BAGAIMANA UNTUK PREDICT REVERSAL AKAN BERLAKU DAN BAGAIMANA UNTUK ENTRY SHARP
Kaedah ini adalah kaedah trading tanpa menggunakan indikator. Ia bergantung sepenuhnya kepada candlestick. Tiada candlestick pattern dilibatkan, oleh itu ia akan ringkas dan mudah untuk difahami tidak kira peringkat pedagang anda(newbie ataupun sudah lama).
Dalam sesuatu pergerakan trend, bagi anda yang mahu mendapatkan entry sharp mahupun mencari kaedah yang ringkas dan mudah difahami, kaedah ini sangat sesuai untuk anda. Anda hanya perlu memahami ciri-ciri setup dan bagaimana untuk mencari entry di masa akan datang.
Seperti biasa, kita wajib menunggu price retest dahulu dan entry akan dibuat selepas itu.
Sebelum lanjutkan sila sertai laman telegram kami untuk update serta promosi terkini dari kami. Klik sini untuk menyertai!
CIRI-CIRI
Pertama sekali anda perlu kenal-pasti kawasan rejection kuat. Ia dikenal-pasti berdasarkan ciri-ciri berikut;
- Shadow candle
- Body candle
1). Shadow candle
Mestilah panjang samada satu atau dua ataupun tiga candle. Shadow panjang ini menandakan rejection kuat di sesuatu kawasan SNR.
2). Body candle
Fungsi utama adalah untuk membuat marking dari shadow ke body candle.
Lihat contoh di bawah;
TIPS SHARP ENTRY
Setelah mengenalpasti setup, sekarang kita biarkan price membuat pergerakan trend dahulu. Selepas itu nantikan retracement iaitu price akan retest semula area marking ini dan entry akan dibuat selepas itu. Pastikan candle atau price mencecah dahulu kawasan marking barulah anda membuat entry.
Anda boleh memilih untuk membuat entry sniper tanpa confirmation atau tunggu candle reject terbentuk dahulu barulah entry.
Kenalpasti setup marking, buat marking, biarkan price gerak dahulu dan intai peluang entry jika ia kembali ke marking area.
Anda sudah membuat marking, sekarang biarkan dahulu trend bergerak bebas. Trading hanya akan dibuat jika retest berlaku.
Lihat di bawah;
Price atau candle retest area marking. Di atas entry boleh dibuat dalam dua keadaan iaitu samada ketika price sedang sentuh kawasan marking atau, tunggu cs rejection terbentuk barulah entry.
Beza samada entry awal atau tunggu candle terbentuk adalah, kedudukan SL boleh ditetapkan selepas shadow terbentuk. Entry awal agak sedikit berisiko terutama jika price terus menembusi kawasan marking tersebut.
Dengan kaedah ini ia akan memudahkan anda untuk;
- Predict reversal hadapan
- Membuat trading plan mudah dan ringkas
- Memudahkan mengenalpasti potensi entry buy low dan sell high dengan minimum sl dan max TP
- Entry dan Exit yang jelas
Akhir kata
Kaedah price action ini sangatlah mudah dipelajari. Apa yang penting adalah anda kenalpasti ciri-ciri utama setup, buat marking dan tunggu sahaja price atau candle menjejak semula kawasan marking, dan entry boleh dibuat samada secara sniper ataupun tunggu candle pattern terbentuk.
Jika anda merasakan artikel ini bermanfaat, silakan kongsi kepada rakan-rakan anda semoga lebih ramai mendapat manfaat dari teknik mudah ini!
Sekian,
ADMIN
10/12/24