
TIPS MELUKIS CHANNEL
Sesuatu reversal trend akan bermula dari accumulation dan distribution. Apabila ia sudah mencapai kemuncak atau dasar sesuatu trend dan terbentuknya accumulation dan distribution ini, maka reversal juga berpotensi akan berlaku. Accumulation dan Distribution adalah terbentuk dalam pergerakan sideways, namun ada juga masanya trend bergerak reverse tanpa pattern ini. Antara pattern lain reversal adalah terbentuknya double top/bottom ataupun triple top/bottom, diikuti dengan reversal.
Jika anda terlepas pergerakan awal reversal ini jangan risau atau FOMO. Anda masih boleh mendapat peluang entry lain. Apa yang perlu hanyalah sabar dan disiplin menunggu peluang tersebut. Dalam artikel ini saya akan berikan tips untuk melukis channel agar anda boleh mendapat peluang tersebut.
Selepas permulaan trend dikesan dan reversal berlaku.
Pada permulaan reversal trend ini kita akan mencari titik penting untuk melukis channel. Channel ini akan membantu kita mendapatkan entry buy low untuk uptrend di lower channel dan sell high untuk downtrend di upper channel.
Tools penting yang digunakan untuk melukis channel adalah Trendline dan Equidistant channel. Trendline boleh digunakan secara menyambungkan shadow high dan low dalam sesuatu trend. Manakala Equidistant pula bergantung 3 point utama untuk menyambungkan channel ini. Jika anda menggunakan aplikasi TradingView, sila cari tools “parallel channel.”
Timeframe.
Sebelum lanjutkan, timeframe yang sesuai digunakan adalah D1 ataupun H4. Lower dari ini adalah berisiko false signal/false break dan higher dari ini akan memerlukan masa untuk mendapatkan setup. Jadi kita fokuskan pada medium trend atau trend sederhana di H4/D1 sahaja.
Tips melukis Channel
Untuk trendline, anda perlu sambungkan ikut hujung shadow hi dan hujung shadow low dalam trend itu. Sambungan ini akan membentuk channel.

Lihat di bawah untuk contoh channel untuk chart candlestick.


Sambungan ini dibuat dengan menyambungkan trendline pada hujung shadow hi dan low semasa market trending. Tiada keperluan untuk tepat 100%, yang penting sambungan itu pada hi dan low dalam trend, maka ia masih dianggap tepat.
Equidistant/Parallel Channel
Sambungan ini adalah dengan menyambungkan pada 2 titik hi atas dan 1 titik low dalam trend untuk uptrend dan 2 titik low serta 1 titik hi untuk uptrend.
Lihat gambar untuk pemahaman.

Untuk contoh lukisan pada live chart sila rujuk gambar di bawah. Seperti yang dijelaskan di awal artikel ini, fokus utama adalah dipermulaan trend selepas accumulation/distribution terbentuk atau chart pattern terbentuk. Jika tidak pasti atau kurang jelas, perhatikan sahaja trend semasa dan pembentukkan structure trend iaitu adakah ia membentuk downtrend ataupun uptrend.
Selepas itu kenalpasti point penting seperti dua hi dan satu lo pada trend itu. Seterusnya lukis channel anda.


selepas dua poin disambung untuk membentuk channel up atau down, garisan terakhir akan disambungkan pada poin ke-3 dalam trend itu. Ia bersifat statik dan hanya selari dengan garisan channel pertama.
Dalam trading saya akan gunakan garisan ketiga ini untuk TP manual apabila candle menyentuh garisan tersebut.
Untuk belajar lebih advanced, sila ke artikel ini >> https://pullbackforextrading.com/teknik-ini-akan-bantu-anda-gandakan-akaun-anda-1000/
Sekian dahulu untuk artikel kali ini, kita jumpa lagi di artikel akan datang!
ADMIN
14/10/26
