
“Buy the Rumor, Sell the News”: Rahsia Pedagang Professional di Pasaran!
Ketahui Apakah Maksud “Buy the Rumor, Sell the News”, Kenapa ia Berkesan dan Cara Menggunakannya dalam Pasaran Sebenar.
“Buy the rumor, sell the news.”
Jika anda aktif dalam dunia dagangan, frasa ini mungkin sudah tidak asing lagi untuk anda kerana ia adalah strategi yang sering digunakan. Tetapi apakah maksud sebenar di sebalik strategi ini? Dan bagaimana anda boleh manfaatkan strategi ini dalam dagangan sebenar?
Dalam artikel ini, kita akan bongkar:
- Apakah Maksud “Buy the Rumor, Sell the News”?
- Kenapa Pedagang Berita Menggunakan Strategi Ini?
- Cara Gunakan Strategi Ini dalam Dagangan Anda
Apa Itu “Buy the Rumor, Sell the News”?
Secara ringkas, strategi ini melibatkan membeli aset kewangan apabila terdapat khabar angin atau jangkaan berita positif, dan menjualnya sebaik sahaja berita sebenar diumumkan.
Kenapa? Kerana harga dalam pasaran kewangan bergerak berdasarkan jangkaan, bukan semata-mata pada fakta sebenar.
Contoh:
Katakan ada khabar angin yang mengatakan syarikat besar A akan umumkan keuntungan luar biasa minggu depan. Harga saham mula naik sebelum pengumuman rasmi kerana pedagang menjangka berita baik. Tapi bila laporan sebenar keluar, harga tidak naik lagi — malah mungkin jatuh — kerana semua orang sudah “priced in” berita itu awal-awal lagi.
Kenapa Pedagang Berita Gunakan Strategi Ini?
Strategi “Buy the Rumor, Sell the News” banyak digunakan oleh pedagang berita (news traders) kerana:
- Harga Bergerak Sebelum Berita
Pasaran selalunya mendahului berita. Pedagang yang bijak akan bertindak semasa jangkaan sedang terbina, bukan selepas fakta diumumkan.
- Berita Sering Tidak Mencapai Jangkaan
Kadang-kadang, walaupun berita adalah positif, jika ia tidak sebaik yang dijangka, harga boleh menjunam.
- Emosi Jadi Pemangkin
Khabar angin mengundang reaksi emosi seperti belian panik dan ini mencipta peluang dagangan jangka pendek.
Cara Guna Strategi Ini Dalam Dagangan Anda
Ingin cuba strategi ini? Berikut beberapa langkah penting:
1. Pantau Acara Ekonomi dan Berita Semasa
Gunakan kalendar ekonomi untuk tahu bila pengumuman penting bakal dibuat — contohnya laporan pekerjaan AS, keputusan OPEC, atau kadar faedah bank pusat.
Salah satu contoh terbaik adalah Kalendar Ekonomi XM yang lengkap dan mudah digunakan — membolehkan pedagang bersedia lebih awal untuk acara penting.
2. Fahami Jangkaan Pasaran
Jangan terlalu fokus pada berita itu sendiri, tetapi fahami apa yang sudah dijangka oleh pasaran. Harga akan bergerak bukan berdasarkan apa yang berlaku, tapi sama ada ia melebihi atau kurang dari jangkaan.
3. Uji Strategi Terlebih Dahulu
Sebelum guna strategi ini dengan modal sebenar, anda boleh mencuba dahulu dalam persekitaran bebas risiko seperti Akaun Demo XM.
4. Berdagang di Platform Yang Menyokong Pelaksanaan Pantas
Strategi ini memerlukan anda bertindak pantas sebaik berita diumumkan. Platform dengan pelaksanaan pantas dan spread kompetitif seperti XM memberi kelebihan penting dalam situasi seperti ini.
Gunakan Strategi Ini Dengan Bijak!
Jika anda seorang pedagang aktif, strategi ini boleh membuka peluang baru dalam pasaran yang bergerak pantas. Pastikan anda sentiasa pantau berita, fahami sentimen pasaran dan gunakan maklumat untuk berada selangkah di hadapan.
Mula Berdagang Secara Percuma!
Ingin memulakan perjalanan dagangan anda dengan yakin dan tanpa masalah modal permulaan? Bonus Dagangan $50 adalah jawapannya!
Anda boleh menuntut $50 bonus dagangan dengan pendaftaran kali pertama bersama XM. Menariknya, semua keuntungan yang dijana boleh dikeluarkan sepenuhnya!
Jadi, anda tunggu apa lagi?
#XM #XMMalaysia #BRSN #TradingTips #BuyRumorSellNews #Trading Strategy