BELAJAR PREDICT PERGERAKAN HADAPAN MENGGUNAKAN CANDLESTICK
Mahukah anda mempunyai kemahiran meramal pergerakan sebelum ia berlaku? Jika ditanya apakah kelebihannya sudah pastilah tidak lain ia akan menjadi advantage kepada anda untuk membuat perancangan lebih awal malah dalam keadaan tertentu anda tidak perlu risau lagi untuk terlepas peluang kerana anda yakin akan ada lagi peluang pada waktu berikutnya kerana anda sudah terlebih dahulu tahu kemana arah pasaran matawang itu sebelum ia terbentuk.
Anda mahu tahu ke mana arah pergerakan sesuatu trend lebih awal sebelum ia berlaku maka anda perlu kuasai dahulu teknik prediction.
Sebelum topik ini dilanjutkan, perlu diingat bahawa semua maklumat adalah tersedia dalam chart itu sendiri maka anda tak perlu susah-susah untuk kuasai topik fundamental, macro ekonomi mahupun situasi politik sesuatu negara itu.
Tumpuan utama teknik ini
Kaedah ini tertumpu kepada single plan untuk jangka panjang di mana ia memfokuskan kepada meletakkan situasi trader itu dalam suatu kelebihan(advantage) di mana tidak perlu susah-susah mencari apakah betul atau salah tindakan yang hendak dibuat dalam suatu tempoh masa itu.
Jika tumpuan anda buy dan sell, kemungkinan ia lebih merumitkan keadaan dan itu bukanlah advantage kepada anda.
Berberapa versi artikel ini saya telah tuliskan dalam blog ini dan saya akan terus menghuraikan kaedah ini agar ilmu ini dapat difahami oleh pembaca dan seterusnya akan disampaikan kepada trader lain.
Artikel dicadangkan > https://pullbackforextrading.com/bagaimana-untuk-menggunakan-timeframe-untuk-merancang-entry-confirmation/
Anda boleh skip keseluruhan artikel ini dan terus kepada akhir artikel ini untuk mengetahui pembaharuan yang ingin saya sampaikan memandangkan kaedah ini terlalu banyak point yang cuba disampaikan. 🙂
Kenapa anda perlu belajar prediction dan fokus 1 jenis entry?
Gunakan kaedah yang ringkas dan tidak rumit akan memudahkan anda membuat trading anda. Salah-satu cara memudahkan trading juga adalah dengan memfokuskan 1 jenis entry sahaja seperti buy sahaja ataupun sell sahaja. Dengan cara ini anda sebenarnya meletakkan diri anda dalam keadaan advantage di mana anda hanya akan fokus kepada satu direction market dan hanya mencari entry yang selari dengan fokus itu. Keadaan ini memudahkan anda untuk mencari entry profitable tanpa risau tersalah membuat keputusan. Jika salah sekalipun, anda sudah tahu apakah tindakan yang wajar dilakukan iaitu cutloss dan jika trend kembali ke arah yang anda pilih, anda hanya perlu membuat reentry sahaja.
Note: 1 jenis entry bukanlah bermaksud 1 entry sahaja, anda boleh membuat multiple entry ataupun layer entry tapi hanyalah 1 jenis sahaja iaitu samada buy sahaja atau sell sahaja.
Jika anda meletakkan diri anda dalam situasi yang bingung dan ragu-ragu serta tidak yakin akan pilihan entry anda, ini adalah keadaan disadvantage anda. Ia akan menyukarkan trading anda malah lebih teruk, anda akan terlibat dalam trading secara emosi dan dendam.
Mempelajari bagaimana untuk predict arah hadapan price akan membantu anda mempunyai advantage dalam pasaran dan seterusnya memudahkan trading anda.
Penafian – Meletakkan diri dalam advantage bukanlah bermaksud anda menjadi profitable. Sebaliknya hanya untuk memudahkan perjalanan trading anda sahaja. Profit atau loss, itu bergantung kepada skill entry dan skill analisa masing-masing. Ia akan dikupas lebih lanjut di bawah.
Rahsia Candlestick dalam meramal arah
Ramai yang sudah tahu apa itu candlestick dan jika belum, anda boleh cari maklumat dari internet sendiri kerana ia bukanlah sesuatu yang rumit untuk difahami apakah fungsi dan kegunaannya.
Umumnya candlestick adalah mewakili keadaan harga yang terbahagi kepada 4 iaitu;
- Harga tertinggi
- Harga terendah
- Harga bukaan
- Harga penutup
Faktor lain yang mempengaruhi pembentukan candlestick adalah masa. Masa sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi ia ‘diwujudkan’ dalam bentuk timeframe di mana setiap timeframe adalah petunjuk tempoh masa sesuatu candlestick itu akan siap bermula dari 1 minit hinggalah 1 bulan.
