DISKAUN ADALAH SEGALANYA
Setiap dari kita faham fungsi diskaun dalam kehidupan seharian – terutamanya ketika kita mendapatkan sesuatu – diskaun merupakan apa yang kita cari. Dalam trading perkara sama juga akan dicari oleh trader iaitu mendapatkan harga diskaun untuk entry low. Begitu juga sebaliknya iaitu untuk selling, kita akan mencari harga semahal mungkin untuk menjualnya.
Dipenghujungnya, beli murah dan jual mahal adalah matlamat utama untuk hasilkan keuntungan dalam urusan tersebut.
Harga diskaun perlukan masa
Sedangkan nak shopping pada hujung tahun juga perlukan masa hingga hujung tahun barulah ada macam-macam promosi jualan menarik. Dalam trading juga sama, untuk dapatkan masa tepat untuk beli murah dan jual mahal, waktu sesuai juga diperlukan. Untuk tujuan ini, anda akan perlu banyak menunggu dan hanya mengambil peluang apabila peluang tepat itu sudah tiba.
Pada artikel kali ini saya kongsikan bagaimana anda boleh dapatkan harga-harga ‘diskaun’ menarik untuk entry buy low dan sell high dengan mengaplikasikan fibonacci retracement.
Untuk topik fibonacci retracement sila ke pautan ini >> https://pullbackforextrading.com/fibonacci-kreatif/
Beli murah dan jual mahal adalah salah-satu topik penting dalam membership CSPRO pullback di mana trader akan diajarkan bagaimana untuk kenalpasti harga mahal dan murah dalam pasaran seminggu itu hanya dengan menggunakan fibonacci retracement.
Matlamat artikel ini ditulis..
Untuk berikan pendidikan sebenar sebagai pedagang – anda mestilah trade harga murah untuk buy dan harga mahal untuk sell. Saya lihat kebanyakan trader baru dan lama asyik sibuk mencari teknik entry tetapi secara tak sedar telah mengabaikan tujuan utama perdagangan ini sebenarnya- iaitu buy bila harga murah dan jual bila harga mahal. Inilah kaedah yang anda perlu kuasai sebenarnya sebelum kepada yang lebih lanjut lagi mengenai forex trading ini.
Selain itu, tujuan utama juga adalah untuk mendidik trader untuk menunggu peluang yang terbaik dahulu barulah entry berbanding main hentam masuk sebab nak kejar trend.
Dengan ini anda akan lebih berdisiplin, sabar dan profitable.
Minyak mentah dunia jatuh di bawah paras sifar semasa dunia mula dilanda pandemik COVID19 tahun lepas merupakan harga termurah untuk buy low. -foto world economic forum
Mencari peluang
Untuk mencari peluang entry sudah tentulah anda tidak boleh membuka chart dan terus mencari entry. Anda pelrlukan teknik dan tak semestinya perlukan trading sistem atau teknik-teknik rumit untuk mencari peluang entry. Menggunakan teknik persilangan moving average juga sebenarnya sudah memadai.
Anda boleh ke pautan di bawah ini untuk pelajari bagaimana trading menggunakan moving average boleh menjadikan anda seorang trader yang berdisiplin >>
https://pullbackforextrading.com/the-art-of-waiting-becoming-patience-and-discipline-trade/
Ok berbalik kepada topik, bagaimana untuk mencari peluang dan apakah timeframe sesuai?
Untuk jawapan kepada persoalan ini, ia berbalik kepada anda, adakah anda seorang scalper hardcore ataupun cuma daytrader yang mahukan setup harian? atau mungkin juga anda seorang swing trader?
Berikut timeframe yang anda boleh gunakan untuk mencari peluang,
- M30 dan M15 untuk scalper
- H1 dan H4 untuk daytrader
- D1 untuk swing trader
Untuk mencari peluang entry atau trade setup, anda boleh gunakan setting-setting berikut berdasarkan timeframe yang anda mahu gunakan;
- EMA 100 dan 200 untuk M30 dan M15
- EMA 21 dan EMA 50 untuk H1 ataupun H4
- EMA 8 dan EMA 21 untuk H4
- EMA 10 dan 20 untuk D1
Untuk artikel ini saya akan fokus pada H1.
