Trading berdasarkan Check-List
Hello Traders!…
Sebelum membuat trade apa perkara pertama anda akan buat? tengok trend? entry dulu? kira-kira MM? atau tgk balik kerugian semalam? Pentingnya menyediakan check-list ini agar dapat membantu kita lebih berdisiplin dalam mengikuti peraturan-peraturan trading kita. 🙂
Checklist ini membuatkan kita..
- Lebih professional menguruskan trade
- Lebih berdisiplin
- Entry hanya dibuat apabila cukup syarat dan,
- kita mengetahui setiap entry kriteria kita samada dipenuhi atau tidak sebelum membuat sesuatu trade
Oklah, hari ni saya akan kongsikan mengenai bagaimana hendak membuat check-list sebelum membuat trading. Apa yg diperlukan dan apa kaitan dengan trading kita.. Ya, kita bercakap mengenai check-list sebelum kita membuat entry.. So apa yg 1st kita perlu tgk? berikut jawapannya. Renung2kan kata2 di bawah ini;
Antara punca sesorang trader itu gagal adalah kerana dia tidak berdisiplin untuk mematuhi sistemnya.
Disclaimer : Ini cumalah pendapat peribadi admin blog ini. Bukanlah sesuatu yg muktamad.
TRADING SYSTEM
Sebelum saya bercerita lebih lanjut, perkara pertama yang perlu ada sekali adalah teknik trading/trading system.
Berikut saya kongsikan satu teknik trading berdasarkan bacaan momentum indikator. Anda boleh gunakannya pada akaun anda selepas ini dan ia berkesan!
Trading sistem ini adalah seperti berikut,
Saya akan menggunakan indikator seperti MA(moving average), MACD dan RSI utk lihat arah pasaran,
Timeframe yang digunakan adalah 3 timeframe iaitu 1H,4H dan D1.
Melihat arah trend pada TF D1 dan entry pada TF 4H dan 1H.
TRADING RULE
Entry : Hanya akan entry apabila market selari pada ketiga-tiga timeframe iaitu 1H, 4H dan D1.
No trade : No trade jika tidak selari pada ketiga-tiga timeframe
Artikel lain : Teknik Marking Price
Setting Indikator:
Dua EMA 20 period open dan close
Dua EMA 5 high dan low
MACD standard setting
RSI, untuk indikator ini sila edit pada level indikator, sila delete level 30 dan 70 tersebut, sila gantikan hanya kepada 1 line sahaja iaitu level 50.
Syarat buy trade :
Price berada atas EMA20
Price mestilah close pada EMA 5 high
MACD mestilah berada pada atas level 0 pada TF 4H dan 1H.
RSI TF D1 mestilah atas level 50
1H dan 4H trend menaik(uptrend)
Pergerakan selari pada ketiga-tiga timeframe
Related post : Candlestick semalam pengaruhi arah market pada hari ini.
Related post : 5 EMA PULLBACK STRATEGY DAN PROFIT 5,000 DALAM 1 JAM
Syarat sell trade :
Price berada di bawah EMA20
Price mestilah close pada EMA 5 low
MACD mestilah berada bawah level 0 pada TF 4H dan 1H
RSI TF D1 mestilah bawah level 50
1H dan 4H trend menurun(downtrend)
Pergerakan selari pada ketiga-tiga timeframe
Berikut contoh gambar:
Okey, sekarang kita sudah ada trading system. Jadi langkah berikutnya adalah menyediakan check-list untuk trading sistem ini. Berdasarkan dari entry rule dan indikator yang telah sy sediakan, maka check-list juga adalah sama seperti entry rule yang telah ditetapkan juga.
MENYEDIAKAN CHECK-LIST
Berikut saya punya check-list. Anda boleh buat checklist anda sendiri yang bersesuaian dengan trading sistem anda.
Berikut contoh trade.
Pair : NZDUSD
Apa perlu dibuat jika price tidak cukup syarat untuk kita membuat entry?
– Mudah saja. Jangan ambil trade tersebut. Ia adalah kerana tak cukup syarat dan price mungkin belum cukup trending lagi. Apabila anda mengambil entry yang cukup syarat, itu bermakna anda hanya mementingkan kualiti trade sahaja. Bukankah itu lebih baik dan nampak pro?
Checklist untuk teknik lain?
Selain teknik ini, anda juga boleh buat checklist teknik anda sendiri. Apa yang perlu anda buat adalah senaraikan entry rule teknik anda dalam bentuk senarai checklist dan tandakan jika market bergerak memenuhi syarat teknik anda.
Related post : Bollinger Band Strategy
Sekian dulu untuk kali ini.
Jumpa pada entry berikutnya. Jangan lupa share dengan kawan-kawan yer.
Sekian,