
ANALISA GOLD JANUARI MINGGU KE-3
Gold minggu lepas consolidate di area 4600.00 dan pada awal hari ini ia dibuka tinggi melepasi aras 4600.00 ini dan kini berada di bawah 4691.00.
Plan asal masih lagi buy gold dengan target utama ke 5000.00. Untuk analisa minggu lepas sila ke sini >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-minggu-kedua-2026/
XAUUSD H4

Bias adalah bullish/uptrend. Oleh itu buy low atau buy dip adalah fokus utama. Fibonacci dilukis bagi mendapatkan kawasan berpotensi untuk entry buy.
Oleh itu buat masa ini, hanya perlu tunggu harga turun dan entry jika syarat dipenuhi seperti candlestick reversal terbentuk atau apa-apa pattern reversal terbentuk di kawasan fibonacci.
Selain itu harga 4600.00 juga merupakan kawasan major support penting untuk buy low atau, jika break area ini ada kemungkinan deep retracement akan berlaku dan plan buy mungkin perlu dihentikan sementara.
Update akan menyusul di telegram. Pastikan anda sudah subscribe untuk update terkini.
Sekian,
ADMIN
19/01/26

