ORDER BOOK | APA ITU A BOOK DAN B BOOK YANG SERING DIGUNAKAN OLEH BROKER -ADAKAH IA TIDAK BAIK UNTUK ANDA
Perdagangan forex berbeza dengan pelaburan dan juga perdagangan saham kerana dalam perniagaan ini broker boleh melakukan sesuatu yang buruk terhadap order pelanggan mereka. System ini digunakan oleh B-Book broker ataupun ‘dealing desk’ market maker broker yang dikenali sebagai B-Book.
Berbeza dengan ‘non dealing desk’ broker atau ECN/STP broker, semua order pelanggan dihantar kepada pasaran sebenar atau penyedia kecairan(liquidity provider). Mereka ini adalah menggunakan A Book system.
BACA : MARKET MAKER VS LIQUIDITY PROVIDER
BACA : APA ITU MARKET MAKER
Walaubagaimanapun, kebanyakan broker forex masakini menggunakan model system hybrid di mana B-Book untuk pelanggan yang sering kerugian manakala A-Book untuk pelanggan yang menghasilkan keuntungan.
Dealing Desk VS Non-Dealing Desk
Dealing Desk
Broker Dealing Desk biasanya memberikan tawaran menarik kepada pelanggan mereka, seperti leveraj setinggi 1000:1, tiada caj faedah, spread rendah (biasanya spread tetap), pelbagai bonus dan kemudahan deposit dan pengeluaran melalui pihak ketiga.
Walau bagaimanapun, anda harus sedar bahawa broker dealing desk mempunyai ‘mark-up’ tertentu untuk price quotes yang mereka hantar kepada pedagang. Harga yang mereka tunjukkan pada platform tidak sama dengan sebut harga daripada sistem antara bank, dan amatlah sukar bagi pedagang untuk mengenal pasti sebut harga sebenar. Di samping itu, bukanlah suatu yang asing broker jenis ini berdagang berlawanan arah terhadap pedagang mereka lagi-lagi bagi broker broker cap ayam iaitu broker yang mempunyai lesen dari regulator yang kurang berkredibiliti atau lebih teruk lagi, tiada lesen langsung.
Non-Dealing Desk
Broker Non-dealing desk bertindak sebagai perantara antara pedagang dan pasaran antara bank(interbank). Broker ini tidak menawarkan pelanggan mereka spread tetap kerana mereka perlu mengikut keadaan pasaran. Spread yang ditawarkan biasanya variable spread atau floating spread. Spread ditawarkan juga adakalanya lebih tinggi dari broker market maker. Di samping itu, mereka juga mungkin(atau biasanya) mengenakan caj komisen per-entry.
Dalam kebanyakan kes, broker Non-dealing desk tidak berdagang terhadap pelanggan mereka kerana mereka bukan rakan niaga dagangan. Broker Non-dealing desk secara amnya boleh dikelaskan seperti berikut;
- STP Broker
- ECN Broker
A-Book – system yang digunakan oleh broker forex ECN/STP
ECN/STP broker semuanya menggunakan A-Book, menghantar order pelanggan mereka secara terus ke penyedia kecairan atau penyedia kemudahan multilateral(MTFs). Broker jenis ini menjana keuntungan melalui penaikan kadar spread atau caj komisyen daripada saiz volume order pelanggan. Di sini tiada ‘conflict interest’ antara broker dengan pelanggan mereka kerana broker menjana untung pada kadar tetap tidak kira pelanggan menjana untung ataupun kerugian.
Broker jenis ini telah meningkat popular kerana pedagang forex dijamin ketiadaan conflict interest ini selain menjamin keuntungan broker juga datang dari pedagang yang boleh menghasilkan keuntungan kerana pedagang-pedagang ini akan meningkatkan order mereka dan dalam masa yang sama meningkatkan keuntungan kepada broker juga.
B-Book – system yang digunakan oleh broker jenis Market Maker
Forex broker yang menggunakan model system seperti mengekalkan order pelanggan di dalam system dan tidak menghantar order tersebut ke penyedia kecairan. Mereka boleh melakukan sesuatu untuk membuatkan pelanggan mereka kerugian kerana keuntungan broker ini adalah dari kerugian pelanggan tersebut. Ini bermakna semakin rugi pelanggan mereka maka semakin untunglah mereka.
Broker market maker tiada kaitan dengan market market sebenar(banks, funds dan lain-lain) seperti yang dijelaskan dalam artikel sebelum ini.
Broker jenis ini juga dikenali sebagai bucketshop broker kerana semua order berada dalam satu tempat tetapi tidak dihantar ke pasaran sebenar seperti broker ECN/STP.
Frima broker yang melakukan hal ini mempunyai kebolehan untuk menguruskan risiko(hedging) berkaitan dengan B-Book-iaitu kaedah hedging bersesuaian dengan order berlawanan arah dengan pelanggan mereka. Sepertimana kebanyakan day trader sering kerugian, B-Book system adalah sangat menguntungkan bagi broker.
Ia secara jelas memperlihatkan conflict of interest antara broker dan pelanggan. Pelanggan atau pedagang yang berkeberuntungan dalam perdagangan adalah ‘musuh’ utama bagi broker jenis ini kerana keuntungan mereka akan menyebabkan broker kerugian. Pedagang seperti ini sering menjadi kerisauan broker jenis ini terutamanya bagi mereka sangat mengutamakan keuntungan(melalui kerugian pelanggan/pedagang).
Inilah sebabnya mengapa firma besar broker forex menggunakan model hybrid dengan cara meletakkan order pedagang mereka dalam A-Book dan B-Book berdasarkan profile pedagang tersebut.
MODEL HYBRID yang semakin popular
Populariti system ini semakin meningkat kerana model hybrid ini membenarkan broker forex meningkatkan keuntungan mereka dan dalam masa yang sama meningkatkan juga kredibiliti mereka. Ia juga membenarkan broker menjana keuntungan dari pedagang yang mahir menjana keuntungan dengan menghantar order mereka ke pasaran sebenar/penyedia kecairan.
Broker akan menggunakan perisian khas dalam mengenalpasti antara pedagang yang mahir menjana untung dan pedagang yang sering kerugian . Mereka akan menganalisa seseorang pedagang itu berdasarkan total deposit mereka, winning rate, leverage dan pengurusan risiko mereka.
Model hybrid ini tak semestinya sesuatu yang buruk kepada pedagang kerana order menguntungan yang dimasukkan ke dalam B-Book akan membolehkan broker hybrid menyediakan spread yang kompetitif tak kira mereka untung atau rugi.
Keburukan atau kelemahan system cara ini adalah jika broker salah-urus risiko dalam B-Book, ia akan menyebabkan mereka kerugian wang dan seterusnya membahayakan syarikat broker itu sendiri.
Kesimpulan
Dengan memahami ciri-ciri broker anda sebenarnya boleh membantu menyelamatkan wang anda dari ditipu oleh penyangak-penyangak yang tidak bertanggungjawab.
Di Malaysia sendiri sering menjadi pertanyaan di kalangan trader adakah broker tempatan yang digunakan itu adalah real broker atau scam broker. Kes penipuan telah banyak berlaku dan sering dilakukan oleh broker B-Book yang banyak merugikan pelanggan dan memburukan reputasi forex di negara ini.
Adakalanya kerugian itu memang bukan salah anda jika anda menggunakan broker bucketshop.
Akan tetapi tidak dinafikan, dengan pengenalan system hybrid ini sedikit sebanyak mengaburi mata orang ramai tentang broker manakah yang betul-betul asli dan jujur. Ini kerana semuanya nampak sama sahaja.
Sekian,
ADMIN
19/12/21