
WEEKLY RECAP | 3 TRADE PALING PROFITABLE MINGGU KE-4 JUN | $5,384.15
Hi, selamat datang ke weekly recap di mana saya akan bincangkan pair-pair trade yang saya ambil pada minggu lepas. Fokus utama adalah kenapa trade tersebut sukses dan apa yang kita boleh pelajari darinya.
3 trade paling sukses minggu lepas, EURJPY, GBPJPY dan USDJPY. Alasan memilih pair ini adalah berdasarkan karakteristik candlestick pada minggu sebelumnya. Dengan menggunakan kaedah analisa price action, potensi ini dikesan lebih awal, secara tidak langsung memudahkan untuk perancangan untuk minggu tersebut.

Entry
Kaedah entry masih mengekalkan kaedah candlestick. Ia tetap releven walaupun sudah bermacam-macam kaedah entry telah diperkenalkan hari ini.
Itu bukanlah masalah, yang penting teknik dan strategy itu sesuai dengan anda. Dalam group signal saya sudah berikan waktu-waktu untuk entry sesuai dengan situasi semasa.
Di bawah saya akan buat sedikit recap kenapa entry dibuat.
YEN melemah, buy EJ, GJ dan UJ
Index JPY downtrend, memberikan petunjuk Yen agak melemah pada minggu lepas dan ini memberikan potensi entry buy untuk pair lawan JPY ini. Apabila new weekly high terbentuk dan berlaku di pair EJ dan GJ, ia cukup memberikan hint untuk entry buy pada pair ini. Cuma persoalannya, bila?

Di sinilah peranan fibonacci retracement! Lukiskan fibonacci retracement sesuai trend itu dan biarkan price retrace. Seterusnya candlestick akan memberikan signal bilakah waktunya untuk memasuki pasaran.
Ia boleh dikenalpasti melalui dua keadaan;
- Karakter candlestick atau pola atau pattern
- Kombinasi kombo(pinbar, inside bar)
Combo pin bar + inside bar >> baca sini.
Dalam situasi ini pair EJ, UJ dan GJ memberikan kesemua pattern tersebut.



Confluence
Confluence adalah pertembungan lebih dari satu signal. Saya kebiasaannya akan menggunakan kaedah ini untuk melihat potensi entry di mana selain fibonacci retracement, saya juga melihat potensi pertembungan antara EMA 21/50, trendline mahupun dengan kaedah lain seperti chart pattern dan Elliott waves.
Pada minggu lepas EJ dan GJ memberikan confluence signal. Namun berbeza UJ, ia hanya membentuk signal di atas fibo level sahaja.
Bounce pattern
Candlestick combo iaitu inside bar dan pin bar adalah reason terbaik untuk entry buy ketiga-tiga pair ini. Oleh itu ia sukses dan selamat ditutup sebagai profit dan bukannya hit stoploss..
Psikologi disebalik ini adalah, apabila ia bounce, maksudnya ia mungkin ada sedikit kesukaran untuk menembusi level tersebut dan buyers secara berperingkat membina dan memasuki level itu dan eventually menekan harga untuk naik.
3 perkara yang boleh dipelajari dari minggu lepas:
- New weekly high memberikan hint momentum kuat untuk naik lagi.
- Retracement memberikan harga murah untuk buy low.
- Formasi candlestick menjadi hint atau signal penting untuk entry(seterusnya menentukan SL/risk).
Memasuki pasaran, mengetahui risk merupakan elemen penting. Jika untuk TP, ia adalah mudah sahaja, boleh dibuat berdasarkan SNR dan fibo TP. Oleh itu saya tak akan ulas ia di sini.
Sekian dahulu untuk recap minggu ini. Jumpa lagi di minggu hadapan!
ADMIN
29/06/25