ANALISA GOLD MINGGU KE-3 NOVEMBER
Minggu lepas trend XAUUSD masih bearish dan masih downtrend lagi. Ia telah menembusi key support dan meneruskan trend bearish. Buat masa ini masih belum ada petanda trend ini berakhir malah jika ada retest resistance dan reject lagi, maka downtrend selanjutnya adalah dijangka akan berlaku.
Untuk analisa terdahulu >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-minggu-ke-2-november-reversal-trend/
Sebelum lanjutkan sila join telegram kami dan klik banner penaja kami di bawah;
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
XAUUSD D1
Buat masa ini price sudah break key support 2600.00 dan ditutup bearish berdasarkan candlestick. Area 2600.00 kini menjadi resistance dan jika break, area resistance berikutnya iaitu di 2652.00 akan menjadi panduan sell jika rejection berlaku di sini.
Menunggu price naik kemudian mementuk signal sell adalah penting untuk entry pada harga tinggi, ia juga akan menjadi confirmation kepada perubahan trend kerana area 2600.00 sebelum ini adalah adalah neckline kepada stuktur downtrend. Retest dan reject pada area ini adalah confirmation kepada reversal trend dan seharusnya membawa kepada long term downtrend.
Target terdekat pula adalah di 2500.00. Akan tetapi jika ia area ini ditembusi, ia akan menjadi petunjuk kepada strong downtrend.
Timeframe untuk mencari entry
Boleh fokus di H4 atau D1 selepas price sudah naik retest area-area resistance penting(key resistance) untuk mencari selling anda.
Bagi yang trade breakout, tunggu sahaja price break low dan membuat new low. Selepas itu tunggi ia naik dan sell selepas signal terbentuk.
Tips:
Entry terbaik jika sell adalah harga tinggi, dan potensi trade terbaik adalah jika Stoploss minima dan TP maksima.
Altenatif
Altenatif kepada plan sell sudah tentulah buy. Petunjuk kepada buying atau trend kembali bullish adalah price mestilah break dan pullback di atas Weekly high 2686.23.
Live chart:
Akhir kata
Buat masa ini fokus utama masih lagi sell memandangkan belum ada petunjuk kepada uptrend lagi. Oleh itu selagi ada sell signal di bawah resistance, kita hanya akan ikuti sell signal sahaja.
Sebarang update akan saya berikan dalam group telegram, pastikan anda sudah subscribe agar tidak terlepas peluang signal dan update dari kami!
ADMIN
17/11/24