
ANALISA GOLD MINGGU KE-3
Minggu lepas gold break box sideways dan bergerak trending naik. Namun selepas itu ia kembali turun semula ke zon SNR dan kembali sideways. Untuk minggu ini kita akan lihat apakah potensi entry seterusnya.
Untuk analisa minggu lepas sila ke sini >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-minggu-ke-2-2/
PENAFIAN: Analisa ini adalah bertujuan untuk pembelajaran sahaja, ia tidak boleh dijadikan sebagai nasihat pelaburan atau trade call anda. Trading adalah berisiko tinggi. Kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerugian anda hasil dari menggunakan analisa ini samada secara langsung ataupun tidak langsung.
XAUUSD H4
Gold kini berada di situasi di mana terdapat berberapa halangan yang mungkin sedikit mengelirukan.

Kita mulakan di H4. Terkini price berada di atas paras support 4,052.30 yang membawa kepada signal buy. Namun pada short term SNR, ia juga berada di bawah resistance 4,114.24 yang juga membawa maksud selling.
Apakah cara terbaik untuk berdepan situasi ini? Berikut adalah cara yang admin akan gunakan;
- Jadi selective : hanya pilih setup yang betul-betul jelas sahaja.
- Untuk uptrend fokus buy sahaja, oleh itu cari price yang break resistance dan tunggu retest untuk entry terbaik. Vice verse untuk selling pula.
- No trade jika tiada edge di situ. Setup mengelirukan, oleh itu abaikan adalah lebih “menguntungkan” berbanding memaksa entry. Menguntungkan maksudnya tak perlu pening kepala, tak perlu cutloss tak perlu susah hati.
Apakah entry berikutnya?
Fokus utama adalah buy jika break resistance short term iaitu break atas 4,114.24. atau jika retest dan reject semula di atas 4,052.30.
Trend bias kepada selling jika price terus break dan pullback bawah 4,052.30. Oleh itu cari saya sell sahaja.
Sebarang update akan saya update di telegram, oleh itu bagi nak terus pelajari price action bolehlah sambung demo trading anda di telegram kami!
Sekian,
ADMIN
17/11/25



