STRATEGI UNTUK MANAGE FUND BESAR

Print Friendly, PDF & Email

Money management bermaksud pengurusan kewangan. Jika anda menguruskan kewangan anda dengan baik, akaun anda pasti bukan sahaja boleh menghasilkan keuntungan jangka panjang malah ‘survive’ dalam apa jua kondisi market termasuklah kerugian berturut-turut semasa market tidak menentu. Inilah sebabnya anda wajib dan perlu untuk belajar money management ini.

Seperti anda saya juga mulanya tidak berminat dengan money management ini. Sehinggalah bila saya kerap kerugian demi kerugian barulah saya tahu betapa pentingnya money management ini.

Saya pernah tuliskan secara ringkas money management di sini tetapi kurang memperincikannya. Kali ini saya akan kupas lebih lanjut mengenai low risk money management. Jika anda mahu manage fund besar, inilah kaedah basic yang anda perlu pelajari dan kuasai.

Why? Sebab anda sedang manage amaun yang besar hingga puluhan ribu dollar anda takkan berjaya jika anda trade secara high risk. Ingat pelaburan ASB yang kerajaan wujudkan untuk rakyat tempatan, ia hanya memfokuskan pulangan percent yang kecil kerana menguruskan dana billion ringgit. Hanya scammer sahaja yang boleh janjikan pulangan lebih 20% setahun. Itu pun setahun, apatah lagi sebulan. Fikirkanlah.

Free download ebook MM full margin > Klik Sini

BELAJAR PENGURUSAN KEWANGAN SEOLAH-OLAH SEPERTI ANDA SEDANG MENGURUSKAN DANA BESAR

Jom kita serius mengenai topik ini. Anggap sahaja anda sedang menguruskan dana besar seperti 1 juta hingga 10 juta dollar. Apakah akan anda buat? Jika anda trade secara low risk untuk fund sejuta dollar, anda hanya perlu cari pulangan sekitar 2~5% setahun. Ia bersamaan USD20k ~50k setahun. Dalam lingkungan

RM83K setahun itu sudah cukup besar untuk target 2% setahun. Apatah lagi jika 5% setahun.

RM207,600 setahun! Dalam 5 tahun ia sudah mencapai RM 1 juta. Apabila ia melibatkan fund yang besar, trader hanya akan mensasarkan pulangan percent yang kecil. Berbeza jika modal kecil, trader perlu mensasarkan pulangan besar.

Cara MM terbahagi kepada 3 iaitu;

  1. Berdasarkan risk percentage(%).
  2. Maintain lot sizing.
  3. High risk high return.

Jika modal besar, kerja menjadi sikit. Apabila modal kecil, kerja menjadi banyak. Itulah dia pro dan contra akaun kecil dan besar. Ok kali ini saya akan rungkaikan sikit mengenai pengurusan MM ikut risk percentage.

Breakeven

Untuk ketiga-tiga strategi MM ini, semuanya masih menggunakan kaedah breakeven iaitu mengubahkan stoploss ke entry point untuk hapuskan semua risiko yang wujud dan dalam masa yang sama melindungi akaun juga dari sebarang perkara di luar dugaan.

Saya akan kongsikan point pertama dari 3 point di atas iaitu menggunakan risk berdasarkan percentage.

Bismillah!

Berdasarkan risk percentage(%)

Jika anda menggunakan kaedah ini, anda akan membuat entry berdasarkan reward ratio dan kaitkannya dengan risk anda. Risk reward ratio(RRR) adalah seperti berikut;

  • 1:1
  • 1:2
  • 1:3

Risk adalah Stoploss(SL) manakala Reward adalah Take Profit(TP) anda.

Penjelasan

1:1 ratio adalah bermaksud risk anda adalah sama dengan reward anda. Jika anda menggunakan stoploss 50 pips, maka TP anda adalah 50 pips.

1:2 ratio adalah bermaksud reward anda diganda 2x berbanding risk stoploss anda. Jika stoploss anda 50 pips, maka TP anda mestilah 100 pips.

1:3 ratio adalah bermaksud reward anda diganda 3x berbanding risk stoploss anda. Jika stoploss anda 50 pips, maka TP anda mestilah 150 pips.

