ANALISA GOLD MINGGU KEEMPAT JULY | REVERSAL TREND
Pada minggu lepas, gold diramalkan naik dan ia telah pun naik dan menghampiri 2500.00 namun sayangnya ia gagal meneruskan kenaikan dan akhirnya ia jatuh hinggalah ke harga bukaan pada minggu lepas sehinggalah pasaran ditutup.
Berdasarkan situasi ini, maka bias trend minggu ini seharusnya adalah bearish ataupun selling sahaja.
Untuk analisa lepas sila ke sini >> klik sini
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
XAUUSD D1
Harga tertinggi pada minggu lepas bermula pada rabu iaitu di 2483.76 namun akhirnya ditutup bearish diikuti hari keesokannya ia kekal bearish hinggalah jumaat.
Awal minggu ini juga kita menyaksikan price terus drop hinggalah ke sesi dagangan Amerika di mana new weekly low terbentuk.
Harga rendah baharu dicatatkan pada waktu artikel ini ditulis menandakan trend lebih kuat kepada bearish trend dengan majoriti dalam pasaran adalah sellers.
Pembentukkan new low adalah petanda akan ada lagi new low pada minggu ini. Untuk target profit, silakan lihat pada H4.
XAUUSD H4
Di H4 jelas kelihatan candle engulfing break weekly low dan terus membuat new low apabila ia closed tanpa membentuk fakey bar atau false break candle.
Entry sell boleh dibuat pada waktu ini atau, anda boleh tunggu price naik dahulu ke Weekly low 2401.43 dan sell jika pullback.
Entry retracement
Pastikan price naik ke retracement zone di area EMA21 dalam gambar dan sell jika terbentuk rejection di H1 ataupun H4. Area ini juga anda boleh lukiskan fibonacci retracement.
Untuk target, support berikut boleh dijadikan panduan;
- 2369.97
- 2355.67
Exit juga boleh dibuat jika price membentuk buy signal di area support yang dinyatakan di atas.
LIVE CHART XAUUSD
ALTENATIF
Plan sell invalid jika price kembali di atas Weekly low kemudian membentuk uptrend structure. Keadaan seperti breakout of structure boleh digunakan dalam situasi ini iaitu untuk uptrend dan downtrend. Change of character akan berlaku dan terbentuk menandakan perubahan awal trend berlaku.
Akhir kata
Untuk memudahkan plan trading anda, saya sarankan fokus sell sahaja dan ambil signal sell yang jelas nyata terbentuk. Sila gunakan proper money management dan elakkan mengambil risiko berlebihan kerana dalam perdagangan yang sangat berisiko tinggi ini, kerugian adalah sangat mudah berbanding menjana untung.
Sekian,
ADMIN
22/07/24
kredit: phantom trading, tradingview