
ANALISA GOLD MINGGU KE-3 JULAI 2025 | SIDEWAYS
Gold masih dalam sideways. Cara terbaik untuk trade situasi ini hanyalah scalping buy dan sell sahaja di zon-zon scalping. Untuk swing trade agak tak sesuai kerana trade lebih mudah stopout/BE.
Analisa terdahulu sila ke sini >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-minggu-ke-2-gold-sideways/
XAUUSD H4
Plan utama saya masih lagi sell namun buat masa ini price masih belum berikan tanda-tanda ia hendak turun. Apa-apa entry sell yang dibuat akan pastikan lock ataupun BE(SL ke entry jika trade itu profit) dan risikokan serendah mungkin.
Long term sell saya adalah di bawah paras 3200.00, dan kedudukan terkini masih jauh dari paras ini. Selagi ia ranging di antara 3400.00 dan 3283.00 maka trend akan kekal sideways/range bound.
Tapi jika break atas 3400.00 maka bull trend sudah kembali dalam pasaran dan plan sell saya akan salah. Oleh itu samada saya akan tukarkan fokus kepada scalping buy/sell ikut zon atau abaikan terus pair ini sehinggalah ia membentuk structure sell/downtrend.

Untuk masa ini saya hanya akan pantau selling sahaja di kawasan resistance. Kawasan tersebut adalah di;
- 3355.72
- 3343.18
- 3394.51
- 3400.00
Sell lebih baik jika price boleh break dan pullback bawah 3343.18. Lower sikit dari current price namun ia lebih membentuk structure downtrend berbanding jika masih kekal atas paras ini kerana ia mungkin akan naik jika ia turun retest area ini tapi tak break.
ALTENATIF
Dalam keadaan ranging ini agak sukar untuk tentukan zon buy kecuali jika price break atas 3400.00 sahaja tanpa ia jatuh semula ke bawah paras ini.
Trading sideways/ranging ini sangat berisiko tinggi dan lebih mudah kerugian berbanding menjana keuntungan. Oleh itu pastikan anda trade demo untuk berlatih berbanding trade acc real. Sila ke sini untuk buka akaun demo anda.
Akhir kata
Pair gold sudah berada di harga tertinggi dalam sejarah dan kini sudah berada dalam sideways, biasanya ini menandakan trend sudah kepenatan untuk naik dan bakal jatuh. Namun selagi tiada structure yang menyokong teori ini maka ia masih belum confirm dan mungkin ia akan naik lagi kerana naik turunnya adalah bergantung kepada supply dan demand semata-mata dan bukannya pada chart teknikal.
Saya akan berikan update di group telegram untuk pair gold dan pair major lain. Pastikan anda sudah subscribe untuk update terkini dari kami.
Sekian dahulu.
ADMIN
12/07/25
One Reply to “ANALISA GOLD MINGGU KE-3 JULAI 2025 | SIDEWAYS”
Comments are closed.