
ANALISA GOLD MINGGU KE-4 NOVEMBER 2025
Secara overall, gold masih uptrend dan pada minggu lepas masih kekalkan momentumnya cuma tidak bergerak trending. Mungkinkah minggu hadapan ia akan bergerak trending?
Untuk analisa minggu lepas sila ke sini >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-minggu-ke-3/
PENAFIAN: Analisa ini adalah bertujuan untuk pembelajaran sahaja, ia tidak boleh dijadikan sebagai nasihat pelaburan atau trade call anda. Trading adalah berisiko tinggi. Kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerugian anda hasil dari menggunakan analisa ini samada secara langsung ataupun tidak langsung.
Untuk minggu hadapan kita akan melihat berberapa kriteria penting seperti structure dan juga price action/reaction.
XAUUSD H4
Kita akan mulakan di H4 kerana tahun ini ia dalam all time high(ATH) dan tiada history lepas untuk jadi rujukan, oleh itu pecahan SNR yang lebih detail hanya akan kelihatan di H4 dan H1..
Maka timeframe H4 akan dijadikan panduan serta entry boleh dibuat di H1/M30 atau M15.

Titik utama dikenal-pasti iaitu di 4052.30 sebagai titik penting untuk menentukan trend. Ia umpama pivot point untuk arah trend. Buat masa ini saya lebih memilih kepada neutral berbanding bias kepada buy atau sell. Jika ikutkan major trend, ia masih uptrend. Namun belum ada confirmation konkrit untuk entry buy kecuali entry-entry bersandarkan low risk sahaja iaitu, jika hit SL, minimum loss sudah pasti.
Loss tidak boleh dielak, oleh itu ia wajar diuruskan dengan bijak sahaja. Bila kita berjaya uruskannya dengan baik, maka profit akan menyusul kemudian.
Jadi apakah yang admin tunggu dan cari?…
Saya tunggu confirmation buy iaitu jika price boleh break dan pullback atas area atau zon buy di paras 4114.24. Jika ini berlaku, saya akan cari buy sahaja dan abaikan sell(walaupun bagi potensi profit ribu-ribu USD dalam masa singkat…). Saya buat keputusan begini adalah untuk memudahkan trading sahaja. Saya tahu, dalam minda kita sudah pasti ada kemahuan atau keinginan yang merayu-rayu untuk entry walaupun tidak patut. Tapi jika anda dapat tangani perasaan ini, inshaAllah anda sudah menghampiri menjadi konsisten trader.
Adakalanya kemahuan ini adalah ketagihan untuk mencari dophamine atau thrill murah untuk rasa seronok jika sukses ataupun akibat dari FOMO dan takut tak sempat nak merasa profit andaikata pergerakan itu nanti adalah big move.
Jangan risau, anda bukan trader-lah jika tidak merasa begini.
Kesimpulan
Fokus buy dengan confirmation buy adalah jika price break dan pullback atas 4114.24 dan hanya fokus sell jika price break dan pullback di bawah 4008.05, iaitu price drop bawah nilai 4,000.00 berbanding USD. Jadi dikira ia melemah.
Update akan saya berikan dalam group seperti biasa dan semua ini adalah untuk pembelajaran semata-mata dan wajar anda trade di akaun demo sahaja dan bukan live account ya!
Sekian,
ADMIN
22/11/25
ps: dapatkan pendidikan berkualiti dari partner pullback dengan klik banner yang disediakan.



