![](https://pullbackforextrading.com/wp-content/uploads/2024/10/GOLD-minggu-ke-2.png)
ANALISA GOLD MINGGU KEDUA FEBUARI 2025 | 2900
Minggu lepas gold ditutup pada paras tertinggi baharu lagi dan minggu ini dijangka sentiment akan berterusan ke harga tertinggi baharu lagi iaitu di 2900.00. Ia adalah angka genap terdekat yang kebiasaannya menjadi target penting dalam sesuatu pergerakan harga.
Pada minggu lepas terdapat dua setup trade iaitu; Buy low semasa retracement dan buy higher selepas break weekly high. Disebabkan minggu lepas selepas NFP, trend gold kekal bullish, maka plan minggu ini adalah buy gold.
Untuk analisa minggu lepas sila ke sini >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-minggu-pertama-febuari-2025-new-ath/
Salah satu signal buy minggu lepas:
![](https://pullbackforextrading.com/wp-content/uploads/2025/02/XAUUSD_2025-02-05_10-42-02_96ce2-1024x589.png)
Untuk tidak terlepas peluang sila ke signal telegram kami(dan hendak tengok performance signal-signal lepas):
Sebelum lanjutkan sila sertai laman telegram kami untuk signal trading percuma dan update terkini dari kami terus ke smartphone anda!. Klik sini untuk menyertai!
XAUUSD H4
Awal minggu ini price bergerak up trend dan bullish. Petanda baik untuk mencari potensi buy adalah jika H4 candle close bullish di atas paras 2873.14.
Secara tidak langsung area-area closing minggu lepas di bawah paras ini akan menjadi support level untuk buying opportunity jika ia retest semula.
![](https://pullbackforextrading.com/wp-content/uploads/2025/02/image-9-1024x589.png)
Entry buy boleh dibuat samada berdasarkan candlestick pattern mahupun chart pattern reversal di paras ini.
Berdasarkan H4, key support penting untuk buying low:
- 2873.14
- 2868.86
Note: Keadaan SNR ini mungkin berubah bergantung apa reaksi price di masa akan datang. Ia akan diupdate dalam group signal/live trade kami.
XAUUSD H1
Pada minggu lepas gold kekal bullish membuat deep retracement ke 2841.00 dan kemudian rejected situ. Seterusnya ia bounce dan gagal break di atas 2855.54 selepas NFP. News NFP adakalanya boleh membuatkan sesuatu trend berubah arah, namun dalam kes ini, ia gagal mengubah arah trend gold dan gold kembali bullish selepas news.
2855.54 kekal sebagai strong support dan akan menjadi potensi buying jika ia dijejak lagi minggu ini.
![](https://pullbackforextrading.com/wp-content/uploads/2025/02/XAUUSD_2025-02-10_13-36-38_742e7-1024x589.png)
Untuk buy entry di H1, berikut sedikit tips untuk anda;
- Candle pattern: Hammer dan morning star
- Waves 2 pattern(Elliott waves)
- Double/triple bottom
Jika gold break 2900.00, cari buy di atas paras ini dengan tips entry di atas. Target 3000.00.
Akhir kata
Anxiety trader
Akan tetapi jika price terus naik dan break weekly high mahupun terus naik ke sasaran minggu ini, abaikan sahaja plan ini kerana tidak berbaloi untuk mencuba mencari entry sedangkan ia tiada di sana.
Saya faham situasi anda yang sudah terlalu banyak kerugian dalam perdagangan ini, adakalanya kita perlu terima sesuatu keadaan itu seadanya dan berhenti memaksa untuk mendapatkan peluang.
Saya juga faham bagaimana tekanannya trading pada modal yang kecil sedangkan anda perlu mendapatkan pulangan yang besar dalam waktu itu. Oleh itulah, maka saya kongsikan juga peluang trade berdasarkan pair lain dalam group telegram agar memastikan anda mendapat peluang lain selain trading gold ini.
Sekian dahulu buat masa ini.
ADMIN
10/02/25