BAGAIMANA SAYA MENDAPATKAN SL KECIL DAN TP BESAR | RAHSIA DIDEDAHKAN | PART 1
Jika anda mengikuti channel telegram saya, anda akan dapati signal-signal yang saya postkan mempunyai risk reward ratio yang agak boleh tahan kerana meletakkan risk stoploss kecil dan profit target yang agak besar. Adakalanya stoploss tersebut sekitar 10-15 pips sahaja namun target profit pula berpuluh bahkan mencecah ratusan pips!
Ini bermaksud jika anda trade lot besar sekali pun, anda masih merisikokan persen kecil akaun anda untuk pulangan berganda-ganda. Contohnya untuk risk -10 pips pada akaun 1K USD, jika anda letakkan 10%, maka 10 pips tersebut adalah -100 usd sahaja, tetapi jika TP anda mencecah +100 pips ke atas, maka anda akan menjana +1K USD juga iaitu 100% pulangan keuntungan berbanding modal dengan hanya risiko kerugian sebanyak -100 usd. Oleh itu modal anda akan meningkat ke +2K USD jika sukses tetapi jika gagal, modal anda hanya akan jatuh ke 900 usd sahaja.
Inilah risk management sebenar yang anda perlukan untuk menjana keuntungan dalam forex trading!
Sebagai contoh:
1). Signal sell usdcad pada Januari 14, 2025:
Stoploss hanyalah -12.2 pips sahaja dan TP pula +105.7 pips!
Link: https://t.me/pullbackforextrading/5667
Dalam waktu tertentu stoploss boleh mencecah antara -30 hingga -80 pips namun TP juga adalah berganda dari stoploss tersebut.
Lihat contoh di bawah:
Stoploss -41.3 pips tetapi target pula sebesar +217.6 pips!
Link: https://t.me/pullbackforextrading/5720
Lagi satu contoh:
Entry buy gold, stoploss -68.2 pips tetapi target profit sebanyak +266.2 pips!
Link: https://t.me/pullbackforextrading/5731
Persoalan…
Persoalannya, apakah rahsia untuk mendapatkan trade seperti itu? Relax, saya akan berikan percuma di sini, tiada bayaran dikenakan seperti sesetengah kononnya master sifu di sosial media tu… hehehe..
PENAFIAN: Kaedah ini bukan untuk newbie kerana banyak istilah teknikal yang mungkin kurang sesuai bagi pemula. Banyak sumber online mengenai kaedah ini cuma mungkin kandungan dalam bahasa melayu sahaja kurang. Lagi satu, mungkin penyampaian dalam bahasa asal(english) mungkin sukar difahami bagi sesetengah orang, oleh itu saya cuba sampaikan dengan bahasa mudah difahami dan dengan cara penggunaan(praktikal) yang saya percaya dapat difahami oleh majoriti pembaca saya.
Nak check history signal saya bolehlah ke channel saya di bawah:
Sebelum lanjutkan sila sertai laman telegram kami untuk signal trading percuma dan update terkini dari kami terus ke smartphone anda!. Klik sini untuk menyertai!
Okeylah, jom lanjutkan.
RAHSIA PERTAMA – MARKET STRUCTURE
Market structure ini pada saya adalah satu cara termudah memahami apa yang berlaku dalam pasaran dalam ertikata arahnya dan apa yang sedang berlaku dan apa yang bakal akan berlaku. Jika dulu saya cuma belajar Elliott wave theory(EW) untuk memahami arah pasaran, namun alhamdulillah sudah ada kaedah yang lebih mudah sebenarnya sebab EW ini agak kompleks untuk difahami namun kedua-dua kaedah ini mempunyai persamaan iaitu ia mempunyai stuktur masing-masing.
NOTE: HH: higher-high, HL: higher-low, LH: lower-high, LL: lower-low
Market structure atau stuktur pasaran adalah umpama kita belajar memahami stuktur sesuatu binaan bangunan ataupun objek kerana ia pastinya punyai asas untuk bentuknya. Jadi, untuk pasaran, ia juga punyai stukturnya sendiri
Stuktur uptrend
Untuk uptrend, ia mestilah terdiri dari lower-high, higher-high, higher-low kemudian higher-high semula.
