
ANALISA GOLD MINGGU KE-4 SEPT 2025
Gold minggu lepas sudah mencapai sasaran 3700.00 kemudian rebound. Pada akhir minggu lepas, gold masih ditutup bullish, menandakan adanya potensi untuk menyambung kenaikan berikutnya.
Analisa minggu lepas: https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-minggu-ke-3-sept-2025/
Sebelum kita lanjutkan pembelajaran, kita lihat dahulu ringkasan apa yang berlaku secara fundamentalnya minggu lepas.
Rumusan Mingguan Gold
- Pergerakan Harga Utama
- Gold bermula minggu dengan aliran sideways sebelum melonjak ke paras tertinggi mingguan.
- Kenaikan didorong oleh sentimen pasaran yang cenderung kepada safe haven.
- Namun, menjelang hujung minggu berlaku sedikit profit-taking yang menekan harga turun semula dari puncak.
- Faktor Penyumbang
- Data ekonomi US bercampur-campur: sebahagian menunjukkan kekuatan ekonomi, sebahagian lagi memberi isyarat perlahan.
- Dolar AS bergerak tidak menentu, memberi ruang gold mengukuh pada pertengahan minggu.
- Pasaran bon US menunjukkan penurunan hasil (yields), sekaligus menyokong permintaan gold.
- Psikologi Pasaran
- Pelabur masih berhati-hati terhadap hala tuju kadar faedah Fed.
- Permintaan emas sebagai lindung nilai (hedge) kekal tinggi, terutamanya ketika ketidaktentuan ekonomi global.
Kesimpulan:
Gold minggu lepas menunjukkan kecenderungan bullish dengan beberapa kali menguji paras resistance, tetapi momentum terhalang oleh pengambilan untung. Secara keseluruhan, sentimen masih positif selagi harga bertahan di atas zon support utama.
XAUUSD H4
Pada minggu lepas gold nampak agak struggle untuk break 3700.00 setelah menjejaknya buat pertama kali. Kemudian retest dan gagal. Gold jatuh semula ke paras support terdekat minggu sebelumnya sebelum ia kembali bullish pada jumaat.

Price gagal membuat new low atau retest semula kawasan angka genap 3600.00 apabila ia hanya turun sekitar 3635.00 area kemudian ia naik semula.
Entry
Di H4, key support penting terdekat adalah di 3664.85. Kawasan ini akan menjadi panduan entry terdekat untuk gold dan fokus utama masih lagi buy. Target jangka panjang adalah di 3800.00. Selagi structure dan logik market menjurus ke arah itu maka fokus utama saya adalah buy sahaja.
Untuk berubah trend, pada saya ia perlulah untuk break bawah 3600.00 dahulu dan membentuk structure di situ.
Akhir kata
Gold masih lagi bullish, oleh itu elakkan dari membuat selling hanya untuk kelihatan hebat sell harga puncak. Ia takkan berlaku kerana tiada tanda-tanda ke arah itu lagi. Mungkin ada yang berpendapat minggu lepas price patut jatuh setelah hit 3700.00. Namun pada sesi penutupan market sebenarnya ia masih lagi bullish dan masih meneruskan pendakiannya.
Group belajar
Ikuti group telegram untuk perkembangan semasa analisa ini dan seterusnya membantu pemahaman pembelajaran anda. Bagi yang ingin belajar lebih lanjut bolehlah menyertai membership kami pada harga diskaun semasa.
Sekian,
ADMIN
22/09/25