
Adakah possible jana ribuan USD menggunakan modal percuma 50 USD | Artikel istimewa April untuk pembaca setia Pullback
Jika anda memikirkannya, jawapannya adalah YA. YA anda boleh jana ribuan dollar dengan modal serendah 50 USD. Apa yang TIDAK adalah, dalam masa yang singkat. Jangka masa serta high winning probability strategy(bukan high winning rate ya..) diperlukan untuk capai tujuan ini.
Plan jangka panjang yang realistik, disiplin dan ketahanan mental adalah diperlukan dalam tujuan ini. Dari sudut teknikal, saya akan kongsikan bagaimana ia dilakukan dan saya harap anda akan dapat kuasainya.
PROMOSI: Berdagang tanpa risiko dan withdraw hasil keuntungan! silakan claim modal percuma dari broker berlesen, XM.com. Klik banner di bawah untuk menuntut sekarang.
Syarat asas
Untuk mencapai tujuan ini, anda perlukan syarat berikut;
- Memahami strategi – ramai yang terlalu tergesa-gesa untuk mencuba strategi tanpa memahami betul-betul teknik. Pastikan anda faham dahulu barulah mencuba.
- Teknikal Analisis – Strategi ini banyak kepada teknikal seperti candlestick, chart pattern dan support resistance.
- Disiplin dan Sabar – Anda perlukan tahap disiplin tinggi sebelum anda boleh entry, trader yang masih bermasalah dalam disiplin dan tidak sabar nak entry sebab nak cari keseronokan, sila abaikan artikel ini kerana anda antara yang bakal gagal
- Emosi – Masalah emosi seperti marah, dendam dan rasa tergesa-gesa untuk entry adalah punca susah konsisten, oleh itu belajar kawal emosi anda melalui latihan yang banyak serta jurnaling perjalanan trading anda.
Topik teknikal adalah topik popular kerana ia lebih kepada pelaksanaan cara serta kaedah untuk menjana wang melalui forex, saham ataupun apa jua pasaran yang anda trade(dagangkan).
Dalam artikel ini saya akan kupas secara teorinya, bagaimana kaedah teknikal ini boleh membantu untuk menjana wang atau profit hanya dengan bermodalkan modal percuma 50 usd dari XM.
Teknik dan Strategi (TEORI)
Apabila membincangkan mengenai bagaimana untuk menjana profit atau menggandakan wang dari modal kecil(bajet kecil untung besar), maka anda perlukan kaedah yang boleh membantu anda memasuki pasaran dengan risiko serendah mungkin namun boleh menjana pulangan berganda-ganda berbanding total modal ataupun risiko yang anda letakkan.
Sebagai contoh, anda merisikokan -10$ untuk 1 entry, tetapi mendapat pulangan +$100 apabila trade itu berjaya.
#1 – Support dan Resistance
Kaedah support resistance atau SNR adalah kaedah paling popular kerana SNR itu adalah kedudukan perhentian harga atau price, maka ia menjadi panduan untuk entry dan exit.
Contoh kaedah SNR:
Jika sesuatu support gagal ditembusi maka trend arah akan berbalik(reversal). Jika ia ditembusi, maka ia sudah bertukar menjadi resistance(SBR) dan menjadi panduan untuk selling pula.
#2 – Candlestick
Candlestick pattern menceritakan apa yang berlaku dalam pasaran. Candlestick mempunyai pattern-pattern yang pelbagai. Ia membantu trader untuk memahami apa yang berlaku dalam pasaran serta tindakan yang sesuai dengan apa yang berlaku itu.
Contohnya pin bar, shadow panjang dan body pendek memberikan petunjuk suatu rejection sedang berlaku di sesuatu SNR level. Candle engulfing pula memberikan petunjuk candle terkini sudah breakout melepasi candle sebelumnya, petanda momentum terkini yang sedang kuat dan engulf candle sebelumnya.

Candle pattern terdiri dari dua iaitu single pattern seperti pin bar, doji dan shooting dan evening star, dan group formation seperti morning star dan evening star pattern, inside bar serta bullish/bearish outside bar.

#3 – Chart Pattern
Seperti candlestick pattern, chart pattern juga menceritakan apa yang sedang berlaku dalam pasaran. Cuma bezanya ia dalam formasi lebih banyak candle.
Terbahagi kepada dua:
i). Reversal: Double bottom menunjukkan pasaran gagal menembusi harga terendah sebelumnya kemudian reversal. Triple bottom pula menunjukkan retest sehingga tiga kali ke sesuatu support dan gagal menembusinya. Pattern lain seperti Head and Shoulder juga memberikan petunjuk reversal trend.

ii). Continuation pattern: biasanya akan terbentuk pattern seperti flag, pennant dan triangle. Ia menunjukkan trend ‘berehat’ seketika sebelum meneruskan perjalanannya.
Okey cukup dengan 3 asas penting di atas, sekarang kita pergi kepada topik money management pula.

