
WEEKLY RECAP | TRADE TERBAIK DI PAIR EURJPY | $1,585.19
Berdasarkan teknik CSPRO, pair EURJPY adalah pair terbaik pada minggu lepas. Ia adalah berdasarkan 3 faktor berikut;
- Weekly overall bull vs bear
- Fibo retracement dan SNR setup
- H4 entry dan exit setup
Note: Best view untuk artikel ini adalah menggunakan PC dan Laptop.
Weekly overall trend

Pair EURJPY adalah yang paling trending berbanding pair-pair lain. Malah jika dibandingkan dengan GBPJPY, pair ini lebih cantik jika dinilai pada susunan candlesticknya.
Secara jelas di sini kita dapat fokus dengan baik hanya dengan buy sahaja untuk sepanjang minggu tersebut. Ia juga menunjukkan trend yang ‘sihat’ dan mudah untuk diikuti. Ciri-ciri ini adalah ciri-ciri utama yang jadi perhatian penting dalam mencari trade setup menggunakan teknik CSPRO.
Berdasarkan teknik, setelah trend dikenalpasti, maka 1 jenis strategy entry sahaja akan dipilih, dalam kes ini, fokus adalah buy sahaja.
Trade Setup
Untuk trade setup, entry boleh dicari di H4. Di timeframe ini trader mempunyai masa yang cukup dan tidak tergesa-gesa untuk mencari entry. Selain itu, ia membantu mengurangkan ‘noise’ dan false signal di lower timeframe. Seterusnya memberikan ketepatan yang tinggi.

Perhatikan price yang sudah berberapa kali reject di 50.0 samada pada minggu yang sebelumnya dan juga pada minggu lepas, rejection ini memberikan hint bahawa ia adalah kawasan support kuat dan entry point boleh dibuat di sini.
Inilah advantage atau kelebihan jika fokus 1 entry sahaja. Ia membolehkan entry buy low dibuat apabila fokus hanyalah buy sahaja. Secara tak langsung mana-mana area berpotensi untuk buy low akan jadi keutamaan dan apabila peluang terbentuk maka entry akan dibuat.
Entry trigger
Entry dibuat apabila candle bullish pin bar terbentuk di kawasan 50.0 ini. Tidak lama selepas itu price rally ke atas iaitu ke 23.6 kemudian pullback seketika sebelum menyambung rally semula.
Trade ini ditutup apabila candle bearish terbentuk menandakan ia ada kemungkinan untuk berakhir atau mungkin juga akan naik lagi. Tapi memandangkan trade sudah agak profitable buy low di 50.0, jadi exit trade pada +247 pips lebih untuk 2x entry, sudah cukup memadai.
Apa yang kita boleh belajar dari setup ini
Perkara paling penting adalah trend. Trend yang terbaik adalah trending dan bukannya sideways. Apabila pair bergerak dalam trending, ia dikira trend yang sihat dan mudah untuk kita memanfaatkannya untuk entry. Pair yang seperti ini memberikan peluang sekurang-kurangnya 70-10% peluang win berbanding trading pada pair sideways/range bound.
Fokus pada 1 jenis entry pula menjadi kelebihan di mana fokus hanyalah pada kawasan support dan confluence untuk entry buy.
Anda berminat untuk belajar?
Sertai membership hari ini dan dapatkan bantuan secara terus dari saya jika anda tidak jelas atau faham teknik. Bantuan adalah melalui telegram chat ataupun whatsapp.
Untuk promosi dalam waktu terdekat ini –sila ke halaman ini.
Sekian,
ADMIN
05/07/25