STRATEGI RAHSIA CANDLESTICK DAN FRACTAL UNTUK PERFECT ENTRY
Candlestick sangat sesuai digabungkan dengan indikator fractal memandangkan ia sangat berkait-rapat -fractal terbentuk berdasarkan kedudukan susunan candlestick. Kaedah fractal ini adalah untuk breakout trading iaitu menentukan trend ataupun menetapkan entry point adalah berdasarkan breakout fractal
Fractal terbahagi kepada dua iaitu up fractal dan down fractal.
Baca juga > https://pullbackforextrading.com/bagaimana-jika-gabungkan-trendline-dengan-fractals/
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
Fungsi indikator fractal
Untuk entry point berdasarkan breakout. Fractal terbentuk berdasarkan susunan 5 candlestick di mana candle ke-3 adalah terpanjang berbanding dua candle sebelum dan selepas.
Fractal juga mempunyai bentuk yang lain selain di atas. Lihat berikut;
Fungsi utama:
Terbahagi kepada dua iaitu up fractal dan down fractal.
Breakout pada up atau down fractal adalah entry poin anda kerana ia membawa maksud trend akan naik atau turun lagi. Selain entry, fractal juga boleh digunakan untuk menentukan kedudukan stoploss.
Indikator fractal
Bill Williams yang mengasaskan indikator ini telah memudahkan kita untuk kesan fractal ini. Apa yang perlu buat adalah hanya masukkan indikator ini ke dalam chart sahaja.
Entry berdasarkan fractal breakout
Entry berdasarkan fractal ini sangat mudah difahami terutamanya jika anda trade berdasarkan trend. Sebagai contoh, jika anda trade uptrend, anda hanya perlu fokus jika market break up fractal iaitu bermaksud trend akan naik lagi. Manakala, jika anda trade downtrend, anda hanya fokus down fractal, iaitu jika break, anda akan membuat sell kerana trend akan turun lagi.
Dalam uptrend, anda hanya perlu pantau up fractal ini dan akan membuat entry jika candle break berlaku.
Sama dengan downtrend, anda hanya fokus down fractal, dan membuat entry jika candle break berlaku. Untuk sukses trading cara ini anda perlukan pendekatan untuk trade satu jenis arah sahaja. Dalam artikel ini saya telah jelaskan kelebihannya.
Fungsi Candlestick
Candlestick akan digunakan sebagai panduan untuk mencari fractal yang diperlukan untuk dijadikan trade setup. Susunan candlestick ini membentuk price pattern seakan-akan chart pattern.
Ciri-ciri yang diperlukan adalah candlestick yang membentuk susunan tertentu. Ia akan terbentuk di puncak trend atau di dasar sesuatu trend.
Bentuk price pattern yang kita cari adalah yang membentuk ‘M’ dan juga ‘W’.
Bentuk ‘M‘
Bentuk M adalah bermaksud trend akan reversal dari uptrend kepada downtrend. Bentuk M ini adalah mirip kepada chart pattern double top.
Bentuk ‘W’
Bentuk W adalah mirip kepada double bottom yang membawa maksud kepada reversal trend dari downtrend kepada uptrend.
Strategi Entry Price Pattern dan Fractal Breakout
Anda sudah pun mengenali price pattern ‘W’ dan ‘M’ dan saya sudah pun menjelaskan bagaimana untuk mendapatkan entry berdasarkan fractal breakout. Sekarang saya akan gabungkan kedua-duanya.
Fractal akan membantu anda mendapatkan kedudukan entry yang tepat pada price pattern ‘M’ dan ‘W’ nanti.
Entry breakout neckline
Jika pattern ini terbentuk, area neckline adalah bentuk di tengah-tengah pattern tersebut. Lihat ilustrasi di bawah;
Neckline ini adalah area penting yang perlu dipantau jika berlakunya breakout kerana jika ia berlaku, ia adalah confirmation yang kita cari untuk tentukan entry buy dan sell.
Entry:
- Bentuk M untuk sell
- Bentuk W untuk buy
Biarkan bounce dahulu..
Biasanya selepas break neckline, trend akan boucing seketika. Ini akan membentuk fractal baharu di kawasan berdekatan.
Lihat contoh breakout di bawah.
Break neckline adalah sebagai confirmation untuk entry sell. Oleh itu jika terjumpa setup ini, tunggu dahulu breakout ini berlaku kemudian barulah entry boleh dibuat.
Seperti juga bentuk M – entry jika break neckline – maka bentuk W juga sama iaitu tunggu dahulu break neckline untuk entry buy.
Break neckline adalah confirmation entry buy anda. Oleh itu jika terjumpa pattern ini, perhatikan neckline dahulu, tunggu breakout, entry selepas breakout berlaku.
Menentukan kedudukan stoploss dan take profit
Selain entry, fractal juga akan dijadikan panduan untuk Stoploss anda.
Selepas breakout, trend akan ranging sekejap sebelum meneruskan perjalanan. Fractal terdekat pada arah berlawanan adalah sebagai Stoploss anda. Manakala untuk TP, anda boleh gunakan kaedah FIBO TP untuk mendapatkan kedudukan TP anda.
Anda boleh exit di salah-satu area extension. Kebiasaannya 161.8 adalah target yang biasanya price akan pergi. Jika break, ia boleh pergi ke 261.8.
Lihat lagi contoh lain.
Di atas adalah contoh di mana selepas breakout, trend tidak ranging tapi sebaliknya terus trending ke atas. Jika anda khuatir ranging tidak berlaku selepas breakout, anda boleh membuka entry pada candle kedua selepas candle break. Namun jika ia bounce, anda boleh membuat reentry kedua.
Untuk stoploss, pastikan meletakkannya pada fractal terdekat atau sekurang-kurangnya pada last low untuk bentuk pattern W atau last high untuk pattern M.
Jika trend bounce atau ranging, ia lebih baik kerana minimum SL boleh diletakkan tidak jauh dari entry.
Buat Backtest
Anda sudah tahu kaedah ini jadi langkah seterusnya adalah membuat kajian dan backtest anda sendiri. Dalam pendedahan di atas, saya tidak mengaitkannya dengan SNR mahupun kaedah SND yang telah dijelaskan sebelum ini.
- Pautan SNR: https://pullbackforextrading.com/?s=snr
- Pautan SND: https://pullbackforextrading.com/?s=snd
Anda boleh buat kajian anda sendiri untuk menentukan tahap anda dan membantu anda memahami kaedah ini dengan lebih baik.
Anda digalakkan menggunakan tradingview untuk memudahkan kajian/backtest anda. Sila ke halaman ini untuk download apps untuk komputer anda.
Akhir kata
Akhir kata dari saya, bantulah untuk artikel ini tersebar kepada trader-trader di luar sana kerana apabila ilmu ini disampaikan, ia akan berkembang dan siapa tahu jika ia boleh membantu trader-trader di luar sana untuk konsisten dan menyelesaikan masalah dalam trading.
Mungkin juga ada yang boleh bangunkan indikator atau memperbaiki lagi teknik ini ke arah yang lebih baik.
Sekian dahulu buat masa ini. Salam kejayaan!
ADMIN
15/03/23
Credit foto: Google images, tradingview
One Reply to “STRATEGI RAHSIA CANDLESTICK DAN FRACTAL UNTUK PERFECT ENTRY”
Comments are closed.