ANALISA GOLD MINGGU KE-2 OGOS 2024
Minggu lepas gold tidak bergerak trending sebaliknya masih kekal dalam trend sideways. Last week gold ditutup neutral namun body candle masih bearish di Weekly, menandakan ada kemungkinan untuk ia turun andaikata break support level terdekat.
Major support terdekat adalah 2483.76, 2477.74 dan juga last week low iaitu di 2471.95. Area ini penting samada untuk buy low jika rejected atau, menjadi clue atau hint kepada perubahan trend.
Untuk artikel sebelum ini sila ke sini >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-minggu-pertama-sept-2024/
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
XAUUSD D1
Berdasarkan overall trend, gold masih lagi uptrend. Walaupun minggu lepas ia rejected di bawah resistance iaitu weekly high minggu sebelumnya namun ia tak melepasi ketiga-tiga major support yang disebutkan.
Area major support tersebut juga adalah area RBS penting untuk stuktur uptrend, jika di TF D1 ia rejected, bolehlah membuat entry buy pada hari berikutnya.
Akan tetapi jika price break dan closed lower dari paras ini, nantikan untuk retest dan reject lagi untuk entry sell. Dari segi indikator teknikal, dalam chart saya letakkan ema 21, oleh itu untuk confirmedkan downtrend atau stuktur downtrend, price atau candle perlulah break dan berada di bawah ema 21 ini.
Artikel mengenai ema 21 ini boleh didapati di sini >> https://pullbackforextrading.com/strategy-ema-21-entry-exit-dan-risk-management/
XAUUSD H4
Di H4 nampak pergerakan trend sideways dan masih kekal di atas RBS2477.74, 2483.76. Untuk seller, ini adalah area yang paling kritikal untuk membuat reentry kerana berisiko berlakunya pullback naik jika profit taking berlaku di situ. Kepada buyers pula, area RBS ini adalah area penting untuk membuat entry buy sesuai dengan trend keseluruhan gold ini.
Pergerakan sideways ini adalah petanda bakalnya berlaku breakout di masa akan datang, bagi scalper, mereka akan membuat entry buy di support dan sell di resistance. Tapi jika anda adalah breakout trader, tunggu sahaja price break resistance di weekly high 2529.27 atau weekly support 2471.95.
TRADING PLAN
Plan utama adalah buy sahaja dengan area-area RBS atau support untuk buy sahaja termasuklah jika break weekly high dan pullback berlaku.
Plan altenatif adalah sell, iaitu price wajib break weekly low dahulu.
AKHIR KATA
Update akan saya kemas-kini di group telegram termasuklah untuk minggu-minggu berikutnya untuk pair gold ini kerana saya sedang bercuti untuk bulan september ini.
Jika anda mahu pelajari teknik ini bolehlah join membership di sini https://cspro.pullbackforextrading.com/
Sekian dahulu,