Matlamat anda dengan kaedah ini…?
Untuk kaedah ini atau teknik ini kita lebih kepada mencari harga mahal untuk jual dan harga murah untuk beli. Jadi, kita akan banyak menunggu potensi-potensi harga menjadi mahal dan murah setiap kali trend berubah arah. Jika price naik kita consider market menjadi mahal, oleh itu untuk profit dari situasi ini kita perlulah tunggu harga murah dulu.
Jika price jatuh bermakna market menjadi murah, oleh itu matlamat utama kita adalah untuk mendapatkan harga mahal untuk menjual.
Di sini kita lupakan dahulu menjadi trader yang mengejar ketepatan pasaran. Lupakan dahulu jika kita salah dalam pasaran. Tujuan utama kita di sini bukanlah untuk sentiasa betul dalam membuat analisa mahupun entry macam sniper, tetapi sebaliknya adalah untuk melakukan tindakan yang betul sahaja iaitu beli murah dan jual mahal.
Kita akan mengutamakan market yang turun selepas kenaikan untuk mencari harga murah dan mencari harga mahal ketika market sedang jatuh.
Trade setup
Untuk memberikan contoh trade setup dan memahami kaedah entry diskaun, kita akan menggunakan kritera berikut;
- Timeframe H1
- EMA 21 dan EMA 50(warna ikut suka anda..)
Uptrend – EMA 21 di atas EMA 50, Candle di atas kedua-dua EMA
Downtrend – EMA 21 di bawah EMA 50, Candle di bawah kedua-dua EMA
Teknik Entry
Seperti yang diterangkan dalam post ini, anda hanya perlu tunggu peluang dan entry jika ia terbentuk. Jika uptrend, anda hanya perlu tunggu ia turun untuk jadi harga murah kemudian barulah entry. Untuk downtrend, anda perlu ia naik dahulu untuk menjadi harga mahal kemudian barulah entry.
Entry juga boleh dibuat berdasarkan price action ataupun candlestick reversal pattern.
Tugas anda cukup mudah, hanya tunggu dan membuat entry sahaja.
Fibonacci level
Level penting fibonacci adalah golden ratio 38.2, 50.0 dan 61.8. Jadi, jika price retrace ke level-level ini, anda perlu mencari entry jika rejection berlaku.
Beli murah, Jual mahal
Anda mestilah memasuki trend pada permulaan trend untuk memaksimakan potensi profit anda. Ini kerana permulaan trend selain berpotensi tinggi, ia juga mempunyai risiko rendah reversal berbanding memasuki trend yang sudah agak jauh.
Permulaan trend boleh dikenalpasti melalui persilangan/crossover permulaan EMA 21 dan 50.
Permulaan trend adalah lebih baik berbanding pertengahan trend, namun entry pada pertengahan trend juga masih boleh dikira peluang untuk entry selagi ia tidak berisiko tinggi seperti stoploss yang besar ataupun trade tanpa stoploss.
Fungsi EMA
EMA 21 dan EMA 50 akan berperanan utama sebagai signal utama perubahan trend. Ia juga akan berfungsi sebagi dinamik SNR iaitu EMA 21 sebagai SNR #1 dan EMA 50 sebagai SNR #2.
Fungsi Fibonacci
Fibo pula akan digunakan untuk mencari secara tepat entry anda berdasarkan 3 golden ratio 38.2, 50.0 dan 61.8.
SBR dan RBS
SNR yang kita utamakan adalah keadaan SNR yang sudah breakout dan terbentuknya SBR dan RBS.
Confluence dari ketiga-tiga elemen di atas akan memberikan kita harga mahal jual dan harga murah untuk beli.
Stoploss
Stoploss adalah pada23.6 level fibo atau 10 pips dari EMA 50.
Entry point
Anda boleh membuat entry apabila price mula bounce di level fibo ataupun apabila terbentuknya pin bar di level fibo tersebut.
