ANALISA XAUUSD MINGGU KE – 4 MEI 2024 | STRONG BULLISH
Gold pada minggu lepas ditutup lebih tinggi dan melepasi paras 2400.00. Ini mungkin memberi petunjuk yang harga akan naik lebih tinggi dan mungkin mencecah 2500.00. Tahniah kepada trader-trader yang mengikuti analisis ini hinggalah berjaya mengaut keuntungan yang berlipat-ganda.
Bagi anda yang baru, ini adalah pautan ke analisa minggu lepas >> https://pullbackforextrading.com/xauusd-minggu-ke-3-may-2023-jatuh-dari-puncak-atau-naik-lebih-tinggi/
Sila join telegram kami untuk kemas-kini dan signal terkini dari kami;
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
XAUUSD D1
Candle jumaat lepas ditutup sebagai bullish engulfing dan ditutup lebih tinggi dari level psikologi 2400.00. Dalam masa yang sama juga ia adalah clear candle break yang memberi petunjuk jika price/candle kekal closing di atas paras ini maka ada kemungkinan lebih besar ia akan naik lagi.
Oleh itu plan minggu hadapan adalah buy kerana bias adalah bullish atau uptrend.
Untuk memudahkan plan, sebaiknya fokus buy sahaja dan untuk update level fibonacci, saya setkan pada H4 di bawah;
XAUUSD H4
Berdasarkan bullish trend sebelum ini dan juga situasi semasa, kita akan melihat dua scenario iaitu;
- Break Weekly high dan membuat new high – entry buy trigger
- Retrace dahulu seperti minggu lepas kemudian pullback – buy low trigger
Level fibo 38.2% overlap dengan 2400.00, oleh itu area cluster ini adalah terbaik untuk buy low sekiranya retest dan reject berlaku di sini. Selepas candle reject terbentuk, entry buy bolehlah dibuat. SL pada last low dan TP max di 2500.00.
Akan tetapi jika new high berlaku, bolehlah entry buy berdasarkan cs pattern rejection di atas Weekly high.
ALTENATIF
Tidak dinafikan, tidak semua plan akan menjadi, oleh itu plan B adalah wajar atleast untuk exit dari situasi market yang tak menyebelahi kita.
Untuk plan altenatif adalah, perhatikan jika break semula di bawah 2400.00 dan low pada sambungan fibo 100.00% iaitu di 2371.13 dan terus pullback ke bawah, oleh itu plan buy adalah terbatal.
Untuk update, pastikan mengikuti group telegram kami untuk education percuma serta signal menguntungkan dari kami. Paling penting, semuanya adalah 100% percuma hanya untuk pembaca blog pullback!
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Kredit: tradingview