banyak di masa akan datang. Kualiti anda sebagai trader juga lebih tinggi jika anda ada kemampuan untuk mengabaikan market walaupun ia bergerak ratusan pips seperti anda plan cuma plan itu tidak trigger sahaja. Inilah yang membezakan antara trader hebat dan low quality di mana trader yang berkualiti rendah biasanya akan masuk melulu dan mengikut emosi manakala trader yang berkualiti adalah penyabar dan menunggu sahaja peluang lain kerana selepas hari ini, akan ada beribu-ribu lagi peluang pada sepanjang tahun ini dan tahun hadapan. Kenapa mesti risau hanya terlepas satu sahaja?
Entry paling berkualiti adalah yang ada 2 atau 3 retest. Jika anda mahu test kualiti anda sebagai trader, cuba fokuskan jenis entry ini sahaja untuk 6-12 bulan akan datang. Bagaimana, anda berani?
![](https://pullbackforextrading.com/wp-content/uploads/2025/02/trple.jpg)
2x retest akan membentuk double top dan double bottom, manakala 3x retest akan membentuk triple top dan bottom. Sekarang nampak tak apa kaitan chart pattern dengan entry? Kaedah ini mungkin anda tidak akan jumpa di mana-mana pembelajaran percuma atau, selepas baca ini barulah anda perasan perkaitannya.
![](https://pullbackforextrading.com/wp-content/uploads/2025/02/5-retest.jpg)
Dalam keadaan tertentu juga ia boleh sampai 4-5 kali retest. Ini menandakan kekuatan sesuatu SNR itu. Makin kuat maka makin tinggi potensi reversal akan berlaku.
Trade Setup
Anda boleh manfaatkan sesuatu trend itu melalui breakout pada POI untuk permulaan trend dan BOS yang berlaku dalam continuation trend itu.
Untuk POI, POI ini juga adalah area neckline. Jika ia berlaku, tunggu retest dahulu kemudian entry. Untuk exit pula adalah pada SNR terdekat dalam timeframe yang sama tapi jangan sekali-kali TP 10 pips atau 30 pips kerana dalam kaedah ini tiada sama sekali TP sekecil itu kecuali pair anda dalam range kecil.
Contoh entry pada POI di awal trend
Di bawah adalah contoh entry sell pada permulaan sesuatu trend di mana POI breakout kemudian diikuti retest dan entry di buat.
Untuk entry terdapat berberapa cara;
- Masuk pada retest kedua,
- Masuk pada candle bearish pada retest kedua sebagai confirmation rejection,
- Masuk lewat sikit iaitu selepas candle reversal pattern confirmed namun SL jadi besar
Jika anda masuk pada retest pertama, anda akan berdepan sedikit floating ketika retest kedua berlaku. Pada waktu ini adakalanya trader yang takut salah mungkin akan cutloss dan tukar plan. Di sinilah kebanyakan masalah berlaku.
Entry sharp dan stoploss kecil adalah apabila anda masuk tepat-tepat ketika retest kedua berlaku. SL anda pada waktu ini mungkin cuma sekitar 10 ke 15 pips sahaja. Entry cara ini dikenal sebagai sniper entry.
Namun masih ada risiko untuk ia hunting SL anda sebelum ia menjadi. Oleh itu bersedia untuk reentry lagi selagi candle close di bawah POI atau marking neckline anda.
![](https://pullbackforextrading.com/wp-content/uploads/2025/02/image-1024x589.png)
Untuk TP, anda boleh ambil major SNR terdekat. Jika target besar seperti dalam gambar di atas, pastikan breakeven entry anda. Tak perlu entry layer sepanjang proses pergerakan trend ini kerana ia mungkin merosakkan trade awal anda jika tiba-tiba trend reverse dan plan gagal.
Entry pada pertengahan trend selepas POI
Jika terlepas awal trend, anda masih punyai peluang pada pertengahan trend iaitu apabila BOS berlaku. BOS merujuk kepada new high dan new low sesuai trend itu, kemudian retracement atau small correction akan berlaku dan pada waktu inilah entry akan dibuat jika confirmed.
![](https://pullbackforextrading.com/wp-content/uploads/2025/02/image-1-1024x589.png)
Di atas saya tandakan BOS berlaku diikuti retracement. Entry adalah berdasarkan retest yang berlaku. Pada waktu ini terpulang adakah anda mahu entry sharp seperti sniper ataupun entry dengan confirmation.
