
ANALISA GOLD MINGGU KE-4 APRIL 2025
Gold naik seperti dijangka dan sudah ke area 3300.00 pada minggu lepas. Situasi ini kekal hinggalah market ditutup untuk minggu lepas.
Secara keseluruhannya bias adalah bullish dan belum ada tanda-tanda lagi ia hendak berubah arahnya. Maka selagi itulah fokus utama adalah buy sahaja.
Untuk analisa minggu lepas sila ke sini >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-minggu-ke-3-april-2025/
XAUUSD H4
Di H4 kelihatan pattern morning star terbentuk dan closing di area 3300.00. Namun pergerakan telah berhenti pada jumaat. Berdasarkan structure pula, ia adalah dalam uptrend.
Untuk perhatian, EMA dalam gambar adalah EMA8 dan 21. Tujuan EMA ini hanyalah untuk panduan price action semasa yang bertindak-balas terhadap SNR terdekat. Ia bukanlah untuk signal entry ataupun exit.

Untuk key SNR dan panduan buying, berikut adalah senarainya;
- 3318.93
- 3321.39
- 3323.91
Untuk entry buy, kriteria berikut adalah keutamaan saya.
- Candle di atas EMA 8, 21 dan di atas SNR yang dinyatakan(salah-satu).
- Rejection candle terbentuk.
- Break dan membuat new high(ATH) di atas 3351.00
Kedudukan SL dan TP akan ditentukan berdasarkan situasi semasa. Akan tetapi sasaran number genap utama adalah 3400.00.
Altenatif
Kita akan melihat potensi reversal trend berdasarkan structure dan price mesti break di bawah 3300.00.
Sebarang update akan saya kemas-kini dalam group telegram, oleh itu pastikan anda sudah mengikuti group telegram kami untuk content-content lebih menarik!
ADMIN
20/04/25