BAGAIMANA UNTUK ENTRY MARKET BERDASARKAN PRICE ACTION SEGITIGA BREAKOUT

Print Friendly, PDF & Email

Dalam sepanjang perjalanan anda berdagang dalam pasaran, pasti anda pernah menemui keadaan di mana market bergerak sideways dari range hi ke lo yang besar menjadi semakin kecil dan kecil, akhirnya berlaku breakout dan pergerakan trending bersambung semula. -anda sedikit tertanya-tanya apakah caranya untuk memasuki pasaran lebih awal dan bagaimana untuk mengesan peluang ini lebih awal, pastinya anda boleh jana profit lebih banyak!

Dalam artikel ini saya akan bongkarkan sedikit tips bagaimana untuk memasuki pasaran melalui kaedah price action segitiga breakout(triangle breakout) dan tips bagaimana untuk mengesannya lebih awal.

Untuk tujuan ini, anda perlukan suatu ‘advantage’ yang tidak diketahui oleh orang lain(atau sekurang-kurangnya anda tahu berbanding tidak tahu langsung).

Timeframe

Segitiga breakout ini berlaku di semua timeframe. Namun anda perlu perhatikan timeframe H1, H4 dan D1 untuk trade setiap harian dan mingguan.

TIPS MENGENAI-PASTI POTENSI AWAL TERBENTUKNYA SEGITIGA(advantage yang perlu anda miliki)

Disebabkan pergerakan trend adalah umpama memori yang berulang-ulang kerana market itu sendiri yang digerakkan oleh tabiat dan psikologi manusia yang suka mengulangi tabiatnya, maka market ini juga akan ada pergerakan berulang-ulang.

Ini akan memudahkan ada membuat jangkaan atau ramalan(prediksi) anda berdasarkan sesuatu stuktur trend.

Stuktur trend

Perkara paling basic untuk anda fahami adalah stuktur trend itu sendiri. Stuktur trend ini umpama tulang belakang sesuatu trend, di mana sesuatu trend itu kukuh untuk naik(uptrend) atau turun(downtrend) adalah disokong dengan stuktur trend seperti higher-high dan lower-low.

Dalam proses ini pula, pergerakan ranging/sideways akan berlaku. Ia berlaku biasanya sebelum sesuatu trend itu menyambung trend asalnya.

Baca >>  RETEST DAN PULLBACK

Pergerakan range/sideways kecil inilah yang akan membentuk segitiga tersebut!

Tools yang diperlukan

Jika marking SNR anda perlukan horizontal line, maka sama jugalah dengan marking segitiga ini, anda perlukan tools juga. Untuk tools ini anda perlukan trendling. Sila ubah setting dengan un-tick ruangan ray.

Selain menggunakan trendline, anda juga boleh gunakan terus kotak triangle.

Edit di bahagian atas fungsi MT4 anda.

Sila ikuti langkah berikut;

Right-click mouse anda di bahagian dalam gambar.

Cari simbol triangle kemudian klik insert.

Seterusnya tekan close.

Sebelum anda membuat marking pattern segitiga ini, jom kenal dahulu dua jenis segitiga ini.

SEGITIGA BREAKOUT

Segitiga ini terbahagi kepada dua iaitu;

  1. Ascending triangle
  2. Descending triangle

Ascending triangle

Ia adalah pattern segitiga untuk trend uptrend. Apabila trend sudah terbentuk disokong dengan stuktur trend, ascending triangle berkemungkinan terbentuk apabila pergerakan menaik berhenti seketika kemudian trend bergerak dalam range besar kepada kecil.

Waktu sesuai untuk kenalpasti

Waktu sesuai adalah ketika di permulaan uptrend. Perhatikan stuktur trend pair yang anda trade. Ini adalah proses reversal trend daripada downtrend kepada uptrend. Setelah stuktur confirmed, tunggu sahaja pattern segitiga ascending ini terbentuk dan bersedia untuk entry jika ia terbentuk.

Pola segitiga terbentuk setelah perubahan awal trend terbentuk. Kelihatan buyers seakan berhenti menekan harga naik seketika diikuti aktiviti selling tetapi dalam skala kecil. Pergerakan semakin mengecil hinggalah buyers masuk dalam skala besar dan menyebabkan breakout berlaku. Trend kembali meneruskan perjalanannya.

Pergerakan uptrend yang terbaik adalah kerapnya break high terdekat dan terbentuknya new high. New high ini terbentuk selepas breakout berlaku.

Waktu lain juga adalah ketika pergerakan sudah trending menaik. Perhatikan sebarang pergerakan sideways jika berlaku. Kemudian kenalpasti bentuk pergerakan yang mengecil. Lukiskan trendline anda hingga terbentuknya segitiga.

Baca >>  Death Cross Forex Trading Strategy

Entry buy adalah jika breakout confirmed melalui candle break.

Descending triangle

Ia adalah pattern segitiga untuk trend downtrend. Perhatikan jika downtrend sudah confirm diikuti dengan stuktur trend, descending triangle kemungkinan trend terbentuk apabila pergerakan trend berhenti kemudian trend bergerak dalam sideways/range kecil dan semakin mengecil.

Waktu sesuai untuk kenalpasti

Waktu terbaik adalah dipermulaan downtrend. Ini adalah proses reversal trend dari uptrend kepada downtrend, biasanya ia akan berhenti sekejap sebelum trend kembali meneruskan perjalanannya. Pergerakan downtrend biasanya dapat dilihat dengan pembentukkan new low iaitu melepasi low terdekat.

Perhatikan jika pergerakan mula sideways, ini mungkin petanda bahawa segitiga descending ini akan terbentuk.

Sellers berhenti seketika dan price naik. Ini mungkin disebabkan oleh aktiviti profit taking dan juga scalper buy yang memasuki pasaran pada ketika ini. Pola segitiga muncul semula selepas retest berlaku di kawasan resistance terdekat hinggalah pattern segitiga muncul. Trend menurun kembali bersambung setelah breakout berlaku iaitu majoriti trader pada waktu tersebut membuat sell berbanding buy.

Waktu lain yang sesuai terbentuknya segitiga ini adalah ketika pergerakan sudah trending menurun.

Dalam pergerakan rally menurun, perhatikan apabila price bergerak sideways. Kenalpasti potensi terbentuknya segitiga. Jika confirmed, tunggu sahaja candle break triangle tersebut.

Segitiga breakout akan kerap terbentuk menandakan peluang terbaik anda untuk entry dan reentry anda.

BACA: https://pullbackforextrading.com/strategi-entry-piramid/

Akhir kata

Trading breakout mempunyai cabang ilmu yang luas serta banyak. Kaedah segitiga breakout adalah salah-satu cabang teknik breakout yang wajib anda pelajari jika anda sukakan trading market rally dan mempunyai potensi pips yang besar.

Trading cara ini juga tidak memerlukan sebarang indikator pada chart kecuali anda hanya perlu tunggu price ranging sahaja. Kemudian mulakan lukisan anda dan entry jika perlu.

Baca >>  BREAKOUT DAN PULLBACK POWERFUL STRATEGY

Mudah saja bukan?

Jika merasakan artikel ini bermanfaat, silakan kongsi di laman sosial anda.

ADMIN
03/08/22

Foto: google images

Comments

comments

Translate »