Untuk confirmation anda boleh entry berdasarkan jenis closing candle tanpa pattern ataupun entry jika pattern terbentuk. Contohnya seperti hammer, shooting star, morning atau evening star sesuai trend atau trade setup waktu itu.
![](https://pullbackforextrading.com/wp-content/uploads/2025/02/image-2-1024x589.png)
Akan tetapi perlu ingat, retest tidak semestinya berlaku dan jika berlaku pula tak semestinya akan ada 2 atau 3 kali retest.
Lagi contoh:
Stoploss optimum biasanya 20 hingga 30 pips, tapi pastikan target profit anda adalah minimum 50 ke 80 pips. Dalam waktu tertentu adalah biasa untuk trend bergerak ratusan pips menuju SNR-SNR major yang ada di Daily dan H4. Ini menyebabkan TP anda juga mencecah ratusan pips walaupun risk anda cuma sekadar 20 atau 30 pips.
![](https://pullbackforextrading.com/wp-content/uploads/2025/02/image-3-1024x589.png)
Lagi contoh di bawah;
![](https://pullbackforextrading.com/wp-content/uploads/2025/02/image-4-1024x589.png)
Tidak dinafikan, jika terbentuknya candle reversal pattern, ia lebih memudahkan untuk trigger entry kerana kita sedia faham pattern-pattern ini dalam pasaran membawa maksud trend bakal bergerak selepas itu. Apapun, pastikan SL anda kecil dan TP anda semaksima mungkin.
Adjust volume/risk
Jika dalam sesuatu setup itu SL anda mencecah 70 atau 100 pips, untuk minimakan risk, sila gunakan volume atau lot kecil untuk meminimakan risiko itu.
![](https://pullbackforextrading.com/wp-content/uploads/2025/02/image-6-1024x589.png)
Di atas adalah contoh GBPJPY buy setup selepas BOS berlaku diikuti dengan retracement. Signal entry pinbar terbentuk menjadi signal entry namun SL agak besar iaitu -75 pips. Oleh itu untuk minimakan risk, bolehlah gunakan lot kecil sahaja.
Walaupun SL agak besar, namun trade setup ini memberikan potensi +270 pips TP iaitu 1:3.6 ratio.
Memahami stuktur dan trade berdasarkannya adalah efektif dari segi pengurusan risiko terutama jika trend berubah. Jika ia berubah maka stuktur juga akan berubah.
Trade setup gagal
Apabila kita trade sesuatu structure, kita sebenarnya trade mengikuti trend itu. Jika ia berubah maka kita secara tidak langsung sudah salah dan perlu cutloss posisi kita.
Trading ini adalah perniagaan dan dalam perniagaan bukanlah keuntungan yang kita perlu kejar semata-mata tapi adalah bagaimana kita menguruskan perniagaan itu. Perniagaan yang baik adalah yang berisiko rendah dan berkeuntungan tinggi dan selain itu ia juga ia perlulah diuruskan secara baik di mana kita perlu minimakan kerugian ketika salah dan maksimakan keuntungan ketika betul.
![](https://pullbackforextrading.com/wp-content/uploads/2025/02/image-7-1024x589.png)
Di atas adalah contoh trade yang gagal di mana apabila ia gagal, SL hit dan trend juga sebenarnya berubah. Oleh itu tindakan yang tepat sebenarnya adalah cutloss bukan?
Akhir kata
Kini anda sudah tahu rahsia saya menjana ratusan pips dan mengongsikannya dalam group telegram secara percuma, kini giliran anda untuk menghasilkan sendiri keuntungan anda menggunakan strategi ini.
Jika anda mahu belajar dan menguji teknik ini saya sarankan anda buat jurnal dan catatnya semua pergerakan trading anda dan review semula setiap hujung bulan untuk ketahui perfomance anda. Jangan bandingkan dengan signal yang saya berikan kerana signal itu mungkin dipengaruhi kaedah lain ataupun timeframe yang berbeza yang saya gunakan dan ia mungkin akan mewujudkan kekeliruan.
Untuk join telegram, klik sini.
Sekian,
ADMIN
05/02/25