3 fungsi candlestick
3 fungsi utama candlestick ini bagi trader adalah untuk;
- entry point
- menandakan support resistance
- menentukan arah
Teknik entry candlestick ini sudah banyak ditulis dalam blog ini begitu jugalah dengan support resistance. Namun apa yang kurang dikupas adalah bagaimana menggunakan candlestick dalam menentukan arah pasaran.
Menentukan arah pasaran berdasarkan candlestick adalah satu kaedah meramal ataupun prediction arah pasaran bagi trader. Secara tidak langsung ia akan menjadi advantage kepada trader itu untuk suatu tempoh sehinggalah trend berubah arah ataupun trend itu tidak menjadi seperti dijangka, maka ia akan menjadi disadvantage kepada trader itu sendiri.
Mahir membaca trend berdasarkan candlestick dapat membantu anda memasuki trend lebih awal sebelum ia menjadi trending. Inilah menjadi fokus saya dalam artikel ini iaitu membantu anda membuat predict arah pasaran lebih awal menggunakan kaedah candlestick ini!
Meramal arah berdasarkan candlestick dan membuat entry berdasarkan candlestick adalah dua perkara yang sama
Lihat candlestick di bawah;
Di atas adalah candlestick pattern pin bar pada timeframe H1 yang membawa kepada signal sell dan buy. Trend juga bergerak turun dan naik berdasarkan candle signal itu.
Trader akan membuat entry berdasarkan candle ini kerana selepas ia terbentuk, ia membentuk trend turun dan naik. Trader yang mengambil posisi selari dengan arah trend akan membuat keuntungan. Inilah di namakan trend is your bestfriend!
Lihat pula pada gambar di bawah;
Gambar di atas di ambil berdasarkan pair USDJPY, timeframe Weekly pada 11/06/2017 di mana selepas candle signal bullish pin bar, USDJPY naik 305 pips sebelum terbentuknya candle bearish.
Dari dua gambar di atas jelaslah bahawa, candle signal entry adalah sama di semua timeframe di mana ia adalah petanda awal bakal berlakunya trend selepas candle signal itu.
Berdasarkan dua keadaan di atas, timeframe H1 akan memberikan pergerakan mengikut 1 jam, maka sesuatu trend itu boleh jadi valid berberapa jam sahaja selepas signal itu terbentuk dan mungkin juga valid dalam tempoh yang lebih lama sebelum terbentuk lagi signal baru.
Anda boleh membuat prediction berdasarkan H1 iaitu jika H1 lepas closed sebagai signal buy, maka jam berikutnya anda akan membuat buy. Ini juga adalah teknik prediction.
Pada timeframe Weekly, 1 candle akan siap dalam 1 minggu. Ini bermakna anda boleh mempunyai plan entry untuk jangka panjang malah untuk 1 minggu itu dan juga minggu-minggu berikutnya.
Jika anda menggunakan timeframe Monthly, ini bermakna anda terus memfokuskan untuk trend sebulan itu dan bulan-bulan berikutnya. Inilah advantage yang perlu ada pada seseorang trader itu.
Inilah kaedah prediction yang anda perlu kuasai!
Di atas adalah pergerakan USDJPY pada september 2012 hinggalah march 2013 pada timeframe monthly. Ini bermakna dalam bulan-bulan di atas anda hanya buy sahaja.
Bukankah lebih mudah jika hanya membuat buy sahaja sepanjang masa di atas berbanding buy dan sell berkali-kali?..
Jika anda masih kurang jelas, berikut saya sediakan perbandingan ringkas.
Sesuatu prediction adalah berdasarkan apa yang berlaku terdahulu sebelumnya. Maka jika anda gunakan pada Weekly sebagai contoh, signal yang terbentuk pada minggu lepas adalah signal atau petunjuk pada minggu ini. Konsep yang sama boleh digunakan pada minit dan jam. Bezanya adalah peluang pips adalah sedikit jika anda gunakan signal pada jam terdahulu untuk meramalkan jam berikutnya.
Oleh itu timeframe yang sesuai adalah timeframe Weekly dan juga Monthly kerana potensi pips yang tinggi berbanding prediction ikut Jam dan Minit.
Lihat perbandingan potensi pips yang dijana menggunakan kaedah ini di H1 dan Weekly.
Berdasarkan H1 dan Weekly dapatlah kita simpulkan bahawa menggunakan kaedah prediction pada Weekly memberikan potensi pips yang sangat banyak dan sangat menguntungkan.
Masalah berkaitan prediction mengikut jam dan minit;
- Potensi pips yang sedikit
- Terlalu banyak signal dan tidak semua profitable
- Prediction akan kerap bertukar-tukar mengikut jam(H1 dan H4)
Fungsi H1, H4 yang sebenarnya…
Kegunaan dua timeframe ini adalah untuk entry berdasarkan signal atau prediction yang dianalisa dari Weekly ataupun Monthly.
