
TEKNIK INI AKAN BANTU ANDA GANDAKAN AKAUN ANDA 1000%
Anda mencari-cari teknik scalping full margin yang boleh gandakan wang anda sekelip mata dengan risiko paling rendah? Jika ya, teknik ini untuk anda.
Teknik ini berasaskan confluence SNR. Ya, hanya confluence snr dan tak perlu apa-apa indi. Namun ada syaratnya. Apakah saja syarat itu? Jom teruskan bacaan anda.
Apa itu confluence?
Adalah bermaksud pertindihan signal lebih dari satu pada satu-satu kawasan. Maksudnya akan ada lebih dari satu sumber analisa untuk dapatkan signal di suatu kawasan bertindih. Contohnya jika menggunakan fibonacci retracement, area itu adalah selling(contohnya). Jika merujuk pada Trendline, ia juga adalah area selling. Jika lihat pada SNR, ia juga adalah area selling.
Pertembungan signal inilah dinamakan confluence.
Untuk teknik confluence ini saya akan dedahkan pertembungan SNR dan juga channel. Entry boleh secara sniper dan exit boleh berpandukan pada SNR terdekat atau exit pada pips tertentu seperti 20~30 pips per entry. Anda juga boleh entry layer atau single lot entry(lot besar).
SL adalah terpulang anda samada cutloss manual, atau risikokan modal anda untuk pulangan jangka pendek.
Untuk memudahkan melukis channel, sila gunakan equidistant tools pada MT5 anda.

Timeframe
Saya sangat sukakan trade setup yang bagi masa yang cukup untuk saya bertindak. Tidak FOMO apatah lagi emosi apabila risau salah entry. Timeframe yang paling saya suka adalah H4 iaitu satu candle akan siap selepas 4 jam. Ia cukup memberikan ruang dan waktu untuk saya merangka plan, analisa dan bertindak jika syarat sudah dipenuhi.
BTW, selain H4 boleh juga digunakan di M5,M15… Tapi risiko tinggi dan adakalanya anda jadi FOMO dan kelamkabut nak bertindak. So terpulang kepada anda.
Cara melukis channel
Asas utama adalah channel dan anda wajib faham bagaimana hendak melukis channel ini. Ia dikenal-pasti melalui stuktur permulaan trend. Berikut penjelasannya.
Uptrend
– Terdiri dari dua shadow low iaitu shadow terendah dan satu lagi shadow yang lebih tinggi.
Downtrend
– Dua shadow high iaitu satu shadow paling tinggi dan shadow kedua rendah sedikit dari shadow pertama.
Dalam keadaan tertentu, channel juga dilukis sesuai trend itu iaitu dengan menyambungkan titik-titk shadow dalam trend itu untuk membentuk channel. Ia tak semestinya mengikuti rule yang saya jelaskan di atas untuk downtrend dan uptrend.
Lihat gambar di bawah untuk pemahaman.


Dalam waktu tertentu market bergerak dinamik dan channel perlu diubah bagi mendapatkan setup entry. Oleh itu anda perlu lukis sesuai dengan trend itu. Untuk tujuan ini perlukan banyak latihan tapi percayalah, ia akan berbaloi di kemudian hari nanti.

Perhatikan sambungan TL bermula selepas titik tertinggi. Cara ini tidak salah kerana tiada peraturan tetap bagaimana ia harus digunakan. Oleh itu penggunaan secara kreatif itu tidak salah. Yang penting anda mendapat entry yang menguntungkan anda.

Tujuan adjustment ini dibuat adalah untuk membantu anda mendapatkan kedudukan tepat SNR dalam arah pasaran itu dan seterusnya mencari peluang entry yang paling profitable.
Entry confluence didedahkan!
Entry confluence ini adalah pertembungan antara SNR dan juga channel. Melalui cara ini anda akan mendapatkan entry yang betul-betul puncak tinggi atau dasar terendah untuk entry anda.
Dengan cara ini juga anda boleh tetapkan risk anda berapa dan seterusnya mengetahui berapakah reward anda juga. Setup ini jarang ada, oleh itu anda perlu sediakan modal yang betul-betul menguntungkan anda apabila anda mengambil setup ini. Trade part time tapi income setanding trade fulltime!
Kaedah SNR
Kita merujuk kepada trend breakout iaitu apabila resistance ditembusi, ia akan menjadi support atau RBS. Dan jika support ditembusi ia akan menjadi resistance atau SBR.
Dalam masa yang sama kita akan melihat kedudukannya dalam channel ini. Jika uptrend channel, sudah tentu kita menanti peluang buy pada RBS. Jika downtrend channel, kita akan mencari peluang sell di SBR pula.
Kedudukan pertindihan
Mestilah bertindih dengan channel tersebut iaitu;
- Jika buy pada RBS, mestilah dalam masa yang sama menyentuh lower channel uptrend itu.
- Jika sell pada SBR, mestilah ia menyentuh pada upper channel tersebut.
Lihat contoh di bawah;


Dari kedua-dua gambar di atas;
- Terdapat pertembungan signal melalui candlestick pattern reaction pada kawasan tersebut.
- Selepas rejection berlaku, ENTRY dan SL ditentukan.
- Exit trade boleh dibuat pada SNR terdekat mahupun pada penghujung channel tersebut sebagai jaminan reward ratio anda adalah berganda-ganda dari risk yang anda letakkan.
Apabila anda meletakkan reward lebih besar dari risk, ini bermakna anda akan sentiasa menjana wang walaupun anda tersilap di berberapa setup anda.
Berbalik kepada awal artikel ini, apakah syarat yang dimaksud tersebut? Mahu tahu jawapannya? -ANDA PERLU SABAR!
Yup, anda perlu sabar menanti peluang dan bertindak apabila ia muncul. Jika anda seorang yang tak sabar, tak berdisiplin dan tidak boleh bertindak dengan betul apabila perluang itu muncul, maka teknik ini bukan untuk anda.
Sekian dahulu dari saya. Jika anda pertanyaan, sila ikuti telegram rasmi kami di @pullbackforextrading
ADMIN
08/10/26
