
ANALISA GOLD MINGGU KE-2 JULAI 2025 | GOLD SIDEWAYS
Gold masih dalam sideways dan belum ada tanda-tanda untuk ia terjun atau naik tinggi. Pada waktu ini hanya scalper trader sahaja yang akan profit dengan pergerakan terhad dan kecil. Bagi yang nak swing trading, bolehlah tunggu price keluar dari zon ranging ini dahulu kemudian tunggu ia retrace untuk entry diskaun.
Analisa terdahulu sila ke sini >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-minggu-terakhir-june-dan-awal-bulan-july-2025-bearish/
Overall, saya masih percaya gold adalah bearish. Sebabnya adalah seperti berikut;
Candle monthly
Candle bulan lepas closed sebagai pin bar selepas candle Doji – pada awal bulan ini kita dapat lihat berlaku sedikit kenaikan ataupun retracement. Ini petanda positif untuk selling high jika tiada lagi buyers di major resistance.

Major resistance boleh semak di TF Daily. Di sini akan nampak pecahan-pecahan dan zon buying dan selling kuat pada bulan-bulan terdahulu.
XAUUSD D1
Di Daily chart saya tandakan berberapa key resistance penting untuk mencari selling. Kawasan SNR ni akan menjadi zon kritikal untuk kita melihat potensi selling memandangkan daripada monthly ia bias kepada selling kecuali ia terus membuat high di atas 3424.48.

Berikut key resistance penting;
- 3357.88
- 3382.95
- 3424.48
Key support penting;
- 3288.40
Area key support ini adalah penting di mana jika ia break dan pullback ke bawah, price dijangka akan turun lebih jauh. Namun di area yang sama juga jika rejected, maka tiada sebab untuk terus selling lagi kerana ia menandakan trend masih dalam sideways.
STRATEGY ENTRY
Fokus utama adalah sell dan area-area penting untuk sell adalah key resistance yang dinyatakan. Confirmation boleh dilihat di H4 ataupun H1 berdasarkan elemen berikut;
- Candlestick single pattern
- Candlestick combo pattern
- Reversal chart pattern
- Continuation pattern(pennat, flag dan triangle)
Penting!! Pastikan semak news di forexfactory.com untuk senarai news release dan waktunya release untuk elakkan risiko yang tak wajar.
Akhir kata
Update akan saya berikan dalam group telegram, oleh itu pastikan subscribe ke telegram kami untuk perkembangan terkini serta signal-signal entry pair lain.
Sekian,
ADMIN
06/07/25
One Reply to “ANALISA GOLD MINGGU KE-2 JULAI 2025 | GOLD SIDEWAYS”