Kelebihan prediction Weekly dan Monthly:
- Potensi pips yang banyak
- Trading santai
- Memudahkan trading plan
- Membantu anda trading lebih mudah dan ringkas
TIADA RISIKO! CUBA MODAL PERCUMA HARI INI
Daftar akaun live di XM dan tuntut bonus tanpa deposit percuma hari ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah verify akaun dan tuntut modal percuma anda. SAYA NAK $30 SEKARANG!
Kenapa anda harus memilih kami? :
- Free $30 To Start Trading Instantly
- Deposit Bonus up to $5,000
- Unlimited Loyalty Program
- Awards-Winning Forex Broker
- Regulated broker
- Partnership programs
- Leverage up to 888:1
- Spread serendah 0.6
Menggunakan candlestick untuk predict arah pasaran hadapan
Saya telah pun jelaskan mengenai candlestick dan bagaimana ia berperanan penting untuk mengetahui trend selepas sesuatu signal terbentuk.
Signal entry pada timeframe(TF) yang besar memerlukan masa yang panjang untuk ia bergerak naik ataupun turun berdasarkan signal itu. Oleh itu ia akan membantu anda predict arah hadapan sesuatu pair itu hanya dengan mencari signal ini sahaja. Pergerakan yang dihasilkan juga adalah melibatkan ratusan pips dalam jangka panjang.
3 TF Utama untuk predict arah hadapan
- Monthly
- Weekly
- Daily
3 TF di atas akan bantu anda predict arah untuk suatu tempoh sesuai namanya iaitu jika Monthly bermakna untuk sebulan berikutnya, Weekly untuk satu minggu berikutnya dan Daily(D1) untuk hari berikutnya.
Untuk membuat prediction jangka panjang, timeframe terbaik adalah Weekly dan Monthly.
Dengan cara ini anda akan mempunyai tempoh advantage lebih lama dan keuntungan tinggi jangka panjang yang lebih baik.
TIPS
Untuk membuat prediction, anda boleh gunakan tips berikut;
- Candlestick pattern
- Perbandingan closing 2 candle terakhir
Candlestick pattern
Sesuai digunakan untuk membuat plan secara mingguan, oleh itu anda boleh gunakannya pada timeframe Weekly.
NZDUSD di atas adalah contoh signal buy pada Weekly, pada 3 minggu berikutnya ia masih valid terutama pada 2 minggu selepas signal pin bar pertama terbentuk di kawasan support.
Dalam 3 minggu ini fokus hanyalah satu iaitu buy sahaja.
Pair USDCAD membentuk dark cloud cover dipenghujung trend dan terus bergerak downtrend pada minggu-minggu berikutnya. Ia sangat memudahkan anda membuat plan seterusnya kekal profitable dalam sepanjang tempoh itu.
Perbandingan closing dua candle terakhir
Dengan membuat perbandingan dua candle terakhir, anda boleh tentukan trend hadapan.
Kaedah ini sesuai digunakan pada TF monthly.
EURJPY – perhatikan apabila candle closed lebih rendah dari bulan sebelumnya, entry dalam sebulan ditentukan dengan mudah untuk bulan tersebut.
Closing boleh dibuat dipenghujung bulan juga boleh gunakan kaedah fibonacci extension untuk mencari exit point secara efektif.
Lihat GBPJPY dalam gambar di atas, trend terus menaik pada bulan berikutnya apabila harga ditutup lebih tinggi berbanding bulan terdahulu.
Trend menaik berterusan untuk 2 bulan seterusnya.
Tips entry
Entry boleh dicari pada timeframe yang lebih rendah seperti H1, H4 mahupun D1.
SNR boleh dijadikan panduan mencari entry dan juga signal arah pasaran.
Rumusan
Berdasarkan topik keseluruhan, dapatlah dirumuskan bahawa;
- Sesuatu trend boleh diramal lebih awal berdasarkan timeframe yang lebih besar seperti Weekly dan Monthly.
- Trend hadapan boleh diramal berdasarkan candlestick signal terdahulu dan juga harga closing dua candle terakhir.
- Signal pada TF besar bermakna tempoh masa untuk trend itu siap juga adalah lama dan menjadi advantage jangka panjang kepada trader.
- Kemahiran membuat prediction awal dan memfokuskan 1 jenis entry adalah advantage kepada seseorang trader itu kerana memudahkan melaksanakan plan jangka panjang tanpa risau terlepas peluang.
- Konsep prediction ini adalah meramalkan pergerakan hadapan berdasarkan pergerakan lepas.
Belajar lebih lanjut + Live trade
Anda boleh sertai membership pullback untuk menyertai live trade dan signal serta mempelajari lebih lanjut teknik ini. Anda boleh ke laman ini untuk menyertai >> klik sini
ADMIN
09/11/20