Anthony Constantinou: Daripada Anak Taikun Yang Mati DiBunuh Kepada Bos Skim Ponzi 70 Juta Pound

Bekas bos City yang mengendalikan trading floor ala-ala “Wolf of Wall Street” telah disabitkan dengan penipuan pelaburan £70 juta.

Anthony Constantinou, 41, memperdaya mangsanya untuk menyerahkan puluhan ribu pound kepada firmanya, Capital World Markets (CWM), dengan janji pelaburan tanpa risiko dan keuntungan yang besar.

BACA : Asal Usul Skim Ponzi

CWM berpusat di Heron Tower, di Kota London, membina reputasi dengan tawaran penajaan untuk Chelsea FC dan kejohanan tinju. Dia juga pernah digambarkan bertemu dengan Puteri Anne.

Chelsea Football Club akhirnya telah membatal perjanjian kerjasamanya dengan CWM FX pada 2015 lalu akibat penyiasatan terhadap firma ini.

Constantinou mengetuai skim gaya Ponzi, tidak membuat pelaburan pertukaran asing yang dijanjikan dan menggunakan gaya hidup mewahnya sendiri termasuk perkahwinan £2.5 juta, pesta ulang tahun pertama anaknya £70,000, dan pesta pelancaran CWM yang serba mewah.

Wang daripada pelabur baharu telah dikitar semula untuk membayar dividen kepada pelanggan lain, dengan Constantinou turut menggunakan skim itu untuk membiayai gaya hidup mewahnya.

Di mahkamah mahkota Southwark pada hari Isnin, Constantinou didapati bersalah oleh juri kerana penipuan dengan representasi palsu, dua pertuduhan perdagangan penipuan dan empat pertuduhan pengubahan wang haram, dan kini berdepan hukuman penjara yang agak lama.

Anthony Constantinou

Bekas City trader itu hilang di pertengahan perbicaraan jenayahnya, dan waran tangkap antarabangsa kini telah dikeluarkan untuk membantu mengesannya.

Pada 2016, Constantinou, bekas Hampstead, dipenjarakan selama 12 bulan selepas dia disabitkan dengan tiga pertuduhan melakukan serangan seksual.

Baca Lagi  Daripada Lebih $620K kepada $10: Pelaburan NFT Logan Paul yang Tidak Berjaya

Perbicaraan di Old Bailey itu mendengar cerita menjengkilkan tentang budaya minum arak di CWM, di mana keuntungan besar dijoli dalam pesta mewah dalam pejabat.

Salah seorang pekerjanya(perempuan) memberitahu insiden apabila dia dilumuri vodka dan oren oleh Constantinou dan dipaksa untuk “merasa dan meminumnya”.

“Jika anda enggan meminumnya, dia akan terasa tersinggung,” katanya.

Dia menyamakan suasana di pejabat serupa dengan filem Wolf of Wall Street, yang mendokumentasikan tingkah laku di luar kawalan seperti yang dilakukan oleh pedagang Amerika yang korup seperti Jordan Belfort.

KEMATIAN AYAHNYA DAN SABITAN KESALAHAN

Constantinou baru berusia tiga tahun apabila bapanya, hartawan fesyen jutawan Aristos Constantinou, dibunuh di rumah agamnya di The Bishops Avenue pada tahun 1985 – pembunuhan yang digelar “pembunuhan silver bullet”.

Aristos Constantinou

Polis City of London berkata mereka mula menyiasat CWM pada 2014, dan menyerbu pejabat pada tahun berikutnya. Antara 2013 dan 2015, sekurang-kurangnya 250 pelabur telah diminta untuk menyerahkan antara £50,000 – £100,000 sebagai pegangan minimum.

Mereka telah menerima janji palsu bahawa 90 peratus daripada wang mereka akan dimasukkan ke dalam akaun yang dilindungi dan 10 peratus yang dilaburkan dilindungi oleh jaminan peribadi daripada Constantinou.

Detektif Inspektor Nichola Meghji, dari Polis Kota London, berkata: “Anthony Constantinou adalah seseorang menjadikan jenayah sebagai karier hidupnya di mana dia ingin membuat wang sebanyak mungkin untuk dirinya sendiri tanpa menghiraukan orang lain.

“Sepanjang siasatan yang panjang ini, Constantinou terus cuba menipu pegawai dan menafikan sebarang salah laku. Dalam langkah selanjutnya untuk menafikan sebarang penglibatan dalam kes ini, beliau memutuskan untuk berhenti menghadiri perbicaraan.

“Kami gembira bahawa juri telah melihat melalui pembohongannya dan sebulat suara mendapati dia bersalah.”

Baca Lagi  MELOMBONG BITCOIN DI KAWASAN GUNUNG BERAPI - JIMAT KOS ATAU KERJA GILA?

Emma Beazley dari CPS berkata: “Ini adalah penipuan yang tidak berperikemanusiaan yang menyasarkan orang ramai. Ramai orang telah kehilangan wang hasil titik peluh mereka kerana kerakusan dan janji palsu Constantinou dalam skim pelaburan palsu ini.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada hasil kerja penyiasatan Polis Kota London dalam kes ini untuk membantu kami membawa kes ini ke perbicaraan dan sokongan mangsa untuk membantu melaksanakan keadilan bagi mereka.”

Constantinou ditetapkan untuk dijatuhkan hukuman tanpa kehadirannya pada 9 Jun.

ADMIN
30/05/23

P/S: “Ofis ada, lesen ada, sponsor di sana-sini takkanlah nak menipu kan?” Wlupun mereka sponsor kelab bola sepak ternama seperti Chelsea sekalipun tapi klu nak scam, scam juga lah.

P/S/S: MFM Securities dulu pun ada sponsor kelab bola sepak tapi hari ni ia tetap lingkup dan scam juga. Boleh baca berita di sini >> https://pullbackforextrading.com/mfm-securities-broker-tempatan-yang-sudah-gulung-tikar/

SUMBER

credit: Wikipedia, sky news, google images

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *