Membina sikap dan skill trader yang betul
Sikap adalah antara penentu kepada kejayaan seseorang trader itu. Selain itu mindset, kesabaran dan disiplin juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan momentum seseorang itu untuk terus kekal berjaya di dalam trading.
Elemen-elemen ini tidak boleh kurang salah-satunya kerana ia saling melengkapi antara satu sama lain. Adakalanya dalam keseronokan menghasilkan profit dalam trading, secara sedar tak sedar adakalanya kita terabaikan salah satu elemen di atas lalu menjadikan trading itu stress, over-trade, tamak, dan takut.
Membina sikap yang positif, mindset yang betul, sabar serta disiplin yang tinggi adalah kunci kepada kejayaan dalam trading. Berikut tips untuk membina sikap dan skill dalam trading.
Sikap Positif
Sikap positif merujuk kepada pemikiran positif mengenai market dan teknik trading yang digunakan. Harus percaya bahawa akan ada lagi setup berikutnya jika anda tertinggal peluang entry yang baik pada saat ini. Ketika dalam kerugian pula, sentiasa percaya bahawa anda tetap akan menghasilkan profit pada setup berikutnya. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah menunggu saat peluang itu. Trader yang mempunyai sikap positif akan bertanggungjawab dalam setiap tindakannya dan tidak akan menyalahkan orang lain atas tindakannya itu.
Trader yang berfikiran negatif selalunya memikirkan bagaimana cara yang cepat untuk untung dan dalam masa yang sama pula sentiasa menyalahkan orang lain apabila gagal mencapai target tersebut. Trader ini kebiasaannya mempunyai pelbagai pengalaman silam yang hitam iaitu kerugian ribuan ringgit serta ditipu oleh kelas-kelas mahal serta banyak menghabiskan wang untuk deposit modal.
Mindset yang betul
Mempunyai pemahaman yang betul mengenai trading adalah penting bagi setiap individu yang ingin menjadi trader. Mindset yang salah akan membawa kepada hasil yang salah dan jalan yang salah. Selalunya orang yang mempunyai mindset yang salah ini akan menjadi mangsa skim penipuan yang melibatkan forex seperti skim pelaburan cepat kaya, skim manage account forex dan kelas-kelas mahal yang tak memberikan apa yang sepatutnya.Orang yang mempunyai mindset negatif ini selalunya membuka ruang kepada scammer untuk mengambil kesempatan ke atas mereka.
Mindset yang betul adalah mempunyai pemikiran yang logik dan realistik mengenai forex trading iaitu forex bukanlah skim cepat kaya. Forex bukanlah lubuk duit mudah yang boleh kita ‘ambil’ kekayaan yang banyak setiap hari dan setiap masa. Dalam pendidikan forex pula, tiada rahsia terhebat untuk jalan singkat kepada kekayaan. Tiada jaminan untuk kaya dalam forex kecuali andalah yang memberi jaminan dalam bentuk pengawalan risiko/reward dalam trading anda sendiri.
Kesabaran
Kesabaran adalah penting dalam trading. Trader yang tidak sabar selalunya kecundang lebih awal di dalam trading. Account pula akan selalu margin call sebelum betul-betul dapat entry yang profitable. Trader yang tidak sabar ini selalunya dikuasai oleh emosinya sendiri. Kita akan dapat lihat rekod kerugian mereka ini selalunya terlalu banyak loss berbanding keuntungan. Trader yang gagal untuk memiliki sifat ini selalunya mencari pelbagai teknik scalping dan mempunyai chart trading juga agak semak dengan pelbagai teknik analisa dan indikator.
Untuk memiliki kesabaran dalam trading, adalah penting untuk mempunyai teknik trading yang jelas syarat entry dan exit. Tidak sekali-kali trading mengikut perasaan dan emosi hanya sebab melihat pergerakan price yang bergerak aktif, terlalu tinggi atau rendah. Tidak akan terpengaruh dengan nasihat atau meminta nasihat dari orang lain dan tidak mudah terpengaruh dengan apa yang orang lain katakan mengenai sesuatu analisis.
Sabar juga bermaksud anda tetap berasa tenang dan relax walaupun anda telah ketinggalan setup yang memberi keuntungan tinggi jika anda memasuki entry ketika price itu aktif bergerak. Ingat, orang yang sabar itu tidak akan ‘kejar’ market. Jika terlepas peluang, tunggu sahaja peluang berikutnya kerana market ini sentiasa bergerak 24jam sehari dan 5 hari seminggu. Jika terlepas hari ini, esok pasti ada. Jika tidak dapat esok, bulan depan tetap ada. 🙂
Disiplin Tinggi
Trader yang berjaya dan professional itu mempunyai tahap disiplin yang sangat tinggi. Jika anda sering kegagalan dalam trading, kemungkinan besar anda mempunyai masalah dalam disiplin trading. Disiplin ini merujuk kepada bagaimana anda boleh mengikuti sesuatu peraturan itu. Dalam setiap teknik trading itu akan mempunyai peraturan tertentu mengenai entry dan exit. Trader yang mempunyai masalah disiplin ini akan sering menukar teknik trading yang digunakan kemudian kembali semula ke teknik asal yang lama atau sering ‘back-to-basic’ apabila penat serta bosan kerugian akibat mencari/menggunakan teknik yang kononnya holy grail tetapi gagal menjumpainya.
Disiplin dalam trading adalah meliputi bagaimana anda boleh mengikut peraturan untuk entry atau stay away dalam trading. Tidak sepanjang masa itu adalah waktu untuk trading. Trader yang berdisiplin hanya akan trade apabila perlu sahaja atau apabila syarat trading telah dipenuhi oleh pergerakan sesuatu price. Trader yang tak berdisiplin pula biasanya tidak mempunyai peraturan khas dalam trading, masuk sesuka hati kemudian selalu emosional jika tersilap langkah dalam trading yang dibuat.
Dalam teknik trading swing saya, entry buy/sell adalah berdasarkan peraturan ketat dari segi win/loss ratio dan sesuatu trade itu tidak akan dibuat jika peraturan itu tidak dipenuhi. Ia secara tidak langsung membantu seseorang trader itu untuk lebih berdisiplin dalam mendapatkan best setup dan profit yang tinggi di dalam trade.
Anda mahu jadi trader yang berjaya? pastikan anda mempunyai semua elemen di atas dan kekalkan rentak anda sebagai trader berjaya. Semoga anda beraya!
Jangan lupa untuk sharekan artikel ini kepada rakan anda. 🙂
sekian,
admin
20/09/15