
ANALISA GOLD MINGGU KE-5 OGOS 2025
Gold minggu lepas sempat bullish sehingga sesi penutup dagangan minggu lepas. Secara keseluruhan gold masih dalam sideways dan belum ada tanda-tanda ia bakal terus uptrend ataupun downtrend. Ini adalah berdasarkan chart teknikal di TF D1 dan H4.
Analisa sebelum ini: https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-minggu-ke-4-ogos-2025/
Berikut berberapa point penting berdasarkan berita fundamental minggu lepas;
1. Nada Dovish dari The Fed
Ucapan Pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell di Jackson Hole memberi isyarat dovish (cenderung longgar). Pasaran menjangka kadar faedah mungkin diturunkan atau tidak dinaikkan lagi. Ini melemahkan US Dollar serta hasil bon AS ? pelabur beralih kepada emas sebagai aset selamat.
2. Permintaan Tinggi dari Bank Pusat & ETF
Bank pusat dunia dan pelabur institusi besar terus membeli emas untuk simpanan nilai & diversifikasi portfolio. Selain itu, aliran masuk ke ETF emas meningkat ke paras tertinggi sejak 2011 ? menolak harga emas naik.
3. Ketidakpastian Ekonomi & Geopolitik
Keadaan global masih tidak menentu (isu geopolitik, hutang kerajaan, kelemahan USD). Situasi ini menguatkan sentimen bahawa emas adalah aset perlindungan (safe haven).
4. Ramalan Bullish dari Bank Antarabangsa
- Goldman Sachs: emas boleh cecah USD 3,700 hujung 2025 dan mungkin USD 4,000 pada 2026.
- UBS: sasaran emas USD 3,600 – 3,700 menjelang pertengahan 2026.
- RBC Capital Markets: jangkaan emas kekal tinggi sekitar USD 3,100 – 3,500 sehingga 2026.
Ramalan positif ini menambah keyakinan pelabur untuk terus membeli emas.
5. Psikologi & Sentimen Pasaran
Walaupun ada yang anggap emas sudah “mahal”, faktor emosi dan psikologi pelabur menjadikan emas terus dibeli kerana dilihat sebagai aset selamat di waktu tidak menentu.
Berikut kita lihat pada chart teknikal gold.
XAUUSD D1
Berdasarkan D1, fokus utama kita adalah sell di bawah resistance dan buy di atas support. Tindakan ini sesuai untuk situasi sideways kerana market ini berisiko jatuh apabila gagal tembusi resistance dan berpotensi naik apabila berada di support level.
Disebabkan situasi inilah ia bergerak sideways selagi tiada momentum kuat untuk memaksa ia naik atau terus turun.

Berberapa key SNR berikut kita harus ambil perhatian;
Resistance –
- 3397.33 / 3400.00
- 3433.57
Support –
- 3289.30
- 3276.00
Plan Tindakan:
Plan utama untuk situasi selepas jumaat adalah buy. Oleh itu boleh buy dahulu dan sell kemudian apabila price sudah mencapai resistance area.
Jika tidak pasti atau keadaan tidak menentu, sila tunggu sahaja price mencapai area resistance ataupun support, kemudian tunggu apakah reaksi seterusnya.
Note:
Tidak banyak kelebihan yang boleh diperolehi jika dalam keadaan ini kerana market dalam sideways, boleh jadi buy pun salah dan sell pun salah terutama ketika berada dalam mid range.
Paling bagus jika kita tunggu sahaja price betul-betul di resistance ataupun support, kemudian ambil peluang jika adanya rejection di situ.
Jika tiada, abaikan.
Update akan menyusul di group telegram, pastikan mengikuti group telegram kami.
ADMIN
24/08/25
One Reply to “ANALISA GOLD MINGGU KE-5 OGOS 2025”
Comments are closed.