DUA CARA PEDAGANG MENJANA WANG DALAM FOREX TRADING
Dua cara untuk menjana wang dalam forex trading adalah dengan cara mengambil risiko tinggi dan juga mengambil risiko secara minima. Kesesuaian atau toleransi pedagang banyak bergantung kepada kesanggupan menerima risiko terlebih dahulu. Reward akan datang kemudian jika trade itu berhasil.
Berikut adalah dua cara pedagang menjana wang dalam forex trading.
- High risk, high reward
- Low risk, low reward
Di sebabkan perdagangan forex ini melibatkan leverage atau penggandaan modal, maka risk setiap individu juga akan berbeza-beza. Leverage besar membolehkan pedagang menjana keuntungan besar hanya melalui modal kecil. Tak kurang juga yang menggunakan modal yang besar bersama leverage besar untuk pulangan yang lebih besar.
Dapatkan update lebih cepat dan pantas melalui telegram kami.
High Risk dan Low Risk
Untuk perdagangan low risk, biasanya ia melibatkan leverage terhad dan modal yang lebih besar. Secara umumnya ia kelihatan hampir sama iaitu modal kecil leverage besar, kemudian modal besar leverage kecil.
Sebenarnya ia berbeza kerana modal kecil dengan mengambil risk besar secara trade lot besar, ia umpama tiada had risiko kecuali modal anda sahaja. Tapi kalau menggunakan modal besar dan leverage kecil, anda sebenarnya menghadkan kemasukan anda dalam pasaran dan lot size anda juga terhad. Apabila anda mempunyai had untuk memasuki pasaran, maka risiko anda juga terhad.
ROI(Return On Investment)
Dari segi ROI, high risk high reward lebih kepada perdagangan yang mensasarkan pulangan hingga ribuan percent dalam masa singkat. Adakalanya dalam sehari ataupun seminggu.
Sebagai contoh, menggunakan modal 100USD dengan leverage 1:1000, pedagang boleh mensasarkan return sehingga 1000% dari modal dengan menggandakannya kepada 1000USD dalam waktu singkat sahaja.
Untuk low risk low return, biasanya pedagang umpama fund management, iaitu hanya mensasarkan return sedikit daripada modal yang besar. Sebagai contoh modal sebesar 10K USD.
Akaun bersaiz besar ini biasanya menggunakan leverage kecil antara 1:50 hinggalah 1:100 sahaja. Maka return yang dicari hanyalah antara 5% ke 10% untuk sebulan ataupun lebih. Lebih besar modal, maka lebih kecil percentage ROI yang dicari. Hedge fund terkenal dunia juga hanya menyasarkan 15% ke 20% setahun. Akan tetapi yang menjadi beza adalah saiz modal kerana ia mencecah billion dolar.
Oleh itu jika return setahun cuma 10% dari 1 billion dolar, ia sudah berjumlah ratusan juta dolar. Pastinya pulangan ini sudah mencukupi bagi walaupun angka percent adalah kecil.
Leverage dan Bonus
Leverage besar dan Bonus deposit memberikan kelebihan kepada pedagang untuk membesarkan saiz modal samada untuk low risk atau high risk trading. Broker 1Bid menyediakan bonus sehingga 100% modal anda jika anda membuka akaun hari ini.
Risiko
Kedua-dua cara perdagangan ini mempunyai risiko yang sama cuma bezanya cepat atau lambat sahaja. Sejujurnya dari pengalaman saya, high risk trading lebih cepat kehabisan modal berbanding low risk trading.
High risk trading membuatkan pedagang mengambil risiko berlebihan dan jika market tidak dalam arah yang diharapkan, pasti berdepan dengan siri kerugian umpama drama bersiri yang terlalu lama nak habis. Trader atau pedagang yang tidak punyai mental yang kuat pasti akan kalah teruk dan mungkin lebih dahsyat sampai terpaksa berhutang sana-sini demi meneruskan trading yang beremosi itu.
Low risk trading mempunyai risiko kerugian yang rendah dan akan ambil masa lama untuk akaun itu hangus atau margin call. Trading cara ini pula lebih santai dan tidak terlalu mengejar keuntungan berbanding modal kecil untuk high risk trading. High risk trading memerlukan risiko berlebihan atau tiada menjana untung sedangkan low risk trading hanya mensasarkan pulangan untung dalam jangka panjang dan mengabaikan sahaja kerugian dalam jangka pendek kerana tiadanya tekanan untuk menjana untung cepat.
Akan tetapi, tidak dinafikan tidak semua orang boleh menyediakan modal sebesar 5K hinggalah 10K USD.
Kesimpulan
Jika anda bercadang untuk menjana wang sampingan melalui forex trading, adalah penting untuk tentukan plan jangka panjang anda, adakah anda mahu long term ROI atau short term. Kedua-dua kaedah ini mempunyai risk masing-masing.
Risk ini boleh jadi mempercepatkan akaun anda MC dan boleh jadi lambat MC ketika pasaran bergerak tidak dalam perancangan anda. Walaupun demikian, re-deposit masih boleh dibuat untuk akaun high risk namun akaun low risk mungkin tidak perlukan untuk redeposit. Apabila market sudah bergerak seperti anda rancang, recovery dan making profit boleh berjalan seperti biasa.
Rumusan;
- Modal kecil memerlukan pedagang mengambil risiko besar agar ia memberi pulangan yang memuaskan. -Entry banyak, umpama kerja yang banyak.
- Modal besar pula tidak memerlukan pedagang mengambil risiko terlalu besar kerana hanya mencari pulangan percentage kecil. -Entry sedikit, umpama kerja sedikit tapi pulangan tetap besar.
Kerja banyak dan kerja sedikit, yang mana satukah pilihan anda?
ADMIN
10/06/24