Risk dan Money Management
Topik ini sangat kritikal dan penting umpama nyawa kepada sesuatu akaun dagangan anda. Kegagalan memahami topik ini bermakna masa dengan dan hala tuju anda adalah turut gagal sekali.
Money management(MM)
Untuk topik ini, anda perlu ubah cara trade anda dahulu. Jika anda jenis suka membuat entry layer tak munasabah dan tiada sebab, maka hentikan dahulu dan perbetulkannya. Berbanding anda buka sampai 10 lot di satu area price, ubahkannya kepada satu single entry tetapi lot besar.
Reentry: hanya dibuat jika perlu atau jika terbentuknya continuation pattern sahaja.
Macro MM: Menggunakan lot besar untuk entry anda untuk maksimakan return profit.
Risk management
Sebenarnya topik ini lebih banyak dan lebih penting berbanding money management. Risk management melengkapi money management anda dan dapat mempastikan keselamatan dan survival account anda dalam jangka masa lama.
Breakeven(BE): Ubah Stoploss(SL) untuk BE iaitu ubah kedudukan stoploss anda di paras entry atau lock profit sedikit. Cara adalah untuk hapuskan semua risiko yang ada dan jika gagal anda tidak kerugian apa-apa.
Minimum risk, Max TP : Anda trade dengan stoploss kecil dan Take profit berganda berbanding nilai pips stoploss anda.
RR: Risk Reward ratio, iaitu berkait terus dengan minimum risk dan max TP, contohnya RR 1:5, maka stoploss anda 1 dengan reward 5 kali ganda nilai stoploss, sebagai contoh SL 20 pips, maka TP anda mencecah 100 pips iaitu 5x ganda SL.
Macro MM risk management: Trade lot besar, SL kecil tapi TP berganda-ganda. Melalui cara ini, SL kecil menjadikan risiko anda kecil dan max TP menjadikan reward anda besar.
Realistic Trading Plan
Part paling last ini adalah logik yang anda perlukan walaupun jujurnya jika anda mendapat sekali atau dua A+ quality setup, anda sudah boleh menggandakan modal anda tapi plan realistik tetap anda perlukan. Oleh itu tetapkanlah matlamat jangka panjang yang logik dan anda boleh ikuti.
Contoh plan tak logik adalah:
- Setiap hari profit
- Withdraw ribu-ribu setiap hari
- Hari ni nak TP 200 ke 300 pips
- Jana 10K hujung bulan ini dan bulan-bulan akan datang
Plan logik:
- Sebulan 200-300 pips
- Menggandakan $50 ke $1K USD dalam masa 6 ke 12 bulan
Biar lambat, tapi selamat.
A+ QUALITY SETUP
Straight to the point! – Anda perlukan setup jenis berkuaiti tinggi untuk sukses menggandakan modal $50 anda kepada ribuan USD. Tidak semua trade setup itu berkualiti tinggi dan ia tiada setiap hari. Oleh itu jika anda ada plan tak logik seperti nak untung tiap-tiap hari, maka di sini anda akan gagal. Anda akan cuba memaksa untuk dapatkan entry setiap hari dan akan lebih kerap terdedah dengan risiko dan seterusnya anda akan gagal.
Untuk dapatkan setup seperti ini, ia punyai kriteria tertentu.
Kriteria #1 – Trend structure dan Overall structure untuk tentukan hala-tuju pasaran.
Kriteria #2 – Mengenalpasti rejection atau breakout di major SNR di Weekly, Daily dan H4.
Kriteria #3 – Minimum risk dan Max TP untuk sesuatu trade setup. SL mestilah tidak lebih dari 20 atau 30 pips sahaja.
Untuk memanfaatkan peluang ini, gunakan kaedah macro MM seperti yang dibincangkan sebelum ini. Lihat contoh di bawah:
Entry ikut rule SNR:
Contoh pair GBPJPY, timeframe H4, di mana berdasarkan overall structure, berlaku breakout di atas kawasan resistance 189.44 dan 189.53. Berdasarkan rule SNR, area resistance yang ditembusi akan menjadi support untuk buying.
Tunggu price retest dan entry jika rejected.

