ANALISA GOLD MINGGU KELIMA JULY
Pada minggu lepas gold bergerak downtrend seperti dijangka pada minggu sebelumnya. Harga jatuh namun pada hari terakhir minggu lepas ia ditutup sedikit naik menandakan profit taking berlaku selepas selling hari sebelumnya.
Untuk analisa tersebut sila ke halaman ini >> https://pullbackforextrading.com/analisa-gold-minggu-keempat-july-reversal-trend/
Memandangkan sudah tinggal berberapa hari lagi untuk sesi penutupan dagangan untuk bulan Julai, oleh itu keadaan mungkin sedikit berisiko tinggi dan tak menentu disebabkan oleh risiko reversal mungkin berlaku. Akan tetapi buat masa ini ia masih dikira sebagai bearish atau selling kerana berberapa faktor berikut;
- Masih kekal di bawah 2400.00
- Overal trend minggu lepas masih downtrend lagi
Sebelum kita lanjutkan kepada analisa mingguan, silakan menyertai group telegram untuk kemaskini terkini secara terus dari kami;
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
XAUUSD D1
Di mulakan dari TF D1 seperti biasa, kita akan melihat pergerakan dan stuktur trend serta angka genap psikologi di timeframe ini sebelum ke TF H4.
Candle terakhir iaitu candle jumaat ditutup sebagai bullish di atas kawasan support 2355.67 menandakan profit taking berlaku di area tersebut. Harga jatuh semula di bawah paras 2400.00 dan EMA21 di TF D1.
Berdasarkan situasi ini, bias adalah bearish dan plan utama adalah selling.
Di sebabkan D1 closed bullish, maka ada potensi berlaku sedikit kenaikan untuk menguji resistance terdekat.
Key resistance penting adalah Last week’s high iaitu di 2432.07 selain 2400.00 akan menjadi panduan selling jika retest dan reject berlaku lagi di area ini.
XAUUSD H4
Di timeframe H4, price masih dalam stuktur downtrend iaitu berhenti di kawasan SBR selain dari masih di bawah 2400.00.
Area psikologi ini iaitu di 2400.00 akan menjadi area penting kerana jika break dan pullback berlaku, maka ada kemungkinan ia akan naik lagi. Namun jika ia break tapi kembali semula di bawah paras ini, maka trend masih bearish dan selling masih dominan dalam pasaran.
Selain itu, last week high juga menjadi key resistance penting untuk sell atau melihat potensi trend berubah kepada bullish jika price berjaya menembusinya.
Kesimpulannya adalah;
- Plan utama adalah sell.
- Area 2400.00 dan last week high 2432.07 sebagai key resistance
Live Chart
Bandingkan situasi semasa trend price dengan live chart di bawah;
Altenatif
Altenatif sell adalah buy. Key poin utama sudah saya berikan iaitu 2400.00 dan 2342.07 ini. Area 2500.00 masih boleh dijejaki jika buyers menjadi dominan di penghujung bulan ini.
Mahu play safe, trade sahaja lot kecil atau elakkan sahaja trade.
ADMIN
28/07/24