Stuktur downtrend
Untuk downtrend, ia mestilah terdiri dari higher-low, lower-low, lower-high kemudian lower-low semula.
New high atau low
Apabila sesuatu high dalam uptrend atau sesuatu low dalam downtrend ditembusi, ia dikenali sebagai break of structure(BOS). Apabila ia berlaku maka untuk uptrend higher-high akan berlaku begitu juga sebaliknya untuk downtrend. Selepas BOS berlaku maka retracement akan menyusul dan waktu inilah entry akan dibuat sesuai trend. Saya akan kupas lebih lanjut lagi nanti dalam artikel ini.
Jika anda tidak pasti anda perlu trade tau tak buat masa ini, anda perhatikan stuktur trend dahulu. Jika uptrend, maka tunggu break high dahulu. Jika dalam downtrend, tunggu break low dahulu. Jika tiada breakout, abaikan dan tunggu dahulu sehingga berlaku BOS ini. Trader yang tiada disiplin dan masuk pasaran sesuka hati biasanya akan berdepan kerugian dan itulah sebabnya kenapa tiada improvement walaupun sudah lama menjadi trader.
BOS ini selain berlaku untuk new high atau new low, ia juga berlaku untuk perubahan trend. Di bawah saya akan jelaskan lebih lanjut mengenai BOS dan P.O.I.
RAHSIA KEDUA – BREAK OF STRUCTURE(B.O.S.) & POINT OF INTEREST(P.O.I.)
Terdapat cara mudah untuk kesan perubahan trend berdasarkan perubahan stukturnya. Perubahan trend ini biasanya banyak berkaitan dengan sesuatu area yang dipanggil sebagai neckline breakout di mana jika neckline ditembusi maka berlakulah perubahan karakter pasaran atau trend pasaran itu. Di sini ia dikenali sebagai Change of Character ataupun lebih tepat, reversal trend.
Area neckline akan menjadi area Point of Interest atau POI. Jika break of structure/BOS berlaku di area POI ini, maka perubahan trend akan berlaku. Saya akan jelaskan melalui ilustrasi berikut;
Apabila sesuatu trend gagal membuat BOS untuk new high atau new low sesuai trend itu, maka ia akan cari snr yang bertentangan. Untuk uptrend, maka ia perlulah break lagi high-nya untuk new high. Begitu juga untuk downtrend. Tetapi jika ia tak berjaya tembusi resistance untuk new high, maka ia akan cari support terdekatnya. Jika ia tembusi support tersebut maka perubahan trend mungkin akan berlaku. Support tersebut adalah neckline.
Area neckline ini adalah kawasan interest untuk lihat perubahan arah.
Entry pada permulaan trend adalah pada POI area kerana dalam snr ia adalah area SBR dan RBS sesuai trend tersebut. Ia adalah area terbaik untuk entry awal trend dan berpotensi tinggi mendapatkan bilangan pips yang sangat banyak dan lumayan!
Rumusan
Berikut rumusan untuk setakat ini;
- Permulaan trend boleh dikesan apabila POI sudah breakout atau BOS berlaku di POI area.
- BOS perlu sentiasa berlaku dalam sesuatu trend kerana ia petanda trend bakal melanjutkan arahnya dan setup entry akan menyusul selepas BOS berlaku.
- POI adalah area neckline atau SNR terdekat yang bakal dicari oleh price jika gagal membuat new high atau new low dalam trend tersebut.
- Area POI ini dalam snr adalah RBS dan SBR – merupakan area entry terbaik dalam permulaan sesuatu perubahan trend.
- Anda mengetahui anda perlu memasuki pasaran atau tidak, adalah bergantung jika BOS berlaku atau tidak.
Artikel ini akan bersambung selanjutnya di bahagian kedua yang akan saya publish dalam masa terdekat. Saya akan dedahkan bagaimana untuk mencari entry dengan risk seminima mungkin dan target profit semaksima yang mungkin.
Oleh itu, STAY TUNE!
ADMIN
21/01/25