Anda boleh baca di pautan berikut untuk belajar entry point;
- PIN BAR – https://pullbackforextrading.com/?s=pin+bar
- ENTRY PADA OVERSOLD/OVERBOUGHT – https://pullbackforextrading.com/cara-terbaik-trade-martingale/
Contoh setup
Untuk entry, tunggu dahulu trend mula-mula terbentuk melalui persilangan EMA 50 dan EMA 21. Selepas itu tunggu retracement ke EMA tersebut entry jika terbentuknya rejection. Untuk mendapatkan secara tepat area entry, lihat level fibonacci.
Contoh buy :
Setup buy sudah confirmed apabila price melonjak naik. Next, tunggu dahulu harga jadi murah barulah buy. Oleh itu, sambungan fibonacci retracement akan dibuat. Saya menggunakan kaedah default untuk fibonacci ini. Jika anda mahu gunakan kaedah lain boleh rujuk pautan ini >> https://pullbackforextrading.com/teknik-termudah-fibonacci/
Selepas fibo disambungakan, target untuk entry buy anda adalah jika price rejected di salah-satu level fibo 38.2, 50.0 ataupun 61.8. Dalam gambar di atas, price rejected di atas 38.2 dan close di 50.0. Area 50.0 ini pula confluence dengan EMA50. Oleh itu buy boleh dibuat di sini.
Entry dibuat pada EMA 50 dan juga fibo 50.0. Exit pula boleh dibuat pada 100.0 fibo ataupun extension 127.2 fibo. Selesai untuk intraday/day trading anda!
Note – Selepas hit target, elakkan entry tanpa sebab munasabah.
Contoh sell :
Price jatuh dan EMA bersilang petanda bahawa trend berubah dari buy kepada sell. Pada waktu ini harga menjadi murah. Untuk profit dari situasi ini kita perlukan harga mahal terlebih dahulu. Persoalannya, di mana dan bila?
Oleh itu, gunakanlah fibonacci retracementu untuk dapatkan potensi area harga mahal ini.
Berdasarkan fibonacci retracement golden ratio 38.2, 50.0 dan 61.8, price reject di 50.0. Oleh entry sell akan dibuat di sini dengan stoploss di 23.6.
Potensi exit adalah di 100.0 dan 127.2 fibo extension level.
Trade ini sukses untuk sell high dan close lower di fibo extension 100.0 dan 127.2. Beginilah cara perdagangan sebenar forex – buy low sell high!
Bagaimana jika trend sudah bergerak jauh tapi nak entry lagi?
Jawapannya boleh. Syaratnya price mestilah turun ke area golden ratio dan pullback di EMA 21 ataupun 50 sahaja.
Untuk setup seperti ini, timeframe H4 adalah terbaik.
Dalam strong uptrend, price akan ambil masa sebelum ia berubah arahnya. Biasanya di H4 ia akan bounce di atas EMA21. Anda boleh gunakan EMA 8 dan EMA 21 ataupun EMA 21 dan EMA 50 untuk mencari peluang setup.
Selepas permulaan trend, biasanya price akan rebound semula di EMA21, inilah peluang reentry anda.
Rumusan dan akhir kata
Berberapa point berikut anda boleh ambil;
- Seperti dalam kehidupan seharian, harga diskaun adalah perkara yang kita cari kerana memberikan nilai penting samada penjimatan mahupun faedah semasa membeli sesuatu barangan
- Dalam trading diskaun adalah penting untuk buy low ketika harga naik melambung
- Ketika harga jatuh pula, kita akan mencari harga mahal untuk membuat keuntungan
- Beli murah dan jual mahal adalah matlamat sebenar forex trading – asas yang perlu dan wajib dikuasai trader
- Penggunaan kaedah moving average crossover adalah kaedah paling mudah untuk kesan perubahan trend harga samada ia hendak naik menjadi mahal mahupun jatuh menjadi murah
- Apabila harga menjadi mahal, trader perlu tunggu ia murah dahulu barulah buy
Akhir kata
Semoga artikel ini dapat membantu anda memperbetulkan mindset anda agar tidaklah terlalu ghairah mencari kaedah entry super power tetapi pada dasarnya sudah jauh tersasar dari konsep asal perdagangan iaitu beli murah dan jual mahal.
Membership CSPRO september – KLIK SINI
Sekian,
Semoga kejayaan milik anda semua!
ADMIN
21/09/21