Dalam perniagaan, RRR 1:2 dan 1:3 adalah yang terbaik kerana melalui cara ini anda memastikan winning trade anda sentiasa mengatasi losing trade anda. Strategi CSPRO adalah strategi yang membolehkan anda mencapai ratio 1:1 dan 1:2 ini. Dalam keadaan trending di timeframe Weekly, anda boleh mencapai antara 1:3 sehingga 1:4 ratio!

Dalam topik fibonacci pada artikel-artikel sebelum ini anda sudah didedahkan dan pelajari mengenai entry dan exit berdasarkan fibonacci retracement dan extension. Melalui entry dan exit ini anda boleh menentukan samada anda mahu TP 1:1 ratio, 1:2 ataupun 1:3 ratio.

Mengaitkan dengan percentage

Risk yang terbaik adalah risk yang serendah mungkin. Reward yang terbaik pula adalah yang semaksima mungkin. Dalam perniagaan sudah pastilah yang dicari adalah keuntungan yang banyak dan kerugian minima dan sebolehnya tiada langsung.

Jika risk yang terbaik adalah yang rendah, maka trader yang terbaik adalah yang sentiasa utama risk dahulu sebelum reward. Ini akan memudahkan trader tersebut membuat rancangan recovery jika plan yang dibuat tidak menjadi/gagal.

Risk yang rendah adalah sekitar 1 dan 2 percent(%). Risk sederhana adalah sekitar 5%. Dan risiko yang besar adalah antara 10-20%.

Jika anda menggunakan risk sehingga 50%, ini bermakna anda akan kerugian separuh dari modal anda jika anda gagal. Ini sangatlah bahaya kerana dengan 1 atau 2 kesilapan lagi anda mungkin perlu topup akaun anda(margin call).

Pengiraan risk

Kita akan gunakan risk 1% dan 2% untuk memudahkan pembelajaran ini. Ingat, matlamat penggunaan MM cara ini adalah sangat sesuai untuk akaun besar dan keuntungan plan jangka panjang. Jika anda mahu menjadi account manager/fund manager atau mahu membuat portfolio 6-12 bulan, MM cara ini adalah untuk anda. Tetapi jika anda mahu high gain dalam masa singkat, sila ke topik terakhir dalam halaman ini.

Risk % adalah berkait terus dengan modal anda. Oleh itu anda perlu modal yang sesuai untuk rancangan ini.

Contoh :

Modal 1,000 usd. Jika risk anda adalah 1%, maka nilanya adalah 10$.
secara tidak langsung anda mengetahui anda akan kerugian -$10 jika plan anda gagal. Maka anda punyai baki $990 untuk recovery dan plan berikutnya.

Jika anda menggunakan risk 2%, maka total risk adalah $20 dan baki akaun anda adalah $980 untuk plan berikutnya.

Mengaitkan risk % dengan trading

Anda perlu kaitkan entry trading anda dengan total risk anda. Dalam trading, anda akan trader berberapa pair. Disebabkan anda adalah fund manager untuk akaun anda, oleh itu anda mestilah bijak memilih pair yang anda akan trade.

Saya tak galakkan anda trade terlalu banyak pair kononnya mahu buat untung yang banyak. Untuk memaksimakan profit, anda sebenarnya hanya perlu adjust risk dan reward anda sahaja. Jadi, jika anda trade 1 atau 2 pair, itu sudah cukup. Bayangkan anda trade akaun $10K dengan risk 5% iaitu $500 dengan reward 10%, ini bermaksud anda menjana +$1K profit apabila anda berjaya.

Ini sedikit berbeza jika anda trade terlalu banyak pair hanya untuk menjana $1K profit. Anda hanya perlu bijak mengatur strategi dan bukannya main rempuh langgar untuk berjaya.

Katalah anda trade 1 single pair iaitu GBPUSD.

Melalui analisa teknikal, anda membuat plan buy pair ini. Stoploss adalah -70 pips. Risk adalah 2% dari modal anda sebanyak $1K.

