Analisa Teknikal GBPUSD 14 september 2015
Salam dan Salam sejahtera..
Hari ni saya akan kongsikan serba sedikit mengenai teknik bagaimana hendak membuat analisa momentum trend bagi pair GBPUSD. Teknik analisa ini juga boleh digunakan ke atas pair-pair lain.
Analisa ini berdasarkan momentum indikator seperti MACD dan RSI untuk membuat penilaian kepada arah pasaran berdasarkan majoriti arah yang dapat disimpulkan berdasarkan formasi indikator lagging.
Kriteria utama entry, SL dan TP adalah berdasarkan support resistance dan kedudukan price pada indikator dan mana yang lebih releven sebagai entry.
TEKNIK ANALISA
Untuk membuat analisa, berikut perkara-perkara penting yang anda perlu jadikan rujukan:
Moving Average.
Kita akan menggunakan berberapa jenis moving average(MA). Kesemua MA tersebut akan disetkan kepada exponential moving average(EMA)
4 jenis EMA yang akan digunakan adalah EMA20 dan EMA 5.
EMA 20 – Setkan dua EMA 20 open dan EMA 20 close.
EMA 5 – Setkan dua EMA 5 high dan low.
Trend:
Uptrend – Price berada di atas EMA20 open dan close.
Downtrend – Price berada di bawah EMA20 open dan close.
Continuation trend:
Price closed pada EMA 5 high untuk continuation uptrend.
Price close pada EMA 5 low untuk continuation downtrend.
Indikator Momentum
Indikator momentum yang digunakan adalah RSI dan MACD. RSI akan disetkan kepada 21 period dan sila setkan level 50 pada setting LEVEL. MACD adalah pada standard setting sahaja(tiada perubahan).
Mengukur momentum market.
Kekuatan market untuk naik atau turun adalah berdasarkan kedudukan bacaan RSI pada TF Daily. Jika bacaan RSI 21 di atas level 50 pada TF D1, maka trend adalah uptrend. Jika bacaan berada di bawah level 50, maka trend adalah turun.
Kegunaan MACD
MACD digunakan untuk confirmation entry, iaitu jika pada TF H1 dan H4 price closed pada EMA5 high(untuk trade buy), MACD mestilah berada di atas level sifar untuk entry buy.
Entry Point/SL/TP
Timeframe rujukan untuk kaedah ini adalah berdasarkan H4 dan H1. Untuk analisa trend pula, TF Daily akan jadi rujukan.
Antara yang menjadi panduan entry di sini adalah kedudukan price dan moving average serta confirmation dari oscillator MACD dan RSI yang jadi penentu adakah price masih dalam uptrend atau sudah berubah kepada downtrend.
Disclaimer** Penggunaan indikator lagging adalah berisiko tinggi.
ANALISA GBPUSD
Baca : Analisa 1 sept 2015 GBPUSD
Kita mulakan pada TF D1, candlestick closed pada EMA20 dan EMA5 high menandakan trend berada dalam keadaan bullish. Akan tetapi bacaan RSI pula memberikan data di bawah level 50, bahawa trend masih belum berubah arah lagi. Jadi berdasarkan tafsiran di TF D1 ini, saya katakan bahawa trend belum lagi berubah kepada uptrend.
Menentukan trend sell berdasarkan indikator dan TF D1.
Syarat sell adalah price mestilah closed semula di bawah EMA20 pada TF D1 ini dan dalam masa yang sama bacaan RSI 21 juga mestilah di bawah level 50.
Untuk memudahkan pemahaman, saya berikan contoh sell setup di bawah.
Gambar – Contoh sell trade berdasarkan kekuatan price dan indikator yang selari. Inilah dipanggil momentum market yang kuat lagi untuk turun.
Sell trade akan trigger jika GBPUSD close semula pada EMA5 LOW pada TF D1. Jika itu berlaku, sell akan dibuat pada TF H4 ataupun H1.
Kemungkinan perubahan arah trend.
Walaupun pada ketika ini saya katakan trend adalah sell berdasarkan RSI 21 pada TF D1, namun jika price berterusan naik pada TF H1 dan H4, maka masih ada kemungkinan trend akan berubah. Confirmation adalah pada RSI 21 pada D1, jika ia close atas level 50, maka trend sudah pun berubah.
Jika dibuat perbandingan pada ketiga-tiga TF, maka kelihatan sini tanda-tanda perubahan arah market pada TF H1 dan H4. RSI 21 pada D1 juga sebenarnya sudah hampir-hampir melimpasi level 50. Petanda jelas trend seakan hendak berubah. Akan tetapi confirmation dari ketiga-tiga TF ini masih belum ada lagi kerana ia belum berada dalam keadaan selari.
Jika trend sudah berubah kepada uptrend, syarat buy adalah seperti berikut;
1. Pada TF D1, price mestilah berada di atas EMA20 dan RSI juga berada di atas level 50.
2. Candlestick pada TF D1 closed di EMA 5 HIGH.
3. MACD dan RSI pada TF H1 dan H4 berada di atas level 0(MACD) dan 50(RSI).
Sekian dulu perkongsian saya. Saya akan kemas-kini entry ini pada masa yang berikutnya. Saya harapakan anda sedikit sebanyak dapat manfaat dari perkongsian ini dan jangan lupa share dengan rakan-rakan..
-admin-
14/09/20
Credit : Teknik EMA Pullback