Untuk mencari entry, sila cari di H1 ataupun M15. Ingat, matlamat utama adalah untuk dapatkan entry minimum SL dan max TP agar risiko menjadi rendah jika gagal dan pulangan keuntungan maksima jika berjaya.

Berlaku berberapa retest hinggalah membentuk double bottom pattern. Pattern ini adalah reversal dan signal untuk entry buy.

Entry trade ini exit pada +125 pips iaitu 1:5 ratio berbanding -25 pips stoploss. Ini bermakna jika anda risiko -$25 mini lot(1 pips = 1$) untuk trade ini(jika gagal), anda akan menjana +$125 dollar.
Jika untuk sekali trade anda boleh jana $125, maka anda hanya perlu fokuskan atau ulang kaedah ini selama berberapa kali, sebagai contoh 10x trade dalam masa 3 atau 6 bulan secara realistik, maka anda akan jana +$1,250 selepas tempoh tersebut.
Jika anda letakkan tempoh masa yang lebih panjang seperti 3 atau 6 bulan, ia lebih realistik sebab mustahil dalam tempoh tersebut tiada pergerakan besar kan? Akan tetapi jika anda tetapkan tempoh masa setiap hari, ia adalah mustahil kerana tak mungkin setiap hari akan ada pergerakan lebih 100 pips.
Meletakkan tempoh masa panjang, anda lebih santai dan kurang stress. Satu hal lagi, peluang entry adalah sangat banyak dalam masa setahun dan tiada keperluan untuk memaksa entry setiap hari ataupun setiap minggu. Bahkan jika anda target 100 pips seminggu atau 2 minggu, ia pasti boleh dicapai berbanding target harian.
Entry Sniper
Kaedah entry ini lebih kepada mendapatkan entry tanpa confirmation. Sebaliknya entry adalah berdasarkan trading chart pattern. Anda trade sebab pattern itu sendiri dan bukannya confirmation.
Logik disebaliknya adalah, jika pattern itu gagal, maka anda juga akan cutloss.
Kita masih trade ikut SNR jadi fokus utama adalah entry ikut logik SNR. Buy support, Sell resistance.
Lihat contoh di bawah;

Pair di atas adalah GBPJPY pada timeframe Daily. Berdasarkan pergerakan yang sudah terbentuk di atas, price naik sehingga 600 pips selepas menjejak major support tahun-tahun sebelumnya. Mungkin ada yang berpendapat ia nampak mudah sebab benda dah berlaku.
Itu betul, tapi izinkan saya kongsikan kaedah untuk entry pada harga low tersebut dan bagaimana chart pattern boleh confirmkan entry itu tanpa perlu candlestick confirmation.
Buka timeframe M15 dan lihat jika ada chart pattern terbentuk.

Triple bottom terbentuk di zon yang saya tandakan warna kelabu. Zon ini adalah berdasarkan marking di TF Daily. Selebihnya di M15 hanya perlu tengok apa reaksi price di marking ini. Dalam chart terbentuknya retest reject sebanyak tiga kali.
Ini bermakna, anda mungkin masuk pada bottom kedua atau jika kebetulan anda buka itu anda lihat price retest untuk kali ke-3.
Pada waktu price retest inilah anda akan entry.
SL adalah di bawah shadow retest pertama. Dengan setup seperti ini, agaknya berapa ribu USD anda boleh jana secara part time tanpa buang masa setiap hari menghadap chart?
Ingat, WORK SMART, NOT HARD!
Rumusan dan Akhir kata
Sedikit rumusan dari pembelajaran kali ini;
- Modal kecil boleh digandakan dengan cara TP maksimum dengan RR yang besar berbanding risiko
- Risiko boleh dikecilkan melalui stoploss kecil walaupun entry lot besar
- Memahami SNR boleh membantu mendapatkan entry berkualiti tinggi
- Chart pattern boleh digunakan untuk entry selain candle pattern
- Entry tajam dan sniper boleh dibuat hanya dengan trade chart pattern tanpa perlu confirmation candlestick
Masih ada berberapa strategi lagi tapi rasanya dua contoh di atas pun sudah cukup untuk membantu anda menjana ribuan USD dari modal $50 percuma dari XM. Yang nak belajar lanjut bolehlah join membership berbayar kami dan saya akan add ke group telegram untuk live trade gunakan kaedah yang saya tak dedahkan di sini.
Paid membership sila join sini.
Sekian,
ADMIN
26/04/25
Credit: google images, tradingview, cspro