Risk 2% adalah bersamaan $20. Anda perlu bahagi $20 ini dengan 70 pips tersebut. Maka dapatlah angka 0.285 untuk 1 pips. Oleh itu anda akan trade 0.29 cent untuk 1 pips. Jika akaun anda jenis standard dengan pengiraan lot 0.01 bersamaan 10 cent, maka anda perlu trade 0.03 lot iaitu bersamaan 0.30 cent kerana tidak dapat gunakan 0.29 cent pada order tersebut.

Maka jika trade tersebut gagal, 0.30 cent darab 70 pips = -$21. Ia sikit tersasar dari 2% risk kerana faktor lot. Oleh itu anda hanya punyai pilihan samada terima risk 2% ataupun kurangkannya kepada 1%. Tugas anda sebagai fund manager adalah untuk minimakan risk dan memaksimakan risk. Kini anda sudah tahu risk anda, sekarang kita pergi kepada reward pula.

Jika stoploss besar dari 50 pips, sebaiknya gunakanlah RRR 1:1 ataupun 1:2.

Berdasarkan situasi tadi, jika loss, anda akan loss -21$, jika sukses pula anda akan dapat +$21 untuk 1:1 ratio dan +$42 jika 1:2 ratio.

DEPOSIT & WITHDRAWAL PANTAS DAN TIADA MASALAH

Daftar akaun live di XM dan tuntut bonus tanpa deposit percuma hari ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah verify akaun dan tuntut modal percuma anda. SAYA NAK $30 SEKARANG!

Recommended Forex Metatrader 4 and 5 Trading Platform:

  • Free $30 To Start Trading Instantly
  • Deposit Bonus up to $5,000
  • Unlimited Loyalty Program
  • Awards-Winning Forex Broker
  • Regulated broker
  • Partnership programs
  • Leverage up to 888:1
  • Spread serendah 0.6

Teruskan sokongan anda agar blog ini terus berkongsi ilmu-ilmu trading yang menarik di masa akan datang dengan membuka akaun melalui pautan gambar di bawah!

Kesimpulan :

  • Risk terbaik adalah sekitar 1-5%
  • RRR adalah dari 1:1, 1:2 dan 1:3 di mana SL adalah sama dengan TP ataupun 2x TP dan 3x TP
  • Trader haruslah utamakan risiko kerugian dahulu sebelum memikirkan pulangan keuntungan
  • Melalui RRR 1:2 dan 1:3 serta menggabungkannya dengan MM % kecil, ia boleh meminimakan loss ketika salah dan memaksimakan profit ketika betul
  • RRR yang besar penting untuk kelangsungan akaun(survival) kerana anda memastikan profit lebih banyak dari losing

Sedikit nasihat dari professional trader dari Goldman Sach

Sebelum mengakhiri artikel ini, saya kongsikan satu video menarik dari Anton Kriel, seorang bekas trader dari Goldman Sach yang berkongsi sedikit sebanyak mengenai perbezaan antara retail trader dan juga professional trader.

Ikuti video beliau di bawah;

Anda boleh layari ke website beliau di www.antonkreil.com/

Ok selesai belajar 1 dari 3 topik penting money management ini. Jika berminat untuk belajar lebih lanjut 2 topik lagi sila ke halaman ini.

ADMIN
29/06/21

Credit header : ispartnersllc

Comments

© Copyright 2012-2021 – PULLBACK FOREX TRADING | Risk Disclaimer – Trading foreign exchange on margin carries a high level of risk, and may not be suitable for all investors. Past performance is not indicative of future results. The high degree of leverage can work against you as well as for you. Before deciding to invest in foreign exchange you should carefully consider your investment objectives, level of experience, and risk appetite. The possibility exists that you could sustain a loss of some or all of your initial investment and therefore you should not invest money that you cannot afford to lose. You should be aware of all the risks associated with foreign exchange trading, and seek advice from an independent financial advisor if you have any doubts.
Aileron Theme by ThemeCot Powered by WordPress
Translate »
error: ©2012-2021 | Hakcipta terpelihara. Penerbitan semula untuk penjualan tanpa kebenaran adalah salah di sisi undang-undang.