BOLEHKAH BROKER MANIPULASI PASARAN? | ADAKAH BROKER ANDA SCAMMER
Soalan ini sangat popular di kalangan trader terutamanya bagi trader yang curiga dengan broker yang digunakannya kerana sering loss akibat ‘kejadian-kejadian pelik’ sepanjang trading di broker tersebut.
Persoalannya, bolehkah broker manipulasi pasaran? -Jawapannya adalah boleh tapi bukanlah pasaran itu tetapi paparan candlestick(body, shadow, high dan low candle itu sendiri..) pada platform dagangan broker anda.
Tahukah anda, selain itu juga, server, connection, slippage serta delay juga boleh di’ganggu’ oleh broker untuk manipulasi pasaran ini. Soalan sekali lagi, adakah broker anda jujur dari manipulasi ini???
Sebelum lanjutkan, silakan subscribe ke telegram kami untuk update/promosi terus ke smartphone anda.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
3 BENTUK MANIPULASI YANG DILAKUKAN BROKER
Tiga perkara yang boleh di manipulasi oleh broker termasuklah;
- Connection/freeze
- Candlestick pattern/spike
- Stoploss hunt/widen spread
Point #1 – Ada broker yang gunakan gangguan connection untuk membuatkan trader kerugian kerana sukar untuk memasuki pasaran tepat pada waktu yang diinginkan. Akhirnya trader itu terlambat memasuki pasaran dan akhirnya hanya mendapat untuk sedikit ataupun masuk pada penghujung spike dan berakhir dengan reversal.
Keadaan ini biasanya berlaku semasa news release dan berlaku candle spike. Waktu news release adalah waktu paling volatile.
Server bermasalah juga boleh menyebabkan lambatnya closing trade semasa profit lalu mengurangkan atau menghilangkan terus profit jika anda trade secara hit n run, maksudnya waktu profit banyak anda sukar untuk menutupnya hinggalah profit itu menjadi kecil atau tiada langsung barulah anda dapat menutup posisi tersebut.
Untuk selesaikan hal ini anda perlu rescan server atau lebih teruk terpaksa berhubung dengan broker agar bahagian teknikal dapat selesaikan.
Freeze/Delay
Entry anda ada sedikit delay sebelum execute – ini bukan kebetulan atau tidak diketahui broker. Ada broker yang sengaja melakukan demikian agar anda memasuki entry yang jauh dari yang anda mahukan dan sudah tentu, tujuan ini adalah untuk merugikan anda.
Point #2 – Candlestick pattern juga boleh diubah sesuai apa yang broker itu hendak manipulasi. Biasanya ada yang nampak sebatang candle terpacak tinggi atau menjunam jauh ke bawah sedangkan broker lain tiada candle aneh seperti itu.
Point #3 – Stoploss hunt/widen spread – Cara paling popular broker gunakan untuk dua tujuan menyebabkan entry terkena stoploss atau, jika adanya pending order, ia akan trigger. Widen spread bermaksud spread mengembang dan bertambah besar berbanding normal spread.
Note: perbezaan harga/price BID dan ASK adalah SPREAD. Spread ditawarkan samada FIXED SPREAD dan juga VARIABLE SPREAD(FLOATING SPREAD).
Kedudukan bid dan ask menjarak dengan jauh sedangkan pada bid dan ask ini adalah kedudukan entry anda. Penjelasan saya sediakan di sini.
Stoploss – menyebabkan entry trader stopout lebih awal walaupun sebenarnya pada broker lain pergerakan price tidaklah ke kawasan tersebut. Adakalanya selepas hit stoploss, akhirnya price bergerak ke TP yang anda tetapkan.
Trigger pending order/P.O. – Kaedah PO buystop dan sellstop semasa news release adalah kaedah paling popular suatu masa dahulu. Biasanya ia ditetapkan semasa pergerakan price sideways dalam range kecil 30 minit atau 15 minit sebelum news release dan apabila news release berlangsung, satu spike naik atau turun akan berlaku maka salah-satu entry PO ini akan trigger. Kenapa widen spread berlaku? -jawapannya adalah agar kedua-dua PO buy dan sell ini trigger dan seterusnya trader gagal menjana profit dari keadaan spike tersebut.
Entry cara ini dikenali sebagai straddle atau hedging. Trader yang menggunakan teknik ini biasanya menggunakan lot besar agar dapat menggandakan akaun dalam masa singkat. Dalam ebook di bawah saya sudah jelaskan mengenai teknik straddle ini.
KENAPA BROKER MELAKUKAN MANIPULASI?
Manipulasi dilakukan agar merugikan trader. Dalam artikel ini saya jelaskan jenis-jenis operasi broker antaranya market maker, bucketshop dan hybrid. Broker bucketshop adalah broker yang paling suka merugikan pelanggan kerana itu adalah sumber pendapatan mereka berbanding trader yang profitable kerana ia merugikan mereka.
Server yang lagging atau entry requotes boleh menyebabkan trader itu sedikit emosi dan seterusnya menganggu proses trading. Trader yang emosi umumnya akan kerap melakukan kesilapan.
Tiada yang anda buat tidak diketahui oleh broker anda
Ya, semua entry, SL dan TP anda diketahui oleh broker anda. Oleh itu tiada yang terselamat dari pengetahuan broker. Jika broker itu tidak jujur sudah pasti ini akan digunakan untuk merugikan anda.
TIPS ELAKKAN DARI BROKER DURJANA INI
Tips ini bukanlah 100% menjamin anda selamat dari broker seperti ini tapi sekurang-kurangnya anda boleh jadikan ini sebagai panduan untuk membuat keputusan anda.
Berberapa perkara penting berikut boleh anda pertimbangkan;
- Mesti dikawal selia atau berlesen.
- Broker Forex mesti menawarkan kemudahan sokongan melalui saluran yang berbeza untuk bantuan segera jika diperlukan.
- Pejabat dan tapak berasaskan sebenar, bukan ofis dan alamat virtual semata-mata.
- Semua urus niaga mesti diproses dalam mata wang nyata.
- Reputasi broker/pencapaian anugerah.
- Pelbagai tawaran jenis platform dagangan, aplikasi atau MT4/MT5 untuk digunakan.
- Sesuai untuk strategi Forex yang berbeza.
- Jangan menyertai broker berdasarkan populariti yang dipasarkan/diiklankan.
Broker cadangan?
Anda boleh baca artikel ini untuk broker pilihan kami.
VIDEO MENGENAI VIRTUAL PLUGIN
Anda mahu bukti adakah wujud atau tidak perisian yang digunakan oleh broker untuk merugikan trader? Ok jom tonton video di bawah;
Sekian dulu dari saya.
ADMIN
05/06/23
credit: tradingview, google images, babypips