ANALISA GOLD MINGGU KEDUA JULY | BULLISH
Gold ditutup bullish pada minggu lepas selepas news NFP sesuai dengan analisa teknikal yang dikongsikan sebelum ini. Gold kini menghampiri semula area 2400.00. Minggu hadapan jika ia berjaya menembusi kawasan ini ia boleh naik lebih tinggi. Akan tetapi area ini adalah area bahu kanan pattern head and shoulder. Jika gagal, area neckline wajib dipantau untuk sebarang breakout.
Gambar di bawah akan menjelaskan lebih lanjut.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
XAUUSD D1
Potensi terbentuknya shoulder kanan pattern HNS mestilah candle bearish dahulu di bawah 2400.00 di timeframe D1. Jika price terus break atas 2400.00, maka kita melihat potensi untuk menjejak semula 2450.00 yang merupakan high tahun ini.
Trading di paras ini mungkin sedikit mencabar kerana jika lihat pada history terdahulu pada bulan april, terdapat sekumpulan candle false break di area ini. Jika trade di lower timeframe ada kemungkinan akan terperangkap dalam bull trap di sini. Oleh yang demikian fokus mestilah di TF D1 untuk sepanjang minggu hadapan untuk dapatkan entry tepat andaikata ia rejected lagi di area ini.
Jika break, pastikan price atau candle betul-betul akan pullback semula di atas 2400.00.
XAUUSD H4
Disebabkan bias adalah bullish berdasarkan trend minggu lepas. Oleh itu kita tidak menolah sebarang potensi untuk buy low minggu hadapan jika terdapatnya retest dan reject di kawasan RBS lepas di H4.
Dua key support adalah:
- 2376.27
- 2364.61
Fokus utama adalah buy sahaja. Andaikata plan ini gagal, dua key support di atas perlulah menjadi resistance dahulu dan price respected level-level itu dengan membentuk downtrend structure.
Sekian dahulu analisa teknikal gold buat masa ini.
Sebarang update akan diberikan dalam group telegram pullback.
Terima kasih!
ADMIN
07/07/24
kredit: tradingview