
GOLD M1 & M5 SCALPING SCALPING STRATEGY
Gold kini menjadi pair popular kerana volatilinya dan juga range harian yang agak besar selain spread rendah yang ditawarkan oleh kebanyakan broker. Pergerakan gold yang mudah trending di timeframe kecil membolehkan pedagang untuk menghasilkan keuntungan hampir setiap hari jika tidak setiap minggu. Ia konsisten dan sangat menguntungkan.
Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan bagaimana saya scalping gold di timeframe M1 mahupun M5 secara intraday tak kira apa sesi sekalipun samada Asian, Europe mahupun US. Selagi ada peluang, entry boleh dibuat.
Broker MT5 sangat digalakkan kerana punyai function untuk bulk action samada close all profit atau loss mahupun close only profit sahaja. Anda boleh cuba di broker baru ini.
Sebelum lanjutkan sila sertai laman telegram kami untuk signal trading percuma dan update terkini dari kami terus ke smartphone anda!. Klik sini untuk menyertai!
ASAS TEKNIK
Untuk kaedah ini anda boleh gunakan tiga kaedah berikut;
- Kaedah structure/Pattern
- Kaedah SNR entry
- Kaedah Indikator confirmation
Anda boleh juga gabungkan kedua-dua kaedah ini dalam satu masa jika anda mahu.
Timeframe
Seperti tajuk artikel ini, timeframe M1 dan M5 adalah fokus utama anda. Akan tetapi adalah penting untuk ketahui sentimen semasa dan overall trend agar entry di M5 akan lebih sharp dan profitable. Overall trend boleh guna kaedah yang saya ajarkan di sini atau gunakan mana-mana kaedah mengenal-pasti trend dalam blog ini.
Timeframe besar seperti H1 adalah untuk marking sahaja.
#1. KAEDAH STRUCTURE/PATTERN
Kaedah ini tertumpu kepada pembentukan structure sesebuah trend. Ia meliputi higher-high, higher-low, lower-low dan lain-lain. Selain itu juga penggunaan previous SNR lepas juga amat penting untuk dapatkan area berpotensi untuk entry.
Structure ini akan menyerupai sesuatu chart pattern terutama seperti HNS(head and shoulder) dan juga double/tripe top/bottom.
Apabila ia berulang terbentuk, maka situlah potensi entry anda. Latihan dan ulangkaji amat penting untuk kuasai kaedah ini bagi melatih mata anda untuk tajam melihat stuktur sesuatu trend.
Stuktur ringkas adalah berikut;

Dan stuktur yang complicated adalah berikut;


Pattern dan stuktur ini melibatkan satu soulder dan head di mana should kanan adalah entry anda. Selain itu, SNR lepas juga boleh dijadikan panduan entry. Lihat contoh di bawah;


Menggunakan SNR-SNR lepas ini membantu anda mendapatkan timing entry yang lebih tepat selain memberikan tempoh waktu sesuai untuk entry berbanding masuk melulu hanya sebab anda nampak price naik atau sedang turun.
Gold adalah pair yang sangat sensitif terhadap SNR dan ia memberikan anda potensi profit selagi anda mahir melihat potensi peluang.
Menggunakan semua stuktur ini untuk entry
HNS dan Inverted HNS boleh digunakan sebagai signal entry samada untuk reversal mahupun untuk continuation trend. Contohnya dalam uptrend, maka anda hanya perlu cari inverted HNS untuk buy. Jika downtrend pula carilah HNS untuk sell.
*Inverted HNS = HNS Terbalik, contoh entry;

Head and Shoulder entry;

Untuk mendapatkan entry seperti ini, kesabaran menunggu pattern ini terbentuk adalah penting. Oleh itu price atau trend perlulah sideways atau bounce dahulu agar pattern ini dapat terbentuk dan entry akan anda cari kemudian.
Selagi tiada bounce, tiada pattern, tiada entry.
#2. KAEDAH ENTRY SNR
Cara ini adalah mengikuti sepenuhnya peraturan entry berdasarkan SNR iaitu buy support, sell resistance. Buy atas RBS dan sell di bawah SBR. 100% mengikuti peraturan SNR.
Akan tetapi tidaklah bermakna apabila adanya support anda akan buy dan begitu juga dengan resistance, maka anda akan sell.
Teknik ini memerlukan anda membuat marking dahulu iaitu di H1 dan buka M5 atau M1 untuk entry anda. Di area marking ini anda juga boleh gunakan kaedah sebelum ini iaitu pattern HNS untuk dapatkan entry.
Marking anda adalah pada strong SNR iaitu di mana kerapnya bounce dan breakout atau rebound sahaja. Contoh;
Bounce adalah melibatkan berberapa kali retest dan reject, menandakan ia area SNR yang gagal ditembusi. Oleh itu ia adalah area SNR untuk entry anda.

Semakin kerap bounce, maka kuatlah SNR itu. Entry bolehlah dibuat di M5 atau M1.
#3. KAEDAH INDIKATOR
Kaedah ini adalah gabungan SNR dan indikator di mana indikator akan confirmkan signal untuk entry anda.
Untuk kaedah ini saya galakkan anda gunakan oscillator seperti RSI dan juga Stochastic. Semuanya default setting. Kaedah yang kurang sesuai adalah menggunakan bollinger bands dan juga macd kerana ia susah untuk selagi dengan kawasan reversal SNR.
Untuk teknik ini saya gemar menggunakan stochastic dan timeframe entry adalah M5.
Marking H1;

Sekarang pada marking yang sama, buka M5 dan entry pada area ini adalah apabila oversold signal pada stochastic.
Stochastic memberikan confirmation lebih baik berbanding RSI dan juga yang lain, oleh ia adalah pilihan utama saya.
RUMUSAN
Gold menjadi popular kerana potensi entry yang diberikan berdasarkan range harian. Gold mudah memberikan reaksi terhadap sesuatu snr dan ini memberikan potensi untuk pedagang membua profit. Dengan gabungan range besar harian dan juga reaksi terhadap snr memberikan peluang terbaik untuk intraday trading.
Untuk entry, kaedah berkaitan stuktur trend, SNR dan indikator boleh membantu pedagang memasuki pasaran dan memanfaatkan pergerakan gold ini. Timeframe M1 dan M5 membolehkan pedagang memasuki pasaran secara kerap setiap hari.
Sekian,
ADMIN
19/03/25